Tempat berlaku: Arab Saudi
Tarikh berlaku: Sekitar Mac 1938
Seperti yang kita ketahui, minyak merupakan komoditi perdagangan terpenting dan sumber ini telah memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi dunia. Maka, apabila bekalan minyak mentah terbesar dijumpai di Arab Saudi, ianya menjadi suatu peristiwa yang besar dan bersejarah kepada dunia.
Sebelum tahun 1930, KSA (Kingdom of Saudi Arabia) tidak begitu menunjukkan minat terhadap minyak, memandangkan ekonominya waktu itu banyak dipacu oleh kegiatan Haji dan Umrah oleh Muslim yang hadir dari serata dunia ke Makkah dan Madinah, dua kota paling suci bagi penganut Islam.
Negara ini (KSA) telah dibentuk oleh Abd-al-Aziz ibn Saud pada tahun 1932 selepas 30 tahun beliau melancarkan usaha menuntut tanah dan wilayah yang beliau percaya sebagai milik keluarga beliau, the House of Saud.
Amerika Syarikat melihat potensi besar bakal diperoleh andai mereka dapat mendekati keluarga Saud dan "meneroka sumber alam" negara baru yang berkeluasan 830,000 batu persegi ini. Pada pertimbangan Amerika, potensi utama adalah penerokaan sumber minyak di KSA yang kini negara terbesar di benua Arab.
Bagaimanapun, di pihak Raja Saudi hanya mengharapkan Amerika hanya akan menjumpai air dan dengan 'harapan itu' mereka telah membenarkan syarikat minyak gergasi US, Standard Oil of California (SOC) untuk menjalankan kerja-kerja penerokaan di padang pasir bersempadan dengan Teluk Parsi pada tahun 1933.
Setelah menggerudi dasar padang pasir selama 4 tahun, tiada sebarang hasil diperoleh dan mulai disifatkan penerokaan itu sebagai suatu pembaziran.
Sehinggalah pada Mac 1938, wilayah timur Arab Saudi telah dipilih sebagai tapak percubaan yang ke-7. Di sinilah mereka menemui 'emas hitam' di dalam jumlah yang terlalu besar, yang tidak mereka pernah bayangkan.
Apa yang Amerika temui, juga dikenali sebagai Lapangan Ghawar, simpanan bagi 1.3 billion ekar minyak mentah, memanjang sehingga 173 batu. Adalah dianggarkan telaga ini sahaja mampu menghasilkan separuh daripada total pengeluaran minyak Arab Saudi.
Enam tahun selepas itu, syarikat minyak asal yang dikawal Amerika telah diubah nama menjadi Arabian American Oil Company atau ARAMCO, dan ianya telah dimiliknegarakan sepenuhnya oleh KSA pada tahun 1980.
KSA telah menjadi negara pengeluar minyak terkaya dunia, serentak juga menjadikan mereka memiliki kuasa untuk 'tawar-menawar' di dalam pasaran minyak global.
Hasil minyak menyumbang sebanyak 90% eksport KSA, dengan simpanan dianggarkan berjumlah melebihi 250 billion tong dan masih mengeluarkan kira-kira 5 juta tong sehari.
Sesungguhnya peristiwa Mac 1938 telah membina negara ini. Dari sebuah negara yang asalnya bergantung kepada hasil kegiatan Haji dan Umrah untuk menggerakkan ekonominya, KSA telah berjaya menempatkan negara mereka di peta dunia, juga dengan kuasa tawar-menawar yang besar di pasaran minyak global!

Sumber: pada foto

Sumber: google image (Ghawar oil field)
Hasil minyak menyumbang sebanyak 90% eksport KSA, dengan simpanan dianggarkan berjumlah melebihi 250 billion tong dan masih mengeluarkan kira-kira 5 juta tong sehari.
Sesungguhnya peristiwa Mac 1938 telah membina negara ini. Dari sebuah negara yang asalnya bergantung kepada hasil kegiatan Haji dan Umrah untuk menggerakkan ekonominya, KSA telah berjaya menempatkan negara mereka di peta dunia, juga dengan kuasa tawar-menawar yang besar di pasaran minyak global!
------------------------------
Baca lanjut:
Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.
No comments:
Post a Comment