Sunday 30 December 2012

Siri Inovasi: Cawan Hygienic Buat Anda (foto)

Membersih dan mengeringkan cawan atau gelas secara higenik merupakan suatu isu kepada sesetengah orang. Ada kalanya kita terfikir bahawa membiarkan gelas "ternganga" boleh mengundang habuk atau partikel kotoran dari udara mencemarinya semula. Dan jika kita telangkupkan gelas, berkemungkinan "gelung" (rim) cawan yang kita letak bibir untuk hirup minuman akan terkena kotoran pada permukaan meja sekali lagi.

Mengambilkira dilema tersebut dua pencipta, Gao Fenglin dan Zhou Buyi mengambil langkah menghasilkan Bevel Cup yang mempunyai pemegang cawan unik bersudut 40 darjah serong

Pada satah kedudukan ini, ia membenarkan cawan tersebut dikeringkan secara stabil serta gelung tepinya terhindar daripada menyentuh permukaan meja apabila dikeringkan. Kedudukan senget ini juga boleh menjadi indikator bahawa cawan itu telah dibersihkan dan sedia untuk disimpan/diguna semula, berbanding selama ini pengguna tidak pasti mana satu cawan bersih dengan yang mana satu telah digunakan.

Walaupun ia merupakan hasil inovasi yang ringkas tetapi amat bermakna terutama kepada peminum kopi tegar seperti saya. Nice!



Laporan asal: YANKODesign

No comments: