Berikut merupakan petikan sebahagian kandungan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, TG Haji Hadi seringkali menggunakan pendekatan agak keras di dalam menyampaikan ceramah dan kuliah.
Namun, janganlah disalah anggap kerana bagi sesetengah orang, cara teguran yang keras dan kasar adalah sesuatu yang biasa dan boleh diterima (sekiranya ia menyentuh hal kebenaran).
Saya jarang dengar ceramah TG Haji Hadi, tetapi ulasan beliau tentang Islam dan orang Melayu, di samping perjuangan mereka terdahulu di dalam mendapatkan kemerdekaan bagi kita generasi hari, wajar difikirkan bersama.
Mungkin bagi sesetengah pembaca tidak selesa atau akan marah apabila membacanya, namun yang lebih baik adalah bersifat rasional (sebagai menghormati hak melontarkan pendapat), dan buatlah penilaian sama ada rasa petikan ini betul atau sebaliknya.
==========
Yang menyelamatkan bangsa ialah Islam Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, TG Haji Hadi seringkali menggunakan pendekatan agak keras di dalam menyampaikan ceramah dan kuliah.
Namun, janganlah disalah anggap kerana bagi sesetengah orang, cara teguran yang keras dan kasar adalah sesuatu yang biasa dan boleh diterima (sekiranya ia menyentuh hal kebenaran).
Saya jarang dengar ceramah TG Haji Hadi, tetapi ulasan beliau tentang Islam dan orang Melayu, di samping perjuangan mereka terdahulu di dalam mendapatkan kemerdekaan bagi kita generasi hari, wajar difikirkan bersama.
Mungkin bagi sesetengah pembaca tidak selesa atau akan marah apabila membacanya, namun yang lebih baik adalah bersifat rasional (sebagai menghormati hak melontarkan pendapat), dan buatlah penilaian sama ada rasa petikan ini betul atau sebaliknya.
==========
Kalau kita nak selamat, orang Melayu kasih kepada orang Melayu
Maka kita kena tarik orang Melayu bersama dengan Islam
Kalau kita main Melayu sahaja, Islam tak tahu ke mana
Jawab(nya), tak selamat di dunia, tak selamat di akhirat
Yang menyelamatkan Melayu ialah Islam
Bukan(nya) Melayu menyelamatkan Melayu
Kalau Melayu tinggal Islam, macam Arab juga
Arab jadi celaka tinggal Islam, Melayu pun celaka juga kalau tinggal Islam
Kalau nak selamat (hendaklah) dengan Islam
Golongan yang menjadi pemimpin, selepas negeri dikatakan mencapai kemerdekaan
Ini bukan pejuang kemerdekaan
Mereka ini menjadi pegawai-pegawai
Pegawai kepada jabatan-jabatan penjajah
Orang yang sebenarnya menentang penjajah
Sama ada dibunuh, digantung, ditembak atau pun dipenjara, dibuang negeri
Dibuang ke Afrika Selatan
Dibuang ke Pulau Seychelles
Dibuang sana dibuang ke Australia
Dibuang ke Pulau Christmas
Dibuang negeri! Orang yang melawan penjajah ini
Orang yang menjadi alat penjajah
Ini yang menjadi orang besar bila penjajah balik
Mereka ini bercakap dengan bahasa kita juga
Kulit dia macam kita juga
Mereka yang sebangsa dengan kita
Inilah penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam
Yang memerintah negeri orang Islam di seluruh dunia hari ini
Yang duduk memerintah negeri orang Islam seluruh dunia hari ini, ialah anak-anak orang Islam yang dididik dan diajar oleh penjajah
Barang siapa yang ikut puak-puak penyeru neraka jahanam ini Rasulullah S.A.W kata akan masuk sama dalam neraka jahanam.
- wama-alaina-illalbalar'il-mubin -
No comments:
Post a Comment