Friday 20 January 2012

Dibawakan khas dari Oxford: Forum Isu-Isu Semasa Malaysia 2012 (moderator Dr MAZA)

Sukacita dimaklumkan bahawa OxfordMalaysian akan mengadakan satu forum bertajuk "Sembang-Sembang Santai Isu-Isu Semasa Malaysia 2012", pada 21 Januari 2012 (Sabtu), bertempat di Christchurch College, Oxford.

Untuk makluman para pembaca, khasnya yang berada di tanah air, forum ini dijalankan secara tertutup. Walau bagaimanapun, bagi anda yang berminat, boleh mengikuti forum tersebut secara online streaming di:




Forum ini saya anggap sebagai satu usaha murni yang melambangkan keprihatinan warga Malaysia di luar negara (khususnya di UK/Oxford) terhadap perkembangan dan juga isu-isu semasa yang berlaku di tanah air tahun 2012.

Selain itu, forum ini juga diharap dapat menjadi tempat semua orang duduk memahami dan mengambil cakna isu, selain dapat menyumbang idea, pendapat serta kritikan membina terhadap isu-isu yang bakal diperbincangkan.

Moga kita semua beroleh manfaat!

DrS
winter@Oxford, 19 Januari 2012

No comments: