Thursday 30 April 2009

Kurangkan aktiviti di tempat sesak

WHO telah meningkatkan tahap amaran terhadap penularan Swine Flu (selesema Babi) dari Tahap 4 kepada Tahap 5 (tahap tertinggi adalah Tahap 6!).

Rujuk berita penuh di sini

Peningkatan dari Tahap 4 kepada Tahap 5 dibuat setelah ada bukti berlakunya penyebaran influenza melibatkan 2 negara di dalam satu kawasan WHO. Tahap 6 pula menandakan pandemik iaitu penularan merentas benua dan seluruh negara di dunia memulakan langkah kawalan yang ketat.

Di UK pun telah ada beberapa kes disyaki ada tanda jangkitan selesema babi. Dan di antara langkah awal yang boleh dibuat adalah dengan mengurangkan aktiviti di tempat ramai orang.

Melepas lagilah hajat nak ke carboot minggu ini - dekat carboot bermacam bangsa yang datang, tempatnya juga memang penuh sesak dan bercampur-gaul.

Memang setiap penyakit itu, jika Allah nak bagi kepada kita, memang kita akan dapatl. Cuma sebagai insan yang diberi nikmat akal ini oleh Allah, fikirlah langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko.

Virus selesema tu pun bukannya kita nampak, begitu juga dengan ajal dan maut yang juga kita tidak nampak, tetapi kita sentiasa jaga diri dan sayangkan nyawa, kan?

p/s: banyak yang nak ditulis, tetapi entah kenapa fikiran ni masih teringatkan ungkapan "Arab jadi celaka kerana tinggalkan Islam, Melayu pun akan jadi celaka jika tinggal Islam" dan clip rakaman bantahan NGOs terhadap isu agama anutan anak-anak ini. Biarpun hanya melibatkan 'saudara baru' yang melalui penceraian, namun keprihatinan terhadap saudara kita perlu melampaui sempadan ini.

Menyumbanglah buat agamamu

Saya menyeru kepada seluruh rakan muslim, jalankan amanah anda sebagai Khalifah Allah. Jika tiada kemampuan dan keberanian untuk berjuang melalui fizikal, pilihlah cara lain yang termampu.

Ini hanyalah ikhtiar kecil saya sebagai insan yang kerdil terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan (sebagai Khalifah) oleh agama saya. Moga Allah berkati dan saya akan berlepas diri di hari akhirat kelak daripada dipersoalkan.

Moga akan ada perkembangan positif terhadap hal ini.

sejuk dan malas

Minggu ini cuaca agak kurang memberangsangkan. Bermula dengan hujan sekejap-sekejap pada hari Isnin kini dah jadi makin lebat.

Pagi Khamis ni pun awal-awal pagi lagi dah hujan, hinggalah ke petang. Dengan hari yang tidak hujan pun sedia sejuk, inikan pula setelah seharian hujan.

Makanya bertambah mengantuklah dan malaslah untuk buat kerja yang sememangnya bertimbun di kiri dan kanan ni.

Sayangnya kat sini, bebudak orang puteh ni tak minat nak main hujan. Ingat kalau di kampung dulu, entah merata ke mana saya dan adik-adik main hujan. Itu belum kira pegi memancing, 'tahan' bubu dan pasang pukat lagi.

Memang syok.

Wednesday 29 April 2009

Gardening 101

Gardening for Dummies!

It has been a while since I did some gardening for my free-time. As far as I can remember, it was 2 years ago, when I was a fellow at UTMKL.

The house allocated to me by the university had a place for me to plant something, and I did. I bought some Mustard leaves seeds (biji benih sawi) and Ulam Raja.

Unfortunately, it only lasted for about 2 months after the pakcik gardener trimmed off the lawn including my veggies.

When I came back from the office, I found everything has been cut off. Then I lose all interest to pursue any gardening as I found it frustrating, especially when all my hard work gone to waste in the hands of pakcik gardener.

But everything is in the past. Now, with no more pakcik gardener around, I'm determine to continue what I've started back home.

A few days ago, we went to B&Q and Tesco searching for gardening materials (tools, pots, compost and seeds).

This time, we tried to be more organized and 'follow the instruction' accordingly to ensure better result.

With summer just around the corner, I hope we can enjoy fresh vegetables from our own garden, planted by own hands and sweat.





I will update the gardening progress from time to time (if everything goes well, haha).

Tuesday 28 April 2009

Kita nak jadi macam ni ke?

Baca sebahagian petikan ini saja sudah cukup membuatkan saya sedih. Sedih kepada nasib si ayah apabila berdepan dengan mahkamah Allah S.W.T di Mahsyar kelak. Sedih dengan nasib si anak yang telah dibuka jalan kepada syiar Islam, tetapi terpaksa berpaling daripadanya.

Langkah kerajaan terhadap status kanak-kanak yang ibubapanya berkahwin, dan apabila pasangannya menukar agama - untuk kekal dengan agama asal, seharusnya membuka mata dan membuka hati pelbagai pihak.

Beringat-ingatlah supaya sangan sampai kita 5-10 tahun akan datang jadi seperti kisah di dalam artikel di atas itu.

Dah boleh pusing

Nak tengok ape yang saya akan buat?

Saya nak pusing sikit ke kananlah

Jaga, jaga...saya dah naik semangat nih.

Yahhhh.....rasa macam nak terkentut pun ade

Huh, huh...oit, takde orang nak tolong aku ke ni?

Umur belum cecah 3 bulan pun lagi tapi sekejap-sekejap berpusing (sendiri). Kalau macam ni penat jugak ibu dan ayah nak kena selalu pantau. Kang pusing-pusing tersembam muka, pastu ibu atau ayah duduk jauh sikit masa tu. Mintak dijauhkanlah.

Pembuli kena buli

Kita sedap-sedap je buli dia. Mentang-mentanglah dia tak tahu apa-apa lagi. Tapi hari tu, merasa jugak ayah kena buli dengan Mawaddah.

Mawaddah: Encik....encik nak tahu tak ada satu cite best ni?
Encik marila rapat sikit saya nak bagitau ni....(hehe)

Ayah: Iye? Ha, ape cite tu?


Mawaddah: Ini cite dia! Nah, rasakan cakaran sulungku...
(kruk...kruk...kruk...)

Ayah: Adoi amma... kena buli aku kali ni!

Monday 27 April 2009

Singapore Jokes

Source: http://today-joke.blogspot.com/

Teacher: Ah Kau, if your father has $10 and you ask him for $6, how much would your father still have?
Ah Kau: $10.
Teacher: You don't know Maths.
Ah Kau: You don't know my father la!

Mother: David, come here.
David: Yes, mum.
Mother: You really disappoint me. Your results are getting worse.
David: But but but... .I will only get my report card tomorrow
Mother: I know that, but I'm going Hong Kong tomorrow so I'm scolding you now.

Father: Why did you fail your Mathematics Test?
Son: On Monday, teacher said 3 + 5 = 8
Father: So?
Son: On Tuesday, she said 4 + 4 = 8.
On Wednesday, she said 6 + 2 = 8.
If she can't make up her mind, how I know the right answer one

Girl: Do you love me?
Boy: Yes Dear.
Girl: Would you die for me?
Boy: No la, mine is undying love only! !!!

Man: How old is your father?
Boy: Same as me la.
Man: How can that be?
Boy: He only became a father when I born lo !!!

Teacher: Simon, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
Simon: No la, teacher. It's the same dog!

Father: Your teacher says she finds it impossible to teach you
anything!

Son: That's why I tell you she's no good!

Teacher: Where were you born?
Student: Singapore , Sir.
Teacher: Which part?
Student: All of me ma...

LOLZ!

Sekali-sekala bukalah telinga kiri

Berikut merupakan petikan sebahagian kandungan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, TG Haji Hadi seringkali menggunakan pendekatan agak keras di dalam menyampaikan ceramah dan kuliah.

Namun, janganlah disalah anggap kerana bagi sesetengah orang, cara teguran yang keras dan kasar adalah sesuatu yang biasa dan boleh diterima (sekiranya ia menyentuh hal kebenaran).

Saya jarang dengar ceramah TG Haji Hadi, tetapi ulasan beliau tentang Islam dan orang Melayu, di samping perjuangan mereka terdahulu di dalam mendapatkan kemerdekaan bagi kita generasi hari, wajar difikirkan bersama.

Mungkin bagi sesetengah pembaca tidak selesa atau akan marah apabila membacanya, namun yang lebih baik adalah bersifat rasional (sebagai menghormati hak melontarkan pendapat), dan buatlah penilaian sama ada rasa petikan ini betul atau sebaliknya.

==========

Yang menyelamatkan bangsa ialah Islam
Kalau kita nak selamat, orang Melayu kasih kepada orang Melayu

Maka kita kena tarik orang Melayu bersama dengan Islam


Kalau kita main Melayu sahaja, Islam tak tahu ke mana

Jawab(nya), tak selamat di dunia, tak selamat di akhirat

Yang menyelamatkan Melayu ialah Islam

Bukan(nya) Melayu menyelamatkan Melayu


Kalau Melayu tinggal Islam, macam Arab juga
Arab jadi celaka tinggal Islam,
Melayu pun celaka juga kalau tinggal Islam
Kalau nak selamat (hendaklah) dengan Islam


Golongan yang menjadi pemimpin, selepas negeri dikatakan mencapai kemerdekaan

Ini bukan pejuang kemerdekaan

Mereka ini menjadi pegawai-pegawai

Pegawai kepada jabatan-jabatan penjajah


Orang yang sebenarnya menentang penjajah

Sama ada dibunuh, digantung, ditembak atau pun dipenjara, dibuang negeri

Dibuang ke Afrika Selatan

Dibuang ke Pulau Seychelles

Dibuang sana dibuang ke Australia

Dibuang ke Pulau Christmas

Dibuang negeri! Orang yang melawan penjajah ini


Orang yang menjadi alat penjajah

Ini yang menjadi orang besar bila penjajah balik

Mereka ini bercakap dengan bahasa kita juga

Kulit dia macam kita juga


Mereka yang sebangsa dengan kita

Inilah penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam

Yang memerintah negeri orang Islam di seluruh dunia hari ini

Yang duduk memerintah negeri orang Islam seluruh dunia hari ini, ialah anak-anak orang Islam yang dididik dan diajar oleh penjajah

Barang siapa yang ikut puak-puak penyeru neraka jahanam ini
Rasulullah S.A.W kata akan masuk sama dalam neraka jahanam.

- wama-alaina-illalbalar'il-mubin -

Antara 2 darjat

BBC dan kebanyakan akhbar di UK pagi ini riuh berkata tentang penyakit demam babi yang kini telah meragut nyawa lebih 100 orang di Mexico, dan jutaan lagi manusia di pelbagai negara berisiko terdedah kepada jangkitan virus maut ini.

Tidak lama dulu, saya pernah ditanya oleh seorang sahabat tentang apa bezanya BABI dengan KHINZIR.

Disebabkan saya tidak ingin kelihatan pandai dan tak berapa cerdik dalam satu masa, saya kata tidak pasti, tetapi mungkin tiada beza sebab ia merujuk pada binatang yang sama.

Saya cuba mencari jawapan terhadap perbezaan babi dengan khinzir tetapi di UK ni tiada kamus Dewan la pulak.

Ada yang mendakwa tiada beza dan tiada pula kurang sifat yang membezakan kedua-duanya. Ia hanya frasa yang disebut secara berbeza, namun menggambarkan objek yang sama.

Dalam hal ini, saya cuba membuat perbandingan dengan contoh lain seperti apa yang kita maksudkan apabila menyebut MAYAT dengan JENAZAH. Kedua-dua sudah tidak bernyawa.

Saya bukanlah pakar bahasa, namun lenggok unik bahasa Melayu itu menjadikan penuturnya kaya dengan tatabahasa dan pemilihan perkataan mengikut kesesuaian keadaan. Dalam keadaan perlu bersopan, ada kriteria untuknya, dan apabila perlu bertegas, gunakan pula kriteria yang lain.

Di dalam isu Babi atau Khinzir ini, saya secara peribadi berpendapat ia hanyalah perselisihan yang timbul daripada label yang digunakan.

agaknya, yang kotor dan buruk rupe ni Babi lah kot

yang cute dan dipegang awek bertudung ni agaknya Khinzir la kot

"awak makan babi ke?" - bunyinya pun agak kasar dan orang yang ditanya itu semestinya merasa malu dan terhina, biarpun memang dialah si pelakunya.

"kenapa makan daging khinzir ni sorang-sorang?" - ia masih menyindir perlakuan seseorang, tetapi nampak lebih berlapik agar orang yang ditegur itu 'sendiri fahamlah'.

Kesimpulannya, tutup lah isu perbezaan babi dengan khinzir ini kerana apa bentuk persepsi kita, virus demam babi itu tidak mengenal sesiapa jua yang ingin dijangkitinya.

Moga Allah lindungi diri kita semua dari kecelakaan dan wabak penyakit yang berbahaya.

p/s: Samak hanya melibatkan memegang anjing. Setakat yang saya belajar, tiada hadith yang menyebut perlunya menyamak jika memegang babi/khinzir. Cukuplah sekadar membasuh tangan dengan air bersih selepas pegang.

Sunday 26 April 2009

Local trip_Oxford town

Alhamdulillah, sampai juga uncle Mosan dan auntie Fara ke teratak kami di Oxford ini. Mosan dan Isteri datang ziarah bersama adik dan bakal adik ipar, serta ibu mertuanya.

Mereka sebenarnya dari London, dan disebabkan banyak jalan ditutup bagi kejohanan London Marathon 2009 pagi ini, makanya mereka lewat sikit tiba di rumah kami (kira-kira 11.30 pm).

Apapun, tak kisahlah, janji datang. Seperti yang saya selalu tekankan, siapa saja rakan yang datang ke London, lajak-lajaklah ke Oxford kerana jarak London-Oxford tidaklah jauh (lebih kurang 1 1/2 jam).

Mereka tidur 1 malam dan pagi tadi sebelum bertolak pulang, sempat kami meronda-ronda bandar kecil Oxford. Dapatlah membawa mereka ambil gambar di 'tourist spots' dan membeli cenderamata.

Malangnya hajat kami membawa mereka ke coreved market terbantut kerana ia ditutup pada hari Ahad.





Terima kasih daun keladi,
Lain kali datanglah lagi,
Jangan terpijak getah keladi,
Nanti naik kudis di kaki.

Wassalam.

Saturday 25 April 2009

Musim Babi Demam

Sekarang saya sedang membaca bharian.com.my. Maklumlah, berita mingguan adalah penting jikalau terlepas berita yang harian, sekurang-kurangnya ada sorotan untuk seminggu tu.

Akhbar Malaysia adalah seperti semua sedia maklum - kalau hal politik tempatan. Namun pagi ini satu perkara yang menarik perhatian saya adalah kemunculan 1 virus baru yang jika ia tidak dibendung dari sekarang, berpotensi untuk menjadi wabak - kata Margaret Chan, Ketua Pengarah WHO.

Virus baru ini adalah mutasi A/H1N1 iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia.

Setakat hari ini, virus baru ini hanya telah membunuh seramai 81 orang, di Mexico. Saya sebenarnya tak tahu pula orang Mexico suka juga makan babi, ingat suka makan borito dan tortilla je.

Ini bukan gambaran sebenar babi

Babi memiliki sejarah yang panjang di dalam menyebarkan pelbagai virus 'mutan' dan yang terbaru kepada manusia.

Di Malaysia sendiri kita telah belajar dari penyebaran virus nipah dan JE di kawasan penternakan babi-babi di Negeri Sembilan. Seperti tapak pendaratan UFO, perkampungan yang terjejas dan yang terletak di dalam radius tertentu telah dikuarantin dan usaha penghapusan babi dijalankan oleh jabatan kesihatan.

Makanan

Namun, masih ramai lagi manusia yang masih berterima kasih kepada babi dengan menjadikannya menu hidangan harian.

Inilah mungkin antara salah satu nikmah Islam melarang pengikutnya memakan babi. Babi merupakan haiwan yang unik dan persekitaran hidup babi (pig environment) merupakan persekitaran terbaik untuk pembiakan dan penularan bermacam virus mutan.

Maka tidak hairanlah, babi sering dijadikan bahan ujikaji untuk melihat kesan dan mencari penawar sesuatu penyakit.

Bagi orang bukan Islam, mereka sering menggunakan alasan "saya dari dulu lagi dah makan babi, tapi sampai sekarang tiada kesan apa-apa pun?". Kalau anda rajin, carilah di internet (google) info berkaitan bahaya memakan daging babi, bagaimana jangkitan cacing pita di dalam perut, risiko menerima jangkitan penyakit etc. Babi juga haiwan yang tidak berleher (tidak seperti lembu, kambing yang boleh kita sembelih). Yelah, dah tiada leher, bagaimana nak sembelih?

Pantau

Sebagai salah sebuah negara pembekal babi di Asia Tenggara, agensi kesihatan dan kuarantin di Malaysia haruslah memainkan peranan sebagai bentang pertama negara, agar demam babi ini tidak tersebar ke Malaysia.

Bukan sahaja agensi kesihatan, para pengusaha ladang babi juga wajib mematuhi piawaian kesihatan dan tidak mementingkan untung perniagaan sahaja. Juga belum terlambat untuk memikir beralih kepada penternakan lain yang lebih bersih dan baik kualitinya.

Jadikan wabak JE dan virus Nipah yang membunuh ramai orang sebelum ini sebagai pengajaran agar bukan sahaja pihak yang terlibat dengan sektor 'perbabian' ini terselamat, malah untuk memastikan rakyat yang tidak memakan babi secara keseluruhannya juga selamat.

Friday 24 April 2009

Kate Doh!

(rujuk di sini)

Ianya berkaitan status D. Mohd Said, MB Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. (PPN) Saya telah menulis berkenaan hal ini di dalam 2 artikel sebelum ini dan yang terbaru saya telah menjangkakan sesuatu perubahan akan datang ke negeri kelahiran saya ini.

Kate doh (Kan dah kata), betul tekaan rambang saya itu.

Kes di Terengganu ini agak unik berbanding negeri-negeri lain berkenaan hal perlantikan PPN kerana hanya Terengganu tidak diwakili Menteri Besar sebagai PPN, walhal ditadbir oleh UMNO.

Sedangkan negeri-negeri lain yang memang dan dikuasai UMNO/BN seperti Melaka, Pahang, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Perak, PPN masing-masing dikepalai oleh Dato' MB.

Negeri-negeri lain yang dikuasai PR seperti Selangor, Kelantan, P.Pinang, Kedah dan KL , memang wajar tidak termasuk di dalam senarai ini.

Justeru, atas dasar apakah PPN Terengganu ini dipikul tugasnya oleh Naib Presiden, D.S. Hisham?

Jika nak dikatakan D. Mohd Said terbabit dengan dakwaan dan salah-laku sepanjang mentadbir negeri, Ketua Menteri Melaka juga sudah ada rekod (dilantik ke MT dan kekal sebagai PPN dan KM), begitu juga dengan MB Pahang yang baru-baru ini perlu melunaskan bayaran saman sebanyak RM63 juta membabitkan perjanjian konsesi balak - tapi beliau failkan rayuan di mahkamah sekarang.

Atau mungkin pelantikan D.S. Hisham bersifat sebagai 'buffer-zone' atau demi mewujudkan satu 'zon bebas perang' bagi kedua-dua kem MB dan kem bekas MB.

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Seni orang Terengganu berpolitik adalah unik dan tersendiri. Sebelum gelombang perubahan PRU ke-12 yang lalu, Terengganulah negeri yang terlebih dahulu bertukar pemerintah (sebelum tu lagi, Kelantan). Selepas 1 penggal ia bertukar tangan lagi.

Sebagai MB, D. Mohd Said berperanan menjaga kepetingan semua kaum di negerinya. Namun, jika turut dilantik sebagai PPN, beliau dapat juga menumpukan perhatian dan tindakan membantu kepada pengikut partinya (UMNO) dan orang-orang Melayu.

Tanpa PPN, D. Mohd Said hanya menjalankan tugas-tugas umum sebagai pemimpin UMNO - ADUN, MB, etc kerana semestinya D.S. Hisham lebih berhak tentangnya sebagai PPN.

Saya ambik cakna hal ini kerana selain saya anak Terengganu, saya tahu negeri saya ini banyak rahmat, negerinya cantik, budayanya menarik - banyak wang hasil Petroleum yang tidak dimiliki kebanyakan negeri lain di Semenanjung Malaysia ini.

Uruskan rahmat itu

Jika diurus dengan beramanah dan bijaksana wang hasil royalti minyak itu, rakyat Terengganu rasanya dah lama hidup senang. Kampung-kampung di Terengganu tidak lagi ketandusan golongan belia yang dah lama angkat punggung merantau cari makan di negeri lain. Tanah-tanah pertanian dan IKS akan dapat diusaha dan dikembangkan bagi manfaat penduduk. Golongan miskin tegar akan dibela sewajarnya.

Cukuplah dulu wang royalti ini disalurkan untuk pembangunan yang kami rakyat hanya menjadi penonton atau mereka yang memerhati Taman Tamadun Islam dari tingkap kereta yang dipandu melintasi Jambatan Sultan Mahmud.

Gunakan wang royalti untuk meneroka bidang ekonomi yang berpotensi dan berdaya saing dan memasukkan pendekatan community-based projects - melibatkan komuniti, dan komuniti (bukan AJK atau individu berpengaruh), mempunyai ownership terhadap projek-projek pembangunan setempat.

Tak perlu 1 projek mega yang berharga berbilion-bilion ringgit dan dengan pelancaran yang gempar-gempar, cuma buatlah banyak small-scale community-based projects untuk kesemua daerah di Terengganu - fokus kepada projek agro-politan, rural tourism, industri makanan desa, pusat penternakan ikan air tawar, lembu, buah-buahan dan sebagainya - ikut potensi setiap daerah yang mungkin berbeza.

Memang projek sebegini telah ada, tetapi ia tidak berorientasikan community ownership, semua urusan dan hak projek masih di bawah agensi kerajaan negeri/persekutuan (projek FAMA,, FELCRA T-Best, etc.) di mana orang kampung hanya jadi buruh (upah masih rendah) dan kalau bernasih baik, bolehkan merasa dividen.

Jika di Selangor, usahawan yang buat kerepak dan kuih tradisional di 'belakang rumah' mampu menjana pendapatan bulanan sehingga ratusan ribu ringgit, apa kurangnya orang-orang Terengganu? Keropok lekor mana yang orang selalu sebut-sebut? Kain batik mana yang semua pelancong dok sibuk cari bila bertandang ke wilayah pantai timur?

Kita kaya dengan banyak benda, cuma kita perlukan bantuan awal oleh pihak kerajaan. Jika wang yang kerajaan ada disalur untuk tujuan lain, payahlah.

Masa depan

Saya tak rasa orang akan ambil maklum terhadap apa yang saya lontarkan, tapi ianya berguna buat diri saya sendiri kerana mungkin suatu hari nanti saya akan merujuk semula penulisan ini.

Kedudukan MB sekarang ibarat ada separuh kuasa, yelah beliau tidak perlu hadir di masyuarat PPN yang lazimnya dihadiri semua rakan MB yang lain. Justeru, bagaimana untuk beliau jelaskan kepada pemimpin akar umbi di negerinya? Saya tiada jawapan.

Kes D. Mohd Said ni boleh diibaratkan sama tapi tak serupa dengan ke Ketua Pemuda UMNO mengikut ramai blogger:

"adalah sukar untuk beliau bergerak dan meyakinkan ahli parti kerana tidak membawa 'projek', berbeza dengan orang yang kalah pertandingan ketua, tetapi menjadi dilantik ke kabinet. Apabila turun ke bawah, akan ada 'projek kementerian' yang boleh disalur kepada ahli parti yang di bawah - justeru, suara dan kata siapa yang akan lebih didengar?"

Untuk masa depan, pesan saya kepada orang-orang pilitik, fikirkanlah juga the powerless people who in greater needs iaitu rakyat.

Thursday 23 April 2009

Bila dah selalu nak senang

Al-kisahnya semasa membeli baby chicken di Marroc Deli itu hari (tanpa pengawasan orang rumah), saya terpaut hati untuk mencuba kopi Turki.

Katanya si tuan kedai tu, kopi Turki memang terkenal dan sedap (lidah saya kata semua kopi sedap). Sudahnya, saya pun belilah satu tin kopi jenama 'Kurukahveci Mehmet Efendi Mahdumlari - 1871' - panjang betul nama dia.

Dengan wajah riang gembira saya pun pulanglah ke rumah dan terus mencuba - apakah benar rasanya yang sedap itu?

Yelah, dah hari-hari meminum kopi Kenco, Nescafe, etc. terasa juga nak tukar angin kepada yang lebih tradisional and exotic sikit. Seperti lazimlah, masak air, campak kopi, campak gula, campak susu segar, pastu campak masuk mulut.

Yakk!!!

Terasa macam minum air payau (air laut dekat Port Dickson itu hari). Hampeh, ni kes kena tipulah aku kali ni...

Nak tak nak kenalah mengadu kat orang rumah (dahlah masa beli tadi tak consult dia), maka dapatlah jugak beberapa bakul nasihat petang tuh.

Turk Kahvesi (Turkish Coffee)

Orang rumah saya ni pendetail sikit orangnya, tiap kali tengok benda baru dia akan baca label dulu. Saya pulak, janji beli kat kedai halal, ok lah tu, hoho.

Rupanya, penyediaan kopi ni ada lain sedikit dari kopi yang biasa saya minum. Tengok sajalah arahan kat tin dia. Mula-mula nak kena masak air dulu, dah panas baru masukkan kopi, pastu kalau nak manis tambah 1 ketul gula. Biarkan mendidih dan ambil buih kopi masukkan dalam gelas, pastu masak lagi, pastu tuang dalam gelas/cawan dan jangan kacau dah yang dalam cawan tu - takut berubah rasanya yang 'sedap' tu. Mengah jugak nak explain ni.

Instruction dah macam mahu tulis blog daa

Kita dah terbiasa dengan hidup nak mudah. Segala benda yang nak kita guna kalau boleh dipermudahkan secara maksima. Dulu bersenam naik-turun tangga, sekarang dah ada lif. Dulu nak makan kari kena sedia itu-ini, sekarang beli dan letak dalam paket dalam air panas je pastu terus boleh makan. Dulu nak kena isi borang, beratur nak pindah wang, sekarang dok depan komputer je, etc.

Bila nak kena back to basic, mulalah terminum 'air payau'. Apapun, setelah mengikut instruction tu, terhasillah satu kopi yang sedap (lidah kata lagi, semua kopi memang sedap). Memang sedap.

Kalau tak sedap, masakan business yang mula dari tahun 1871 ni dapat bertahan?

Sedap memang sedap!

Dah Mula Mengada-Ngada Dia Ni...



Dah jadi makin cerdik (dan pandai mengada-ngada)
bila dah makin cerdik makin banyaklah pulak akal dan taktik dia nak pergunakan ayah dia, nak kena tengok dia je, nak kena bawak dukung la, nak kena bagi tepuk belakang la...tunggulah bila jumpa atok dan nenek nanti....ayah ngadu kat diaorang!

Bila sudah boring

Hari ini samalah seperti hari-hari lain dalam seminggu ini. Penuh dengan kerja-kerja research, penulisan chapter dan lain-lain tugas.

Kadang kala berfikir "alangkah baiknya kalau ada pakar komputer yang dapat mencipta perisian yang apabila kita cakap je, dia terus taip ke komputer secara automatik" - sebab waktu berfikir dan idea banyak datang, waktu itulah baru nak On komputer, nak cari pen untuk tulis. Baru taip setengah perenggan, dah lupa pulak yang separuh lagi...hadooo...

Maka, sambil rehat-rehat ni eloklah buat benda yang 'membuang masa' sikit, sebab nanti nak kembali ke meja buat kerja.

Saya ada juga mengumpul dua model motosikal (Ducati) - saya beli semasa melawat Mozan & Fara di L'borough beberapa bulan yang sudah. Syok kalau dapat cari model vespa Ducati ni, lepas tu buat ronda-ronda keliling KL.




Selain itu, saya juga mempunyai minat mengumpul kereta kebal. Dari dulu memang berhajat nak mengumpulnya, tetapi disebabkan masa tu hidup susah dan dengan adik ada 8 orang kat bawah masa tu, tak bolehlah saya nak demand lebih-lebih dengan mak-ayah.

Makanya, setelah dah bekerja dan ada duit sendiri, bolehlah saya perlahan-lahan memupuk kembali hobi ni.


LOLZ!

Wednesday 22 April 2009

Menghargai Kritikan

Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat PM di atas kesediaan dan keterbukaan beliau untuk menerima kritikan, dengan syarat ianya ditujukan dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan (rujuk di sini).

Sesungguhnya keazaman beliau ini patut kita semua puji dan jadikan contoh. Namun, harapan yang lebih besar sebenarnya saya harapkan terbit daripada barisan kabinet, menteri besar dan pemimpin dari pelbagai parti politik, NGOs, sehinggalah pemimpin di peringkat bawahan untuk bersama-sama menghayati, mengikuti dengan menterjemahkan iltizam PM ini kepada tindakan dalam kehidupan.

Saya tidak mahu mengupas banyak isu, satu isu pun cukuplah untuk hari ini. Yang penting apa yang disampaikan dapat membuka minda untuk difikir bersama.

Justeru, izikan saya menyampaikan sedikit pandangan (berbentuk kritikan) terhadap 'tindakan cerdik' oleh kerajaan baru negeri Perak dalam hal pembelian kereta Proton Perdana 'baru' bagi menggantikan kereta Toyota Camry 'baru' yang dibeli semasa pentadbiran kerajaan PR sebelumnya (rujuk di sini).


Mengapa saya katakan 'baru'? Untuk makluman, kesemua kereta Camry tersebut telah didaftarkan pada 9 Januari 2009 (rujuk di sini) - atau secara matematiknya baru berusia kurang 4 bulan.

Kalau kahwin pun tempoh 4 bulan tu masih dianggap 'pengantin baru'. "Bila kahwin? - baru 4 bulan, bang...ooo baru lagi tuh!". Hoho.

Mudah lupa

Bukan sengaja untuk bersikap skeptikal atau membangkang membabi-buta dalam segenap perkara, cuma sekadar ingin mengingatkan kepada yang mudah lupa akan pernyataan yang telah dilaungkan sendiri para pimpinan negara sebelum ini (boleh rujuk di sini) dan (di sini).

Sebagai orang bawahan yang tidak mempunyai simpanan RM1 juta, tanpa perlu memerah otak pun kita akan dapat membaca dan memahami situasi yang terjadi sekarang ini.

Bayangkan, di atas platform (akhbar) yang sama beberapa hari sebelum ini, sibuk melaungkan peri pentingnya amalan perbelanjaan wang kerajaan dibuat secara berhemah agar pembaziran dapat dielakkan bagi perkara-perkara yang tidak mendesak. Ada menyatakan kita terlalu banyak berpolitik sehingga menghabiskan wang rakyat untuk tujuan tersebut, etc.

Justeru, langkah berjimat-cermat ini perlu dipupuk di kala seluruh dunia sedang teruk dihimpit krisis kewangan.

Namun, hari ini, di atas platform (akhbar) yang sama juga, muncul tindakan yang sebaliknya, yang boleh dianggap tidak berhemat di dalam mengurus tadbir kewangan kerajaan, yang duitnya datang melalui hasil kutipan wang (cukai) rakyat.

Apa salahnya jika barisan exco kerajaan Perak yang baru ini menggunakan kereta yang baru berusia 4 bulan tu bagi tujuan pentadbiran kerajaan? Jika risau ada kuman atau virus berjangkit yang melekat pada kusyen kereta, hantar saja ke kedai untuk tukar kusyen yang baru.

Atau, adakah kerajaan baru Perak ini ingin menunjukkan kepada rakyat Perak bahawa tidak mengapa untuk 'membazirkan' sedikit wang rakyat membeli kereta baru, untuk kegunaan exconya?

Di mana untungnya rakyat dalam hal ini? Kalau rakyat dibenarkan tumpang kereta baru ini jika terserempak di mana-mana, tu kira OK jugalah.

Janganlah kerana 'marahkan nyamuk, kelambu hendak dibakar' - harap faham maksud saya. Mungkin sikap merendah diri dan jauhi hasad dengki itu lebih cocok dan mampu dilihat rakyat Perak sebagai cerminan kepada janji perubahan yang ingin dibawa PM baru kita.

Pemimpin hari ini kena sentiasa beringat, rakyat Malaysia, di mana-mana pun hari ini, tidak di Perak, di Kelantan, di Johor, mereka ini sudah bijak dan tahu membuat pertimbangan dan penilaian terhadap mana yang baik, dan sebaliknya terhadap apa yang mereka perhati setiap hari.

Tindakan kerajaan baru Perak ini perlu dijadikan pengajaran yang berguna kepada pemimpin lain, termasuklah juga dari PR. (Cuma, Terengganu mungkin tak termasuk di dalam senarai untuk menukar kereta kot sebab 'Mecedih' baru tu belum tanggal plastik kat kusyen lagi, kan?).

Tambahan pula sekarang ini, segala tindak tanduk pemimpin tidak kira dari BN mahupun PR sentiasa dipantau oleh rakyat (pengundi). Tidak ada lagi 'skim jaminan mudah' yang membenarkan rakyat menutup mata di atas sebarang tindakan kerajaan.

C.B.A

Jika mengikut pemikiran saya yang tidak seberapa ini, adakalanya tindakan kita perlu menyeimbangkan di antara semangat patriotisme (cinta pada tanah air) dengan pembaziran wang rakyat. Buatlah CBA (costs-benefits analysis) sebelum tergesa-gesa membuat sesuatu tindakan.

Kadang-kala 1 kali buat silap sahaja sudah cukup untuk membuatkan orang lupa segala kebaikan dan bakti yang telah kita tabur sebelum ini.

1 kali kita buat silap, orang akan maaf,
2 kali kita buat silap, orang akan maaf tapi beserta ingatan,
3 kali kita buat silap, orang bagi ingatan dulu baru beri maaf,
4 kali kita buat silap, orang dah tak mahu bagi ingatan ataupun maaf lagi dah.

Agar sama kita beringat-ingat...

Tuesday 21 April 2009

Retak mencari belah



Sila baca cerita penuh dengan klik pada link di atas.

Nota kaki:

1) Diharap pihak yang terbabit dapat mengesahkan ketulenan kandungan laporan sebagaimana dikeluarkan oleh blog pinkturtle2 tersebut. Di dalam era serba canggih ini, kita jangan mudah percaya dengan sesuatu berita sehingga ada pengesahan mengenainya.

2) Justeru, saya tidak berminat untuk mengupas kesalahan atau tuduhan bersifat peribadi yang dilemparkan oleh pihak yang menulis laporan ini kepada Dato' MB Terengganu. - kena tunggu hasil siasat dulu.

3) Cuma, jika laporan ini benar (dibuat oleh pihak berkepentingan), wujud perkara yang agak 'kelakar', iaitu setelah mendapati wujud lantikan yang mengelirukan pada Perkara 2 (b) "Bekas Pemandu Ambulan yang juga penyokong PAS (si polan) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (CEO) PESAMA" - jika laporan ini tulen.

4) Saya tidaklah berniat untuk menghina kerjaya pemandu ambulan, - kerja ini mulia kerana membawa orang sakit dan menyelamatkan nyawa orang dalam kecemasan; cuma apabila dilantik menjadi CEO anak syarikat kerajaan negeri, itu yang sedikit 'pelik' dan boleh diragui.

5) Apakah sudah tiada langsung anak Terengganu yang profesional, berkebolehan dan berkelayakan untuk menjawat kedudukan CEO PESAMA? Kesian, orang-orang Terengganu.

6) Betul kata Mesol (mase YM) tadi, kelam-kabut doh!

p/s: mungkin ada peristiwa besar akan berlaku di negeriku ini dalam jangka masa terdekat jika mengambilkira berita ini, hari ini. Wassalam.

Monday 20 April 2009

Menakutkan: Anda perlukan RM1 juta!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

RM 1 juta tidak cukup selepas bersara
==========

Itulah tajuk berita yang saya baca. Bunyinya agak 'menakutkan' bagi orang kelas pertengahan macam saya.

Namun, itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh setiap bakal pesara kelak.

"Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM 1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa".

Jumlah itu bagaimanapun hanya 'cukup makan' jika diambilkira kos perubatan dalam tempoh berkenaan (menakutkan).

Tinjauan yang dibuat juga mendapati hanya 10% rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan, manakala 80% lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada bantuan anak-anak (lagi menakutkan).

Daripada jumlah yang menyimpan pula, jumlah simpanan terbabit bukan daripada hasil menabung, tetapi disebabkan gaji yang besar yang menjadikan jumlah simpanan di dalam KWSP juga bertambah dan mencukupi untuk menampung hidup selepas bersara.

Balik kampung

Bagi menghadapi perubahan drastik kehidupan selepas persaraan ini menjadikan ramai penduduk Malaysia berhijrah atau kembali ke kampung halaman (selalu kita dengar, kan?). Sama ada membina rumah baru di atas tanah pusaka, membaiki rumah pusaka, etc., ini merupakan sebahagian cara untuk hidup berjimat dan mengurangkan kos hidup mana yang patut.

Ada juga pesara yang mula berkecimpung secara serius sebagai petani dengan mengusahakan tanah-tanah kampung sebagai penambah pendapatan.

Salah kita juga

Sama ada kita sengaja atau tidak sedari, kesulitan semasa pasca persaraan turut disumbang oleh gaya hidup.

"Masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung".

Inilah bahana besar terutama bagi para pengguna kad kredit di mana mereka ini lebih cenderung untuk berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

Ini membuatkan setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan wang tersebut bagi melangsaikan hutang kad kredit yang 'bertimbun'.

Bagi yang kononnya 'lebih pintar' pula, hanya membayar jumlah minima setiap bulan (RM50, etc) bagi membolehkan hutang lain iaitu insuran rumah, kereta, perbelanjaan dapur, duit sekolah anak-anak, 'hutang Ah Long', etc. dapat dipenuhi.

Namun, di akhirnya hutang semakin membukit sehingga menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kemudian hari (disenarai hitam, sukar meminjam dari bank, dikejar Ah Long, etc.).

Belum terlewat

Adalah belum terlewat untuk setiap kita memulakan usaha menabung dan mengamalkan gaya hidup berjimat-cermat demi menghadapi masa persaraan kelak.

Jangan jadikan alasan bergaji rendah untuk kurang menabung. Kalau gaji RM2000 sebulan pun, jika menabung dan hidup secara berhemah, kelak dapat memperuntukkan sumber kewangan yang mapan (sustainable) pada masa depan.

Juga jangan dijadikan usia muda atau baru nak bertapak di alam pekerjaan sebagai alasan untuk enjoy duit gaji dengan membeli barangan berjenama dan mahal. Fikir untuk masa depan juga.

Dalam kes seperti saya dimana kedua ibubapa bekerja kampung, ibu dan ayah tidak perlu bimbang kerana kami 9 beradik akan berikhtiar seboleh mungkin untuk menyara dan membantu hidup ibu dan ayah selama usia dikandung badan, insyaAllah.

Kalaupun tidak mampu mencukupkan RM 1 juta, sekurang-kurangnya RM900,000.00 pun jadilah...hoho.

Kedekut

Jumaat lalu saya bersolat di Masjid Cowley. Sebelum bacaan khutbah, ada sessi 'Bayan' atau ceramah yang disampaikan imam masjid. Disebabkan tiba agak lewat, makanya saya hanya sempat mendengar 'yang hujung-hujung' ceramah sahaja.

Beliau menyentuh sikap ummat Islam hari ini yang 'begitu berkira untuk bersedekah' (dalam konteks ini, sumbangan kepada penyiapan pembinaan masjid).

Ini kerana pada minggu sebelumnya (cuti Easter), seramai 2000 jemaah telah bersolat di situ, dah jumlah kutipan hanya GBP2000+ sahaja. Secara kasar, 1 orang = GBP 1.

Ini menunjukkan orang Islam kita begitu berkira untuk menderma, sedangkan ia amat-amat diperlukan masjid (yang masih belum siap). Tanpa disedari, mereka inilah juga yang akan datang bersolat dan anak-anak mereka jugalah di masa depan akan menggunakan masjid tersebut.

Disebabkan jumlah jemaah terlalu luar biasa ramai semasa cuti Easter itu juga, saya terpaksa bersoalt di tingkat atas. Fahamlah saya akan apa yang dimaksudkan oleh sang imam. Siling tingkat atas masih belum lengkap, dengan palang-palang besi berselerakan, jemaah hanya dibenarkan solat di 6 saf hampir dengan pintu belakang sahaja.

Jika mengambilkira aspek keselamatan, tingkat atas memang tidak boleh dibuka langsung kerana pembinaan masih berjalan, tetapi apakah pilihan yang ada?

Sedarlah

Sang imam berkata:

"kita sanggup mengeluarkan wang/belanja yang banyak hanya untuk membeli pakaian yang berjenama dan yang mahal-mahal, untuk memastikan anak-anak kita kelihatan cantik dan segak bergaya"

"kita sanggup masuk ke restoran yang mahal-mahal untuk makan yang sedap"

"tapi kita amat kedekut/berkira apabila tiba masa untuk menderma demi menyiapkan Rumah Allah s.w.t ini"

"sedangkan sebarang wang yang kita dermakan itu, jika diguna untuk membeli simen dan diguna untuk mengikat bata dan ia kekal menjadi dinding masjid. Selagi ada orang datang beribadat di situ dan selama mana masjid itu kekal, selagi itulah kita mendapat pahala di atas derma kita itu'

Kata-kata imam itu bagaikan anak panah yang terus menikam hati saya. Bukannya tidak pernah mendengar orang merayu derma sebelum ini. Tetapi di sini, saya dapat merasai sendiri bagaimana susahnya kita orang Islam untuk bersolat.

Tidak seperti di tanah air. Masjid dibina kerajaan dan tidak timbul sangat rayuan untuk membina dan menyiapkan masjid.

Di UK, kita umat Islam bersesak-sesak bersolat dan beribadat di dalam keadaan yang masih kurang selesa. Bila macam ni, timbul rasa syukur dengan apa yang kita dan anda semua dah ada di tanah air.

Sang imam menambah lagi:

"kita sering menjadikan alasan masalah kewangan atau kita pun susah disebabkan krisis ekonomi sekarang, tetapi sedarkah kita bahawa orang yang lebih kuat imannya ialah apabila sanggup menyumbang / mendermakan benda yang sangat dia sayang (wang) ke jalan Allah s.w.t"

Saya sendiri kadang-kala terasa sayang untuk mengeluarkan derma, yelah kita 'student' dan wang biasiswa pun tak cukup. Apatah lagi nak menderma.

Baik datang solat, belajar dan duduk diam-diam sajalah.

Tapi pernah juga terfikir, "mengapa aku berkira untuk menderma, tapi bab nak shopping, makan, berjalan ke sana-sini, tak pula aku berkira. Masya-Allah!"

Inilah 'dosa' saya kerana tidak pandai di dalam 'meletakkan keutamaan' dalam agama. Seharusnya yang lebih utama itu saya dahulukan, bukan sebaliknya. Kita bersuka-ria, menghargai diri sendiri dan bersama anak-isteri (membeli hadiah yang istimewa, etc), sedangkah untuk menyiapkan Rumah Allah pun kita tidak mampu membantu, malah begitu berkira pula dengannya.

Macam nikmat hidup yang Allah kurniakan ini nikmat wang, nikmat pekerjaan, nikmat kebahagiaan keluarga ini dah jadi hak kita kerana usaha kita semata. Kita dah silap.

Moga Allah buka pintu saya, keluarga saya dan kaum muslimin di Oxford dan seluruhnya untuk sama-samalah kita menderma dan berbakti ke jalan Allah s.w.t, demi hari ini dan nikmat berpanjangan di akhirat kelak.

Wama-alaina-illalbalaru'l-mubin.

Wuuuuuuuu.....

Pagi ini aku merasa sedih dan sikit kecewa apabila menatap email. Dah lama aku menunggu saat ini untuk terjadi. Dan ianya bakal terjadi. Tetapi mengapa baru sekarang? Wiiiii....wuuuu....

==========

Program Reunion Ex-MRSM MUAR Batch 97/98

Tempat : Maktab Rendah Sains MARA, Muar
Penginapan : Asrama MRSM Muar
Tarikh : 6 June 2009 - 7 June 2009
Masa : 2 hari 1 malam (2-days 1-night)

Itinerary Program

Days 1
10:00 ~ 12:30 - Pendaftaran dan ramah mesra. (Aktiviti bebas)
12:30 ~ 13:30 - Makan Tengah hari
cadangan hidangan - Nasi Ayam Berlada+Buah+ Air Sirap Limau
13:30 ~ 14:30 - Solat Zuhur
14:00 ~ 16:00 - Briefing from committee + AGM (Annual General Meeting)
16:00 ~ 16:30 - Minum Petang
Cadangan hidangan - Goreng Pisang + Tempe Goreng + Sambal Kicap + Teh 'O' + Nescafe susu
16:30 ~ 17:30 - Solat Asar
17:30 ~ 19:00 - Riadah + Sukan
19:30 ~ 20:00 - Solat Maghrib
20:30 ~ 24:00 - Ex-Mrsm Muar Batch 97/98 Formal Dinner
Cadangan Hidangan
- Nasi Beringin+Ayam Goreng Rempah+Dalca Daging+Pencuk
- Mee Bandung+Buah+ Air Oren + Air Mata Kucing + Air Sirap Soda + Air Mineral
- Satay - 1000 cucuk
- Kambing panggang/golek
- Ayam panggang/golek - 30 ekor
- Salad
- Puding aneka buah-buahan

Days 2
6:30 ~ 7:30 - Solat Subuh
8:00 ~ 9:00 - Sarapan Pagi
Cadangan Hidangan
- Lontong+Telur Rebus+Sambal Kacang+Sambal Tumis+Kuih 2 jenis+Air Teh 'O' + Air Teh Susu
9:30 ~ 11:00 - Aktiviti ( Details will be announce later)
12:00 ~ - Aktiviti program tamat dan bersurai

Yuran Pendaftaran
Kos : RM150 ( Untuk bekas pelajar MRSM Muar Batch 97/98)
- Kos termasuk penginapan+minum+ makan+facilities +formal dinner+souveniers+ miscellaneous

RM60 (untuk spouse atau pasangan masing2 yg bukan bekas pelajar MRSM Muar batch 97/98)
- Kos termasuk penginapan+minum+ makan+Facilities +formal dinner

PERCUMA - Untuk setiap anak-anak yg dibawa bersama ke program reunion.

Sila buat pembayaran secepat mungkin atau selewat2 nya, sebelum 3 Mei 2009
No akaun - (Akan diberitahu dalam masa yg terdekat)

Pecahan details yuran:
RM150
RM50 - Souveniors
- 1 Tshirt with collar
- 1 Small beg
- 1 Sticker
- 1 (either pen or bath towel or will announce later)

RM60 - Kos makan+minum untuk 2hari 1malam.

RM40 - Misc (Termasuk kos kad jemputan untuk guru+tampung kos makan guru-guru+penginapa n+sewa peralatan Maktab+sumbangan kepada maktab+dll kos sampingan)

Total = RM50+RM60+RM40 =RM150

Untuk Spouse yg bukan ahli, hanya bayar untuk Kos makan+minum shj iaitu RM60.

Tiada kos dikenakan terhadap anak2 atau kanak2. (Tidak termasuk anak dara).

Untuk mereka yg tidak mahu tinggal di dalam asrama, kami cadangkan supaya ahli2 dapat menyewa bilik hotel2 yg berdekatan. Sila rujuk comment seterusnya untuk mengetahui senarai hotel2 yg terdapat di bandar Muar.

Kami, pihak Committee amat mengharapkan kerjasama dari semua ahli-ahli agar dapat menghadirkan diri pada hari Program yang telah dicadangkan. Kami berpenat lelah, berkorban masa dan wang ringgit kami, demi menjayakan Program reunion kali ini. Kami juga amat mengharapkan agar ahli-ahli semua dapat menyebarkan maklumat berkenaan program reunion ini kepada ahli-ahli yg lain yg masih lagi belum ada atau kesukaran untuk mengakses internet. Sila sebarkan melalui pesanan ringkas atau talian talipon.

Datanglah beramai-ramai dan memeriahkan lagi majlis yg akan diadakan nanti. Semoga, kejayaan program ini akan dapat merapatkan hubungan ahli-ahli serta menggalakkan aktiviti yang lain yg akan diadakan pada masa-masa akan datang.

Sekian, wassalam....

Regards,
Committee

===========

Biarpun aku tidak mampu untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut - setelah lebih 10 tahun menunggu!, aku doakan ia berjalan lancar dan mendapat sambutan penuh rakan yang lain.

Kita jumpa lagi 10 tahun dari sekarang!

Sunday 19 April 2009

Ke Mana Wang Anda Pergi Baru-Baru Ini?

Sumber: The Star newspaper

Jika anda sedang menyemak penyata potongan cukai pendapatan baru-baru ini, bolehlah rujuk keratan daripada The Star mengenai perbelanjaan operasi 5 pilihanraya kecil (PRK).

Yang di atas kertas, sebanyak RM33.4 juta sahaja wang pembayar cukai diguna atau dibelanja oleh pihak kerajaan bagi menguruskan 5 PRK. Dan terkini, DUN Penanti pula di dalam senarai menunggu.

Yang di bawah kertas rasanya banyak lagi. Kos menurap jalan kampung, kos mengecat balai raya, bina pagar dewan orang ramai, membina parking berbumbung untuk masjid, menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah, meluluskan pembinaan jambatan baru, penyerahan geran tanah, pembinaan rumah PPRT, etc.

Tapi yang paling untung kata rakan-rakan saya, kalau tak orang cop t-shirt, tentunya orang yang supply poster dan bendera (taukey kilang cetak tu orang Melayu ke tak ye?)

Sekadar ambil maklum.

Saturday 18 April 2009

SPPK

Kementerian pelajaran hari ini mengumumkan pelan transformasi sistem pendidikan negara melalui pengenalan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

SPPK akan dimulakan tahuna depan (2010), akan menjadikan sistem penilaian pelajar sekolah tidak lagi 100% bergantung kepada peperiksaan bagi penentuan gred matapelajaran.

SPPK akan dimulakan dengan murid pra-sekolah dan tahun 1. Perlaksanaan SPPK juga bakal menjadikan tumpuan terhadap peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dikurangkan.

Ini kerana sistem semasa masih menggunakan 100% keputusan yang diperoleh pelajar di dalam peperiksaan.

SPP akan menilai dan memperuntukkan markah (dengan pemberat yang berbeza) kepada para pelajar melalui 4 kriteria iaitu:

a) Psikometri (sikap/sahsiah pelajar)
b) Kokurikulum
c) Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)
d) Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan yang selaras bagi peperiksaan di semua sekolah).

Projek perintis SPPK ini telah dimulakan di 50 buah sekolah tahun lalu (2008) dan dijangka 500 buah sekolah lagi bagi tahun ini (2009). Cuma buat masa ini, keputusan ujian bulanan dan mingguan semuanya hanya disimpan di sekolah dan tidak dimasukkan ke dalam keputusan peperiksaan akhir.

Kumpulan pertama akan dinilai secara SPPK adalah calon UPSR pada tahun 2015, iaitu apabila mereka menduduki tahun 1 pada tahun 2010.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
======

Dah nasib korang

Saya tidaklah arif untuk membahaskan hal berkaitan SPPK ini, namun 'spirit' dan objektif SPPK ini nampaknya baik demi membantu melahirkan golongan intelek dan modal insan lebih kreatif dan berdaya saing di masa hadapan.

Cumanya, saya harap perlaksanaan SPPK ini tidak memeningkan banyak pihak. Bukan apa, sistem pendidikan negara kita sering berubah-ubah dan murid-murid serta para gurulah yang menjadi 'subjek eksperimen' - takpelah, dah nasib korang...

Belumpun surut isu penolakkan pelbagai pihak terhadap PPSMI, yang didendangkan sehingga ke peringkat nasional, kini timbul pula SPPK.

Penambahan kriteria penilaian iaitu memasukkan unsur subjektif (sahsiah dan sikap), pastinya memerlukan guru dengan kemahiran khusus. Ini kerana orang sekarang 'bijak' sehingga mempunyai 2 identiti (1 identiti di depan ibubapa di rumah + 1 identiti di belakang ibubapa).

Namun, menggunapakai sistem penilaian subjektif ini bukan lagi menjadi isu, kerana telah banyak modul dan bahan yang boleh dijadikan asas panduan untuk memandu penilaian sikap dan sahsiah para pelajar.

Positif

Maksud positif di sini ialah apabila isu PPSMI tidak dimasukkan ke dalam perbincangan mengenai SPPK.

Secara peribadi, tindakan kementerian mula menampakkan adanya usaha ke arah 'sistem penilaian berterusan'. Penilaian yang saya maksudkan bukan sahaja meliputi akademik, tetapi penilaian sahsiah diri para pelajar.

Pengalaman menjadi pensyarah di IPTA sebelum ini menimbulkan masalah kepada saya (dan ramai rakan yang lain juga), terutama untuk mengajar pelajar lepasan SPM yang masuk ke IPTA.

Banyak benda yang kami para pensyarah kena betulkan semula (yang sepatutnya dah tak berlaku), iaitu:

i) Ramai pelajar cemerlang keputusan SPM (10A, 12A), tapi hanya hebat MENGHAFAL, tapi tidak hebat daya KREATIVITI dan kurang berkemampuan bagi menjawab soalan PENYELESAIAN MASALAH. Ini yang masalahnya.

ii) Sistem 'spoon feeding' - semua cikgu bagi - di sekolah, bukanlah budaya belajar di IPT. Pelajar perlu PROAKTIF, bukan DI-NYAH-AKTIF. Tugas pensyarah cuma 'tunjuk jalan', untuk sampai ke 'hujung jalan' itu tugas para pelajar sendiri, bukan pensyarah. Cuma apabila di pertengahan jalan tu anda tersesat/jatuh gaung, etc, maka datanglah pensyarah untuk bantu tarik tangan anda dan bawa ke landasan yang betul semula.

iii) Suka buat benda/tugasan 'last minute'. Ini kerana dalam sistem pelajaran UPSR, PMR mahupun SPM menekankan 100% final exam. Kata orang, tingkatan 4 dan 5 main-main dulu pun tidak mengapa, tetapi 2-3 bulan sebelum SPM kena mula menghafal, dan boleh jamin keputusan yang baik di dalam SPM. Jadi budaya tersebut masih terbawa hingga masuk IPT.

iv) Not-independent. Inilah yang dirisaukan kerana matlamat untuk melahirkan modal insan kelas dunia yang berdaya saing tidak kesampaian. Pelajar TAKUT untuk buat silap. Pelajar nak diawasi 24jam oleh pensyarah, suka lihat orang lain buat salah dulu dan tunggu pembetulan 'orang yang kena', supaya terselamat diri sendiri. Akhirnya produk semua monotoneus (sama macam pakej Maggi - seragam, tiada kelainan, sukar mencari yang unik).

Kami di IPTA bukan di sekolah yang akan merotan anda jika buat salah! Kalau di kuliah dah takut-takut, bagaimana apabila masuk bilik temuduga dan bersaing dengan graduan lain untuk memperoleh kerja kelak?

Bukan salah anda (pelajar)

Namun tidak adil untuk menyalahkan para pelajar sepenuhnya.

Mereka hanyalah produk - yang terhasil daripada SISTEM yang digunapakai pihak kementerian.

Saya sendiri dahulupun pelajar sekolah dan mengikut sistem yang sama.

Kalau diberi pilihan, pelajar mana yang mahu menjadi penghafal semata. Ramai pelajar yang kreatif (dalam bidang bukan akademik) tidak mendapat merit yang sewajarnya kerana SISTEM hanya mengiktiraf para 'penghafal'.

Ramai yang tangan kreatif:- pandai melukis, minat terhadap kerja bengkel elektronik, elektik, minat buat kraftangan, ukiran kayu, bertani dan ternak ikan, etc. Ini tidak dilihat dan dinilai sebagai merit sebelum ini.

SPPK harapnya akan benar-benar 'menongkah arus' kali ini. Biarlah sistem menghafal itu diseimbangkan dengan kemampuan pelajar untuk berkreativiti dan berani untuk 'berfikir di luar kotak'.
======
p/s: bukan semua bekas pelajar saya seperti yang saya katakan di dalam artikel ini, cuma adalah sebahagiannya (berdasarkan pengalaman saya sendiri). Namun, dengan inisiatif untuk berubah dan masa anda yang masih panjang, insyaAllah anda akan berjaya menjadi modal insan yang berdaya saing dan bermanfaat kepada negara di masa depan. Amin.

Thursday 16 April 2009

Sebab tu je?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

"Mohammad Fairus Letak Jawatan"

==========================

Saya tertarik untuk menyampaikan pandangan peribadi mengenai tindakan 'bekas' TKM1 Pulau Pinang dari PKR yang semalam mengumumkan perletakkan jawatan beliau sebagai ADUN @ Yang Berhormat Penanti.

Saya bukanlah pengikut 'tegar/fanatik' mana-mana pertubuhan politik. Dan saya juga bukanlah jenis yang membuka satu telinga dan menutup yang satu lagi. Saya suka mendengar kanan dan kiri, dan darinya ia membantu saya membuat pertimbangan secara lebih rasional.

Dalam hal ini, prinsip saya mudah sahaja.

"Sesiapa saja rakyat Malaysia yang layak (capai umur) menjadi pengundi, adalah kemestian baginya untuk mengetahui tentang politik. Kerana dia akan menunaikan tanggungjawabnya untuk memilih kerajaan dalam pilihanraya kelak".

Justeru, baca dan buatlah pertimbangan anda sendiri secara rasional terhadap penulisan ini.

Baru diuji

Mohammad Fairus dalam beberapa minggu yang lalu sesungguhnya telah berdepan dengan ujian terbesar (mungkin) di dalam karier politiknya setelah ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung tuduhan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjawat jawatan sebagai TKM1 PP.

Ianya berikutan laporan yang dibuat oleh seorang pemimpin yang juga dari PKR terhadap beliau dalam isu operasi kuari di PP.

Apapun, kita tinggalkan dulu isu dakwaan rasuah ini kerana SPRM telah ada kertas siasatannya dan dalam tempoh terdekat ini akan kita ketahui keputusan dan apakah nasib Mohammad Fairus.

Alasan

Menurut Utusan online keputusan Fairus itu:

1) "dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya"

Tambah beliau lagi:

2) "Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini".

===
Pada saya, sebelum beliau mula mendaki hierarki kekuasaan dan terlibat secara aktif dengan politik lagi, beliau telah berfikir habis-habisan, telah menyusun perancangan, dan membuat pertimbangan pro-kontra akan perubahan yang bakal beliau alami.

Ini kerana kerjaya sebagai ahli politik (pemimpin akan lebih berat lagi) bukan kerjaya 'cuba-jaya'. Ia merupakan betapa tingginya nilai kepercayaan dan keyakinan orang ramai diletak terhadap diri kita, sehingga diangkat memimpin mereka semua.

Janganlah dijadikan alasan 'nak sambung belajar' atau 'menumpukan kepada keluarga' sebagai alasan utama untuk lari daripada tanggungjawab tersebut.

Bukannya tiada contoh yang baik untuk dijadikan ikutan. Jika perut terasa mual untuk mencontohi pemimpin BN, lihat saja bagaimana Tuan Guru MB Kelantan, dan MB Kedah yang memikul bebanan lebih besar. Lebih-lebih lagi MB Kelantan telah lebih 18 tahun mengepalai pentadbiran negeri Kelantan.

Jika baru hendak belajar untuk menyesuaikan masa bersama keluarga (kepentingan peribadi), sambung belajar (juga untuk kemajuan diri sendiri), bertanyalah bagaimana Tuan Guru membahagikan masa bersama keluarga, belajar, memberi kuliah agama, menulis buku, etc!

Saudara Fairus rasanya baru 2 tahun (atau kurang) menjadi TKM PP. Mengapa baru sekarang timbul alasan 'sambung belajar'? Bukankan modul pelajaran di peringkat pasca siswazah boleh dibuat secara 'separuh masa', jika tidak mampu untuk 'sepenuh masa'. Buat separuh masa dan 'separuh lagi' boleh dimanfaatkan untuk bersama keluarga.

Fikir

Sekarang, Fairus perlu banyak memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia amnya, dan pengundi di DUN Penanti khasnya mengenai alasan di sebalik tindakan beliau.

Secara logik - jikalau saya sendiri yang mengundi beliau di kawasan tersebut, saya ada hak untuk mendapatkan penjelasan dan untuk mempersoalkan tindakan ADUN saya yang tiba-tiba melepaskan tanggungjawab kepada rakyat hanya kerana untuk memenuhi tuntutan peribadi (sambung belajar dan bersama keluarga), biarpun ada contoh terbaik untuk bahagikan masa yang boleh beliau belajar darinya.

Lupakan dulu kos yang perlu ditanggung untuk mengadakan pilihanraya kecil (kos oleh SPR & kos berkempen atas nama 'mee segera' oleh jentera kerajaan, etc. - haha).

Atau mungkin juga (yang tersirat) beliau telah dapat menjangkakan keputusan SPRM terhadap siasatan kes beliau ini. Justeru untuk tidak menjejaskan kredibiliti PR, maka beliau rela mengundurkan diri. Jika ini prinsip yang dipegang beliau, Alhamdulillah.

Namun, pengunduran beliau ini bukanlah dibuat atas dasar prinsip untuk menjaga nama baik PR/PKR - rujuk berita. Alasan utama - alasan masih lagi untuk melanjutkan pelajaran dan bersama keluarga.

Apapun, tidak lama lagi SPR akan mengumumkan satu pilihanraya kecil DUN Penanti. Semua mata akan tertumpu kepadanya. Segala jentera akan digerakkan ke arahnya. Segala strategi akan dirangka untuknya.

Tetapi jangan juga dilupa, sejarah ADUN yang sebelumnya tidak dapat tidak akan diungkit dan dijadikan modal berkempen oleh pihak-pihak yang terbabit.

Menarik

Mudah-mudahan urusan untuk membersihkan nama baik beliau akan berjaya. Tidak perlu gusar jika tidak buat benda salah. Malah orang yang tuduh itu pula nanti akan mendapat balasannya.

Perkembangan akan datang pastinya lebih menarik dan bersamalah kita lihat, fikir dan pertimbangkan apa yang baik dan apa yang buruk.

Wassalam.

Lepak ngan ayah & ibu III - Hisap jari

Ha? Mana you dapat tahu pasal benda ni?

A'ah...saya dah lame buat benda 'tu'... tak tahu ke?

Mula-mula try check dulu berapa luas mulut boleh bukak...
aaaaa.....luas tak? luas tak?

Pastu, bawa jari ke dalam mulut... Jangan lupe basuh tangan dulu.

Haa, baru je kate tangan kena basuh (awat yang 'masin je nih!)

Bile tangan dah bersih barulah....nym, nyum, nyum...

Dah faham sekarang?

Wassalam.