Monday 31 December 2012

Fakta Menakjubkan Tentang Tubuh Manusia (grafik)

Sumber dipetik: Blogserius

Pembelajaran

Di bawah ini merupakan paparan 18 fakta yang menakjubkan mengenai tubuh manusia. Marilah bersama kita membaca dan belajar daripada keunikan ini, dan menginsafi betapa beruntungnya kita yang merupakan sebaik-baik ciptaan-Nya. Bersyukurlah di atas keajaiban penciptaan ini.



Laporan asal DailyInfographics

g
g
g
g

Siri Inovasi: Walk-in closet buat individu praktikal (foto)

Do want!

Memiliki almari pakaian "semua dalam satu" yang mengambilkira aspek batasan ruang memang menjadi suatu perkara yang kami inginkan. Sudahlah "rumah murah" di sekitar Kuala Lumpur sekarang tidak begitu sustainable dari segi harga dan kualiti ruangnya, menambahkan keperluan ke arah penggunaan ruang secara yang lebih efisyen dan bermanfaat.

Di sini saya ingin kongsikan sebuah almari kompak rekaan Hosun Ching yang bijak menyusun ruang dalaman almari pakaian serbaguna menurut slot-slot tertentu bagi mengatasi masalah "pakaian hilang di rak" kerana perletakkan yang berterabur. Ideal bagi mereka yang mencari perabot untuk ruang bilik yang kecil dan kompak.



Laporan asal: YANKOdesign

Sunday 30 December 2012

Foto-foto kemalangan era sebelum adanya AES

Disumberkan oleh: Blogserius

We want AES, we want AES!

Foto-foto di bawah diambil sewaktu zaman permulaan pemakaian kenderaan bermotor. Waktu itu, kenderaan berenjin secara puratanya berkelajuan hanya 30 batu/jam. Siapa sangka pada kelajuan yang jauh di bawah paras penguatkuasaan AES ini, impak kemalangan adalah begitu sadis.

Sokonglah AES kalau tak mahu jadi seperti mangsa kemalangan seperti di bawah (mode sarkastik?).


Laporan asal ILTWMT

Siri Inovasi: Cawan Hygienic Buat Anda (foto)

Membersih dan mengeringkan cawan atau gelas secara higenik merupakan suatu isu kepada sesetengah orang. Ada kalanya kita terfikir bahawa membiarkan gelas "ternganga" boleh mengundang habuk atau partikel kotoran dari udara mencemarinya semula. Dan jika kita telangkupkan gelas, berkemungkinan "gelung" (rim) cawan yang kita letak bibir untuk hirup minuman akan terkena kotoran pada permukaan meja sekali lagi.

Mengambilkira dilema tersebut dua pencipta, Gao Fenglin dan Zhou Buyi mengambil langkah menghasilkan Bevel Cup yang mempunyai pemegang cawan unik bersudut 40 darjah serong

Pada satah kedudukan ini, ia membenarkan cawan tersebut dikeringkan secara stabil serta gelung tepinya terhindar daripada menyentuh permukaan meja apabila dikeringkan. Kedudukan senget ini juga boleh menjadi indikator bahawa cawan itu telah dibersihkan dan sedia untuk disimpan/diguna semula, berbanding selama ini pengguna tidak pasti mana satu cawan bersih dengan yang mana satu telah digunakan.

Walaupun ia merupakan hasil inovasi yang ringkas tetapi amat bermakna terutama kepada peminum kopi tegar seperti saya. Nice!



Laporan asal: YANKODesign

Saturday 29 December 2012

Dokumentasi Matawang Kertas Beberapa Negara (foto pendidikan)

Waktu hujung minggu ini telah saya manfaatkan untuk membuat beberapa kerja dokumentasi koleksi-koleksi milik Pak Mentua (yang banyak ini) bagi tujuan "rekod masa depan" dan juga demi pendidikan dan pendedahan kepada para pembaca yang berminat.

Sebenarnya sudah lama ingin saya buat tetapi "rasa rajin" itu belum ada. Justeru apabila minggu ini "datang rasa rajin" itu, dengan segeralah saya memanfaatkannya.


Tiada sedikitpun niat di hati saya untuk menunjuk-nunjuk akan apa yang dipaparkan di sini melainkan berniat berkongsinya demi pendidikan. Di samping ianya tersimpan di dalam blog ini untuk tatapan anak-cucu saya di masa hadapan, inshaAllah.

Hobi dan Minat Mendalam

Bapa Mentua saya ini memiliki minat dan hobi yang mendalam di dalam mengumpul setem, duit (syiling dan kertas), pen, kamera, buku-buku dan pelbagai lagi. Tidak pernah saya bertanya (atau tak berani nak tanya) sudah berapa banyak RM telah beliau peruntukkan bagi hobi dan minat tersebut. Namun berpandukan jumlah yang terdapat pada setiap koleksinya, saya jangka ianya sudah bermula dari zaman beliau masih muda lagi.

Apapun, khusus bagi posting kali ini saya hanya ingin berkongsi bersama para pembaca beberapa jenis matawang kertas yang terdapat di dalam koleksi besar beliau (mungkin hanya 10% daripada jumlah keseluruhan yang disimpan). Ianya BUKAN koleksi wang lama, tetapi wang kertas daripada pelbagai negara.

Banyak lagi matawang kertas yang tidak saya masukkan kerana tidak pasti dari negara mana kerana tidak dinyatakan dalam bahasa yang boleh saya teka dan beberapa negara Asia dan Arab yang kita semua telah tahu.

Sebahagian koleksi wang kertas ini beliau kumpul sewaktu masih berkhidmat bersama Petronas, di mana waktu itu beliau kerap mengembara ke pelbagai negara bagi tugas eksplorasi minyak dan sebagainya. Sebahagian lagi dikumpul semasa pergi bercuti dan sebagainya.

Sesungguhnya usaha beliau ini akan menjadi legasi penting buat tatapan anak-cucu di kemudian hari. Untuk kami simpan, tatap dan hargai. Untuk anak cucunya "kenal" atuk mereka melalui minat dan hobi beliau.


Moga beroleh manfaat!

Tolong baca: Senarai Nombor PIN Yang Mudah Diceroboh

Apa Nombor PIN yang Mudah Dijangka?

Salah sebuah artikel yang popular pilihan Yahoo! editor bagi tahun 2012 adalah mengenai keselamatan kod PIN oleh pengguna. Sejauh manakah anda percaya nombor PIN "sulit" yang anda miliki dan gunakan itu selamat daripada digodam individu lain?

Ramai pengunjung yang membaca artikel tersebut telah berkongsi pandangan mereka. Ada yang menggunakan nombor poskod tempat mereka bertugas 30 tahun yang lepas yang telah tidak lagi wujud hari ini, dan berbagai lagi tips yang pelik dan menarik.

Sekiranya anda "terhilang" kad ATM semasa keluar rumah, rasa anda, berapa lamakah masa yang diperlukan oleh individu yang menjumpainya untuk menduga nombor PIN kad anda dan berjoli dengan wang milik anda? Menurut Nick Berry, pengasas kepada Data Genetics dari Seattle, ianya tidaklah begitu sukar (untuk menggodam nombor PIN anda).

Berry telah menganalisa kata-kata laluan (passwords) daripada kes-kes godam yang menggunakan kata laluan 4-digit (0-9). Terdapat 100,000 kombinasi kemungkinan di mana nombor 0 hingga 9 dapat disusun bagi melengkapkan kombinasi 4-digit kata laluan.

Berry menjalankan analisa bagi mencari apakah nombor atau kod digit yang paling kurang dicuba dan yang paling berkemungkinan untuk dicuba (oleh si penceroboh). Berry mendapati, bagi kes yang memerlukan 4-digit kata laluan bagi akaun online dan urusan di laman web, pengguna lazimnya tidak mengulang nombor 4 digit yang sama sebagai nombor PIN.

Beliau mendapati 11% daripada 3.4 juta kata laluan 4-digit menggunakan kod 1234. Pilihan popular yang ke-2 adalah 1111 (6%), diikuti 0000 (2%). Ini menggambarkan pengguna sendiri kurang berimaginasi di dalam memelihara keselamatan akaun dan data mereka.

(nota: SplashData yang menganalisa permasalahan yang sama pada tahun 2011 mendapati kata laluan 6-digit yang paling digemari pengguna adalah 123456!)

Berry juga mendapati seseorang itu mempunyai peluang sebanyak hampir 27% bagi mendapatkan kata laluan 4-digit yang betul di dalam 20 percubaan/kombinasi. "Ianya menarik untuk mendapati betapa mudah dijangka kecenderungan seseorang di dalam mencipta kata laluan mereka". (Lihat jadual di bawah).

Sumber: pada rajah

Ini mungkin berpunca daripada sikap sesetengah pengguna yang tidak berminat mengingati kata laluan yang sukar, dan sebahagian yang lain berpendapat dompet mereka tidak mungkin akan hilang/dicuri!

Hari, Bulan dan Tahun

Di antara angka yang paling kerap dijadikan nombor PIN, tentulah: tarikh hari lahir, tarikh ulangtahun, tahun kelahiran. Tambah malang, mereka yang lahir tahun 19xx, sekalipun memudahkan mereka mengingati kata laluan tersebut, turut memudahkan orang lain meneka kombinasi nombor PIN mereka!

Penggunaan tarikh lahir sebagai nombor PIN sebenarnya "menjerat diri" anda. Sekiranya dompet anda tercicir atau dicuri, tentulah ia (kad ATM) turut diletakkan bersama kad pengenalan atau lesen memandu. Tentunya kedua kad terbabit memaparkan tarikh lahir anda (sebagai kata laluan).

Begitu juga dengan nombor PIN 2580. Ianya popular. Cuba anda lihat papan kekunci pada telefon anda (atau kekunci pada mesin ATM) ianya 4-digit yang berturutan dari atas ke bawah! Ini juga menjadi bukti betapa pemalas dan cuainya seseorang itu di dalam menjaga keselamatan data dan maklumat "sulit" mereka.

Nombor PIN yang Kurang Dijangka (least predictable)

Jika saya beritahunya di sini, bermakna ianya menjadi mudah untuk dijangka. Apapun, menurut kajian Berry, nombor PIN yang paling kurang diguna adalah 8068 yang hanya muncul sebanyak 25 kali dari jumlah 3.4 juta kombinasi (atau hanya digunakan sebanyak 0.000744%). Lihat Jadual bagi senarai nombor PIN yang kurang dijangka:

Sumber: pada rajah

Kombinasi terbabit dilihat tidak mewakili sebarang peristiwa penting atau signifikan untuk diingati.  

Sebagai penutup, kita imbas kembali beberapa perkara penting yang ditemui Berry semasa menjalankan kajiannya:

1) Nombor PIN yang paling popular iaitu 1234 digunakan lebih kerap berbanding 4200 kombinasi kod yang paling kurang dijangka.

2) Pengguna didapati semakin kurang kreatif apabila diminta menyediakan 5-digit kombinasi kod di mana lazimnya memilih 12345.

3) Bagi kombinasi kod 7-digit, pilihan ke-4 paling popular adalah 8675309 yang diilhamkan oleh "Tommy Tutone song".

4) Pengguna juga gemar menggunakan nombor berganda sebagai nombor PIN seperti 4545, 1313. Kajian juga mendedahkan angka 45 lebih gemar digunakan berbanding 29 dan 37.

5) Di tangga ke-17 kombinasi kod paling popular adalah 3141592654. Bagi anda yang pernah belajar matematik, tidak perlu menjadi pakar-pun anda tahu ianya 10 digit pertama bagi "Pi" (22/7).

Sumber asal: Dinyatakan pada rajah.

Friday 28 December 2012

Menggila - "BOXING DAY" di London (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Damn!

Boxing Day Sale ialah acara tahunan yang dinantikan mereka yang mencari the best bargain in town. Semasa kami student dahulu memang kami nantikan Boxing Day Sale yang memberikan potongan harga barangan sehingga 80%. Dapat beli barang berjenama pada harga tak masuk akal. Di bawah ialah gambar orang ramai yang sanggup beratur dari awal pagi dalam cuaca sejuk di tengah kota London. Crazy.. but to be honest I miss this.

Selain mereka dari China, orang Malaysia pun ramai dan tidak ketinggalan menjana ekonomi London hujung tahun ni!



Laporan asal Izismile

Wednesday 26 December 2012

WIRAWATI Angkatan Tentera Norway (foto blondies)

Disumberkan oleh: Blogserius


Nice Blondies

Hari ini mari enjoice awek tentera dari negara TERBAIK dunia (mengikut ranking) iaitu Norway. Tahukah anda bahawa di Norway kaum hawa dapat menyertai active service ketenteraan sejak 1938. Selepas perang, mereka dihadkan kepada bidang-bidang awam. Tetapi pada tahun 1995, undang-undang hak sama rata diluluskan di Norway dan sekali lagi kaum wanita dibenarkan menyertai tentera sebagai ahli tentera aktif. 

Norway juga merupakan negara pertama yang membenarkan wanita menjadi anak kapal selam mereka. Ketika ini, Norway mempunyai 3 kapten kapal selam wanitaRESPECT.  Di Malaysia tidaklah diketahui status dan penglibatan kaum hawa ini... 



Gambar TheBrigade 

Tuesday 25 December 2012

DUCATI MONSTER S4R Paolo Tesio (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Woahhhhhhhhh!!

Ducati Monster S4R ialah sebuah motor berkuasa tinggi yang memang cukup dikenali rider pelesit jalan raya seluruh Malaysia. Mazidul Akmal yang bukan rider pelesit jalan raya pun tahu Ducati Monster S4R is sex on two wheels. Tahukah anda motosikal yang mula dikeluarkan sejak 1993 dan menjalani beberapa evolusi ini merupakan motosikal terlaris dikeluarkan oleh Ducati. In fact lebih dari separuh jualan motosikal Ducati terdiri dari keluarga Monster. Versi terkini yang terjual ialah S4R 795 dengan enjin 803 CC.  Ianya dikeluarkan untuk pasaran Asia dan dipasang di Thailand


Monster is already sexy as it is tetapi modifikasi custom yang dihasilkan oleh Paolo Tesio menghasilkan perubahan yang sangat mendadak dan seksi. Paolo Tesio melakukan perubahan fork depan, tempat duduk dan fairing gentian kaca yang direkanya sendiri. NICE!







Laporan asal Asphalt and Rubber