Saturday 11 April 2009

Anne Hathaway's Cottage


Di dalam perjalanan pulang ke Oxford dari carboot di Stratford-upon-avon semalam, kami mengunjungi perkampungan Shakespere (Anne Hathaway's Cottage).

Siapa yang tidak pernah dengar nama William Shakespere, seorang sasterawan inggeris yang terkenal - tidak keterlaluan jika dikatakan untuk sepanjang zaman.

Biarpun saya bukanlah peminat sastera inggeris, tetapi mendapat peluang berkunjung ke tempat asal (tempat dia mengurat isterinya), adalah menjadi pengalaman yang berharga dan semestinya tidak wajar dilepaskan.

Semalam kami hanya berada di bahagian luar dan pintu masuk kompleks ini sahaja, mengambil gambar dari luar (kerana bayaran untuk masuk agak mahal untuk dua orang). Insya-Allah, di masa hadapan, cari waktu yang sesuai, kami berhajat untuk masuk dan gunakan waktu untuk benar-benar menghayati persekitarannya.

posing dekat depan papan tanda saja

ada 2 'good girls' hari semalam

terasa cepat waktu berlalu, dah besar rupanya Mawaddah


kat belakang tu ada anak sungai, dan gerombolan biri-biri sedang meragut rumput

No comments: