Monday 13 April 2009

Harga sebiji 'melon'

Apa yang saya maksudkan adalah harga lelongan sebiji pasu - Clarice Cliff Fantasque 'Melon' pattern vase, shape 358 (1930), di dalam rancangan Flog It sebentar tadi.

Memandangkan saya sedang sibuk menyediakan alatan berkebun, makanya tidaklah sempat untuk tangkap gambar 'melon' milik makcik tu. Tapi contoh foto yang sama (sebijik) ada kat dalam buku antique collection yang saya beli tempoh hari (dalam buku anggarkan harganya di sekitar GBP700 - GBP900 (RM4200 - RM5400).

Anak makcik tersebut tidak berminat mewarisi pasu tersebut kerana melihatnya sebagai 'hodoh' dan tiada cara lain untuk makcik tersebut melainkan menjual/melelongnya.

Maka pada petang itu, pasu yang berharga tersebut (yang sepatutnya menjadi warisan keluarganya), telah 'terbang' kepada pemunya yang baru dengan harga GBP750 (RM4500) .

Wang jualannya akan digunakan makcik tersebut untuk pergi melancong ke Austria.

come on, higher, more higher!

Sold for GBP750!

No comments: