Rakyat mahukan perubahan, kata Ibrahim Ali
Perubahan
akan berlaku, bukan sahaja di peringkat negeri Kelantan, bahkan negara
Malaysia secara keseluruhannya JIKA semua parti politik yang bertanding
dapat menonjol dan meletakkan calon-calon yang benar-benar layak
(bersih, warak, cerdik, banyak idea, licik, berpengaruh,
mesra....bla-bla-bla....ada kira-kira 100 lagi ciri-ciri pemimpin yang
baik, LOL).
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana baru sahaja saya sentuh perkara ini di posting bertajuk: MENGAPA HENDAK MERAMPAS KELANTAN?
Ingatan
oleh Pak Berahim Ali ini saya kira ada betulnya. Tetapi pada masa yang
sama kita juga kena renungkan kata orang tua-tua, semangat
itu (keperluan mencari dan meletak calon bersih) sudah betul, cuma
perlaksanaannya sahaja mengapa masih tidak betul-betul!
Baca artikel penuh di sini: KLIK
Tengok calon dahulu, kemudian baru parti
Saya ingin menyentuh sedikit mengenai salah satu isu yang diforumkan minggu lepas di Oxford (Sembang-sembang santai isu-isu semasa Malaysia 2012, bersama Dr MAZA) (lihat butiran Forum di SINI) iaitu; isu AUKU dan penglibatan pelajar/mahasiswa di dalam politik.
Secara dasarnya, kesemua ahli panel yang membentangkan pandangan mereka bersetuju dengan kesimpulan moderator bahawa seseorang
mahasiswa sepatutnya dibenarkan terlibat dan mengambil tahu isu-isu
politik, tetapi TIDAK SEMESTINYA dia perlu terlibat menjadi anggota/ahli
kepada sesuatu parti politik.
Maksudnya, golongan mahasiswa (bersama-sama golongan 'wait and see' voters yang lain) ini akan dapat memainkan peranan secara lebih berkesan sebagai 'check and balance' (digelar KUASA Ke-3) di dalam proses pilihanraya kelak.
Seandainya
dapat direalisasikan galakan supaya mahasiswa terlibat dengan politik
tanpa mereka mengikat diri dengan mana-mana ideologi politik kepartian,
makanya boleh juga saya katakan, untuk PRU yang akan datang ini,
golongan KUASA Ke-3 "perlu mengundi sebab calon (yang layak dan bersih/warak) berbanding memilih sebab parti politik".
Barangkali saranan ini belum dapat difahami masyarakat terbanyak yang mungkin melihat jalur politik Malaysia sekarang ini hanya ada 2 sahaja; iaitu sama ada sokong BN, atau sokong PR.
(NOTA: saya telah menulis perihal "calon" di entri bertajuk: Persoalan yang melingkari CALON BOLEH MENANG. Klik pada tajuk untuk membacanya)
Barangkali saranan ini belum dapat difahami masyarakat terbanyak yang mungkin melihat jalur politik Malaysia sekarang ini hanya ada 2 sahaja; iaitu sama ada sokong BN, atau sokong PR.
(NOTA: saya telah menulis perihal "calon" di entri bertajuk: Persoalan yang melingkari CALON BOLEH MENANG. Klik pada tajuk untuk membacanya)
Kerana pemikiran yang sedia tersemat di kepala ramai orang adalah mendahului sokongan terhadap parti (soal calon itu sebenarnya layak, bersih, warak dan sebagainya, soal yang kemudian).
Akhirnya,
apa yang terjadi, parti yang mereka sokong berkemungkinan akan menang,
tetapi mereka kelak bakal dipimpin oleh pemimpin yang 'tidak layak'
kerana tidak memenuhi kriteria pemimpin yang mereka mahukan, iaitu yang
bersih dan warak.
Akhirnya, parti gagal dibersihkan daripada anasir-anasir yang selama ini menimbulkan masalah kepada parti dan penyokong. Kerana apa halangan ini gagal diatasi?
Kerana para penyokongnya lebih mendahulukan parti (tidak sanggup melihat parti tewas), justeru lebih sanggup mengangkat pemimpin sekalipun sedar mereka tidaklah layak dipilih mewakili mereka.
Kerana para penyokongnya lebih mendahulukan parti (tidak sanggup melihat parti tewas), justeru lebih sanggup mengangkat pemimpin sekalipun sedar mereka tidaklah layak dipilih mewakili mereka.
Dan berpandukan situasi politik Malaysia hari ini, saya tidak rasa rakyat/pengundi akan bergerak dan menerima idea 'pilih calon yang layak jadi faktor no.1, pilih parti yang layak jadi faktor no.2'.
Tetapi
jika kita semua benar-benar mahukan pemimpin-pemimpin politik yang akan
datang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang lebih bersih dan
layak, dari kedua-dua parti, yang berupaya melakukan 'check and
balance' secara lebih berkesan, dan untuk mengurustadbir negara dan wang
rakyat secara lebih telus dan cekap, saya percaya idea ini akan
diterima jua....suatu hari nanti....
Sebagai penutup, renungkan kisah berikut:
Sebagai penutup, renungkan kisah berikut:
-------------------------------
>>> MindaTajdid ".................Maka, kita tidak boleh
mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat
atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu.
Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana
beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda
yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau
melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar,
Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia
pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa
yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi
tuntutannya. (Riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment