Waktu hujung minggu ini telah saya manfaatkan untuk membuat beberapa kerja dokumentasi koleksi-koleksi milik Pak Mentua (yang banyak ini) bagi tujuan "rekod masa depan" dan juga demi pendidikan dan pendedahan kepada para pembaca yang berminat.
Sebenarnya sudah lama ingin saya buat tetapi "rasa rajin" itu belum ada. Justeru apabila minggu ini "datang rasa rajin" itu, dengan segeralah saya memanfaatkannya.
Tiada sedikitpun niat di hati saya untuk menunjuk-nunjuk akan apa yang dipaparkan di sini melainkan berniat berkongsinya demi pendidikan. Di samping ianya tersimpan di dalam blog ini untuk tatapan anak-cucu saya di masa hadapan, inshaAllah.
Hobi dan Minat Mendalam
Bapa Mentua saya ini memiliki minat dan hobi yang mendalam di dalam mengumpul setem, duit (syiling dan kertas), pen, kamera, buku-buku dan pelbagai lagi. Tidak pernah saya bertanya (atau tak berani nak tanya) sudah berapa banyak RM telah beliau peruntukkan bagi hobi dan minat tersebut. Namun berpandukan jumlah yang terdapat pada setiap koleksinya, saya jangka ianya sudah bermula dari zaman beliau masih muda lagi.
Apapun, khusus bagi posting kali ini saya hanya ingin berkongsi bersama para pembaca beberapa jenis matawang kertas yang terdapat di dalam koleksi besar beliau (mungkin hanya 10% daripada jumlah keseluruhan yang disimpan). Ianya BUKAN koleksi wang lama, tetapi wang kertas daripada pelbagai negara.
Banyak lagi matawang kertas yang tidak saya masukkan kerana tidak pasti dari negara mana kerana tidak dinyatakan dalam bahasa yang boleh saya teka dan beberapa negara Asia dan Arab yang kita semua telah tahu.
Sebahagian koleksi wang kertas ini beliau kumpul sewaktu masih berkhidmat bersama Petronas, di mana waktu itu beliau kerap mengembara ke pelbagai negara bagi tugas eksplorasi minyak dan sebagainya. Sebahagian lagi dikumpul semasa pergi bercuti dan sebagainya.
Sesungguhnya usaha beliau ini akan menjadi legasi penting buat tatapan anak-cucu di kemudian hari. Untuk kami simpan, tatap dan hargai. Untuk anak cucunya "kenal" atuk mereka melalui minat dan hobi beliau.
Moga beroleh manfaat!
No comments:
Post a Comment