Keliru 1: Askar Wataniah & Undi Pos
Saya tidak berhajat mengulas atau membuat analisa mengenai tajuk ini. Sekadar ingin melontarkan soalan yang berlegar di kotak pemikiran ini:-
1) Apakah rancangan penubuhan Batalion Askar Wataniah di kesemua kawasan parlimen seperti yang diumumkan menteri Pertahanan baru-baru ini ada hubungkait dengan strategi untuk 'menyimpan undi tetap' dari kalangan tentera/pasukan keselamatan dalam PRU akan datang?
2) Adakah askar wataniah terbabit dengan sistem undian pos? sebagaimana Polis / tentera yang berkhidmat di perbatasan? Atau tentera wataniah tidak termasuk di dalam kategori pengundi pos?
3) Apakah telah terdapat bukti kukuh bahawa keamanan negara bakal diganggu-gugat (sama ada dari dalam, atau dari negara berjiran) tidak lama lagi, justeru batalion askar wataniah ini perlu dibentuk secepat mungkin?
Keliru 2: 1Malaysia
Banyak slogan telah kita dengar bermula dengan 'Malaysia Boleh', diikuti 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang', kini muncul pula '1Malaysia'. Kenapa saya agak keliru, bukan dengan maksud satu Malaysia tu (sebab Malaysia kita ini memang satu je, maksudnya seluruh rakyat berbilang kaum dan agama hendaklah bersatu hati di bawah satu kepimpinan, kot).
Saya cuma keliru:
1) Kerana parti DAP sebelum ini juga pernah melancarkan slogan / manifesto yang bertemakan 'Malaysian-Malaysia'. Agakkan saya ia membawa maksud penduduk di negara ini tidak lagi dikenal melalui kaum atau keturunan, tetapi hanya sebagai 'rakyat Malaysia' - agaknyela.
2) Parti Gerakan juga turut melancarkan slogan 'Malaysia-Malaysia' bagi mendokong hasrat perpaduan dan rakyat satu hati tidak lama dulu.
Apakah slogan baru '1Malaysia' ini berbeza sama ada dari segi luaran mahupun ideologi dengan pihak lain yang saya nyatakan? Kita tunggu saja penerangan mengenai perkara ini.
Slogan datang dan pergi bersama pemimpin.
Sekian dulu kekeliruan saya.

No comments:
Post a Comment