InsyaAllah, petang ini (Rabu, 21/10/09) kami sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air. Kepulangan yang 'singkat' adalah bagi memenuhi sebahagian daripada tuntutan penyelidikan yang sedang saya jalankan.
Terima kasih di atas ingatan, doa serta bantuan rakan-rakan karib di Oxford - di dalam memudahkan proses kepulangan kami, dan proses menjaga benda yang ditinggalkan sementara di Oxford ini. Hanya rahmat dan limpahan rezeki daripada Allah buat kalian jualah yang mampu kami panjangkan.
=====sinopsis kerja=====
=====sinopsis kerja=====
Penerbangan kami dari Heathrow adalah pada jam 2.30 pm menaiki pesawat Emirates, sebelum transit sebentar (3-4 jam) di Dubai, sebelum dijangka tiba di KLIA pada jam 2.30 pm hari Khamis.
Tiba Khamis petang, esoknya, Jumaat pagi-pagi buta lagi saya sekali lagi 'terbang' (naik AirAsia) ke JB untuk meneruskan program bersama penyelia Doktoral saya, John*, yang kini sedang menjadi Professor Tamu di UTMJB.
Dari JB, kami (saya, John dan KJ) kemudiannya akan ke KL sebelum menjengah beberapa kawasan Desa / pedalaman di ECER, di Pahang dan Terengganu (Kelantan lewat sedikit). Ini baru lawatan awal, ianya perlu disusuli beberapa siri lawatan lagi.
Harap semua berjalan lancar di musim monsun (hujan) sebegini dan harapnya kehadiran kami mendapat kerjasama dan diterima baik orang-orang kampung kelak.
(*Prof Emeritus John Glasson juga merupakan Founding Director OISD - Oxford Institute for Sustainable Development)
=====sinopsis bukan kerja=====
Kesempatan pulang juga kami gunakan untuk mengadakan kenduri Aqiqah buat Mawaddah (kesian, kambing tu dah lama simpan), bercuti berdua dan percutian keluarga serta menghadiri majlis pertunangan adik-adik.
========================
Tak sabar nak pulang, tapi di masa yang sama, rasanya saya juga akan turut merindui pemandangan musim luruh dan permulaan musim sejuk di UK ini.
Selamat maju jaya buat rakan-rakan semua dan jika Allah panjangkan umur kita berjumpa lagi Januari 2010 ini - Mawaddah harapnya sudah boleh berjalan waktu itu!
Wassalam.

7 comments:
salam en hisham... nnt dah sampai skudai, msg la... bleh jenguk2 kami=)
selamat pulang, hati2 memandu bila di Malaysia nnt
selamat pulang en.syam...
Hati2 dalam perjalanan....
dr sepet...nape dtg skudai x jenguk ktorg...??huhu
marah kat azal kerana merahsiakan perjumpaan dgn mr hisyam...
kalau ada yang ter'miss' dalam meeting tu, salahkan Soffi sebab tak hebahkan...haha
Takdelah, itu keputusan saat akhir untuk berjumpa. Tidak mengapalah.
Kepada yang sedang menempuh minggu peperiksaan, selamat maju jaya. Moga dapat keputusan yang baik.
oh opie rupenyerrr...
haha
Post a Comment