Pagi ini kami sekeluarga, bersama-sama a.din sekeluarga dan a.wan sekeluarga meneruskan rancangan untuk 'menziarah' para pakcik dan makcik di carboot Stratford-upon-avon.
Perjalanan ke Stratford mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah, sekitar pukul 10am kami tiba di sana dengan selamatnya.
Biarpun cuaca agak mendung (disusuli hujan renyai), ia tidak mematahkan semangat para peniaga yang datang berjual-beli. Cuaca itu juga tidak sama sekali mematahkan semangat kami untuk ke sana (hoho.....).
Seperti sedia maklum dalam post saya yang lepas di mana hobi saya dan isteri (kumpul rumah kecil). Kali ini juga sama, kami memang melilau, mencari, membelek dan menawar harga jika ada yang berkenan.
Ikut rezeki
Tidak seperti carboot di Oxford, di sini rata-rata rumah kecilnya cantik dan bersih (tuan asal dia memang jaga kot) dan harganya pula murah (dari 20p - 1 pound/unit). Dalam memilih-milih, tu terbeli juga 4 buah yang comel-comel.
Selain mencari rumah kecil, saya juga memang berhajat untuk mengumpul beberapa 'spesis' pinggan - mangkuk - cawan tertentu. Hajat nak mencari Royal Doulton, tak pun set Clarice Cliff, tak pun apa-apa brand yang saya dok study dalam buku barangan antik yang dibeli tempoh hari.
Duit dalam amount yang sesuai juga telah saya sediakan.
Tapi dah tiada rezeki, tiada satu pun barang yang saya hajati dibawa oleh pakcik carboot hari ini.
Tapi ada juga terserempak dengan pasu 'Tremaen' yang mengikut buku tu, harganya adalah sekitar GBP80 - GBP100/unit.
Selain tu, saya juga terpegang satu 'lidded box' oleh Poole Pottery - nilai anggaran GBP60 - GBP80, tetapi makcik baik hati tu hanya letak harga GBP3 (masih boleh runding turun harga). Tapi, entah kenapa saya 'tiada rasa' nak beli tadi.
What a bargain!
Apapun, saya beli benda yang lain iaitu 1 lot (dalam 1 kotak) set cawan-teko. Pakcik yang jualnya tanpa segan-silu 'menurunkan' sendiri harga 1 lot dari GBP3.50 kepada GBP2.50 (dalam lot tu ada 1 teko, 6 cawan + 6 piring, 6 pinggan kecil, 1 bekas isi gula dan 1 bekas isi susu), yang setelah diperiksa masih di dalam keadaan sempurna.
Bagi 'kaki' novel pula (siapa lagi kalau bukan isteri saya dan si saiful), sempat juga merembat beberapa novel oleh Sidney Sheldon (sahaja). Harga yang diberikan juga murah.
Keseluruhannya, perjalanan kami tadi pagi memang berbaloi. Biarpun benda yang dihajati tidak dijumpai (itulah adat carboot), tapi dapat pula benda yang elok, murah dan puas hati.
Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke perkampungan Shakespere dan sempat ambil beberapa foto di sekitar Anne Hathaway Cottage, juga di Stratford-upon-avon. Posting seterusnya kita cerita panjang sikit tentang ini.

No comments:
Post a Comment