Thursday 26 January 2012

Peristiwa yang merubah dunia (siri 8) - Einstein Menerbitkan 'Teori Kerelatifan'

Tempat berlaku: Switzerland
Tahun berlaku: 1905

Albert Einstein merupakan seorang kerani (yang aneh) di the Swiss Patent Office apabila, pada tahun 1905, beliau menerbitkan empat kertas kerja di dalam sebuah majalah berprestij, Annalen der Physik (Annals of Physics). Salah satu dari kertas beliau, yang sekarang dikenali sebagai the Special Theory of Relativity (Teori Kerelatifan), telah merubah cara kita semua melihat alam semesta hari ini.

Dilahirkan di Jerman pada tahun 1879, Einstein merupakan anak kepada pengeluar peralatan elektrik. Keluarga beliau kemudiannya berpindah ke Itali dan kemudiannya ke Switzerland. Einstein telah menjadi 'orang tidak bernegara' setelah menolak kewarganegaraan Jerman kerana enggan menyertai khidmat ketenteraan (khidmat negara). Beliau kemudiannya mendalami ilmu matematik dan fizik di Politeknik Zurich dan menamatkan pengajian pada 1900.

Gagal mendapatkan jawatan sebagai pengajar setelah tamat pengajian, beliau kemudiannya diterima bekerja di Pejabat Paten di Bern. Tugas beliau di pejabat paten adalah sebagai penilai alatan elektromagnetik. Pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bertugas telah membolehkan beliau menghasilkan teori kerelatifan. Pada tahun 1905, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Zurich University.

Pada tahun yang sama, teori beliau, Theory of Special Relativity telah menarik perhatian dunia (dan perhatian dunia terhadap diri beliau). Teori ini, di samping beberapa lagi teori yang menyusul selepas itu, seperti General Relativity, telah mengangkat beliau sebagai Bapa Fizik Moden - menjadikan beliau sebagai salah seorang saintis 'yang agung' dan paling diiktiraf di dunia. 

Albert Einstein. Sumber foto: google image

Begitupun, mungkin ramai yang tidak mengetahui sifat genius Einstein sebenarnya tidak hanya terbatas kepada fizik, malah beliau turut menerbitkan kertas kerja berkaitan politik dan falsafah.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata:
 
"the true sign of intelligence is not knowledge but imagination"

The Special Theory adalah teori yang menganggap pergerakan adalah relatif dan sesuatu objek tidak bergerak melepasi kelajuan cahaya. Melalui teori ini, Einstein mencadangkan: the closer an object gets to the spped of light the more time, as far as that object is concerned, slows down.

Inilah yang beliau rumuskan melalui formula terkenal:


E = mc2 

(E = tenaga, dikira dalam joules); (m = mass/berat, dikira dalam kg); c = kelajuan cahaya, dikira dalam meter per saat).

Walaupun Einstein turut dipengaruhi oleh saintis lain seperti Isaac Newton, Henri Poincare dan James Clerk Mazwell, karya beliau dilihat lebih radikal dan di luar kerangka pemikiran tradisi. Ahli fizik, Max Planck adalah orang yang pertama mengiktiraf kepentingan Special Relativity dan sokongan beliau telah menerbitkan penerimaan lebih meluas terhadap teori ini.

Einstein telah menggabungkan elemen graviti ke dalam teori beliau, maka terhasillah General Relativity pada tahun 1915. Teori ini jauh melepasi Undang-Undang Graviti Newton di dalam memperkatakan alam semesta melalui lengkukan masa dan ruang. Dari teori ini jugalah munculnya Teori Black Holes, Wormholes dan White Holes

Teori Black Holes. Sumber foto: google image

Di atas segala sumbangannya, Einstein telah dianugerahkan Nobel Prize pada tahun 1921.

Einstein kemudiannya melarikan diri dari buruan tentera Nazi Jerman pada tahun 1933. Beliau kemudian menerima kewarganegaraan Amerika pada tahun 1940. Beliau menetap di New Jersey hinggalah hari kematiannya pada 1955.

Baca juga siri-siri sebelum ini (klik tajuk):

Siri 1 - Penemuan lapangan minyak mentah terbesar dunia kurun ke-20
Siri 2 - Pemindahan jantung pertama di dunia
Siri 3 - Sony 'walkman' yang pertama
Siri 4 - Penerbitan 'Das Kapital'
Siri 5 - Pemisahan India (Pakistan & Bangladesh)
Siri 6 - Runtuhnya Tembok Berlin
Siri 7 - Pembukaan Terusan Suez


--------------------------------------

Baca lanjut:

Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.

No comments: