Monday 27 April 2009

Antara 2 darjat

BBC dan kebanyakan akhbar di UK pagi ini riuh berkata tentang penyakit demam babi yang kini telah meragut nyawa lebih 100 orang di Mexico, dan jutaan lagi manusia di pelbagai negara berisiko terdedah kepada jangkitan virus maut ini.

Tidak lama dulu, saya pernah ditanya oleh seorang sahabat tentang apa bezanya BABI dengan KHINZIR.

Disebabkan saya tidak ingin kelihatan pandai dan tak berapa cerdik dalam satu masa, saya kata tidak pasti, tetapi mungkin tiada beza sebab ia merujuk pada binatang yang sama.

Saya cuba mencari jawapan terhadap perbezaan babi dengan khinzir tetapi di UK ni tiada kamus Dewan la pulak.

Ada yang mendakwa tiada beza dan tiada pula kurang sifat yang membezakan kedua-duanya. Ia hanya frasa yang disebut secara berbeza, namun menggambarkan objek yang sama.

Dalam hal ini, saya cuba membuat perbandingan dengan contoh lain seperti apa yang kita maksudkan apabila menyebut MAYAT dengan JENAZAH. Kedua-dua sudah tidak bernyawa.

Saya bukanlah pakar bahasa, namun lenggok unik bahasa Melayu itu menjadikan penuturnya kaya dengan tatabahasa dan pemilihan perkataan mengikut kesesuaian keadaan. Dalam keadaan perlu bersopan, ada kriteria untuknya, dan apabila perlu bertegas, gunakan pula kriteria yang lain.

Di dalam isu Babi atau Khinzir ini, saya secara peribadi berpendapat ia hanyalah perselisihan yang timbul daripada label yang digunakan.

agaknya, yang kotor dan buruk rupe ni Babi lah kot

yang cute dan dipegang awek bertudung ni agaknya Khinzir la kot

"awak makan babi ke?" - bunyinya pun agak kasar dan orang yang ditanya itu semestinya merasa malu dan terhina, biarpun memang dialah si pelakunya.

"kenapa makan daging khinzir ni sorang-sorang?" - ia masih menyindir perlakuan seseorang, tetapi nampak lebih berlapik agar orang yang ditegur itu 'sendiri fahamlah'.

Kesimpulannya, tutup lah isu perbezaan babi dengan khinzir ini kerana apa bentuk persepsi kita, virus demam babi itu tidak mengenal sesiapa jua yang ingin dijangkitinya.

Moga Allah lindungi diri kita semua dari kecelakaan dan wabak penyakit yang berbahaya.

p/s: Samak hanya melibatkan memegang anjing. Setakat yang saya belajar, tiada hadith yang menyebut perlunya menyamak jika memegang babi/khinzir. Cukuplah sekadar membasuh tangan dengan air bersih selepas pegang.

2 comments:

umizue said...

salam en hisyam..
saya tidak sependapat dengan apa yang en hisyam ckp tu..

"Samak hanya melibatkan memegang anjing. Tiada hadith yang menyebut perlunya menyamak jika memegang babi/khinzir. Cukuplah sekadar membasuh tangan dengan air bersih selepas pegang".

Setahu saya, anjing dan babi merupakan najis mughallazah, iaitu najis berat.. apabila menyentuhnya, perlulah di samak.. bukan hanya sekadar membasuh tangan..

saya tidak stuju dgn en hisyam kali ni..

abu said...

assalamualaikum

najis muqalzah itu merupakan najis paling besar paling kotor termasuklah padanya anjing dan babi...namun hukum pengharaman babi berdasarkan kitabullah , manakala anjing berlandasakan sunnah iaitu dari hadis s.a.w,berdasarkan kedua-dua fakta ini jelaslah bahawasanya babi dan anjing adalah najis paling kotor namun perbincangan kita apakah iainya perlu disamak?jawapannya hanyalah anjing perlu disamak kerana anjing sahaja dituntut disamak manakala babi tiada dalil sahih mahupun jelas akan hukum samak...

saya anak murid ust khairi ...jika saudari mazhab syafie silalah rujuk ke majmuk nawawi mazhab syafie , beliau turut menyatakan babi tidak disamak , hanya anjing disamak...ambillah dalil mengikut piawaian agama bukan dari siapa yang kata ...