Sunday 29 March 2009

Sesiapa yang nak beli kereta

Saya tertarik dengan hujjah yang diberikan si penulis di dalam blog isuhangat di mana perlunya kita sebagai pengguna, untuk bijak membuat kira-kira dan pertimbangan mana yang baik-buruk di dalam membeli kereta (tidak kira kereta baru atau terpakai, atau juga dibeli di Malaysia atau ingin membawa pulang kereta ke Malaysia kelak, etc)

==============================

Sumber:http://isuhangat.blogspot.com/

Kepada sesiapa yang ingin membeli kenderaan yang jimat minyak (bermakna untuk save duit $$$, BETUL TAK?)

Ini pengiraan dari segi kos minyak sahaja tidak dibandingkan dengan prestasi,prestij dan maintenance.

Mari sama-sama kita buat satu pengiraan mudah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kenderaan yang agak MAHAL (bagi sesetengah golongan) berbanding kenderaan buatan Malaysia (PROTON).
Bukannya nak condemn mana-mana jenama kenderaan, tapi hanya untuk berkongsi pendapat dari segi PENJIMATAN . (WANG $$$$ yang dibelanjakan).

Untuk kenderaan 1.6 cc

Harga Vios : RM 74000
Harga Honda City: RM 84000
Harga Proton: RM 56800 (Katalah PERSONA)
PERBEZAAN HARGA
Vios Vs Proton: RM 17200
Honda City Vs Proton: RM 27200

Diandaikan dalam masa 4 tahun, millage kenderaan anda akan mencecah 100,000 km. So, pernahkah anda membuat pengiraan, berapa yang dibelanjakan untuk pembelian petrol?.

Katakanlah, harga petrol sekarang adalah RM 2.70 se-liter. Dan andaikan juga kenderaan seperti PERSONA menggunakan minyak sebanyak 7 Liter/ 100 km yang mana agak tinggi kalau dibandingkan dengan VIOS dan HONDA CITY.

Dengan itu untuk 100,000 km harga pertol yang dibelanjakan adalah seperti perkiraan berikut:
100000 (km) bahagi 100 (liter) = 1,000 darab 7 (liter) = 7,000 darab 2.7 (harga minyak seliter) = RM 18,900.00

DENGAN ITU, PEMBELIAN PETROL UNTUK KENDERAAN PERSONA ADALAH SEBANYAK RM 18,900 BAGI PENGGUNAAN SEBANYAK 100,000 KILOMETER. (4 TAHUN)

Harga Kenderaan (PERSONA) campur (+) Jumlah Petrol yang digunakan (100,000KM) BERSAMAAN = RM 75,700

IKLAN BARU BAGI HARGA KENDERAAN
Toyota VIOS: RM 74000 (tanpa petrol)
Honda City: RM 84000 (tanpa petrol)
Proton PERSONA: RM 75,700 (TERMASUK petrol untuk perjalanan sehingga 100,000km) DIANGGARKAN DLM 4 TAHUN
HA!!!! NAK PILIH YANG MANA!!!. TEPUK DADA TANYA SELERA.

SEKADAR BERKONGSI IDEA. WALAUBAGAIMANAPUN, TERPULANG KEPADA PILIHAN ANDA.

================
Nota kaki: semalam, sementara menunggu giliran Mawaddah dicucuk BCG, saya sempat membelak majalah kereta (WHICH?). Yang menariknya, terdapat artikel tentang survei pengguna terhadap keberkesanan jenama/syarikat kereta.

Menariknya juga, keputusan/analisa survei menunjukkan Proton berada pada kategori 'memuaskan', sama kumpulan dengan Merz dan BMW.

Juga terdapat analisa terhadap kereta Daihatsu Sirion (MYVI - untuk Perodua), juga menunjukkan pencapaian yang baik, sehingga menyamai Toyota Yaris.

Saturday 28 March 2009

Nota kecil

Sekadar nak minta maaf pada sesiapa yang melayari blog ini. Posting berkaitan politik ini bukanlah core business saya.

"harus difahami dengan jelas bahawa ada perbezaan antara berpolitik secara langsung (mahupun secara aktif), dengan mengambil cakna serta menyatakan pandangan sebagai orang yang memiliki sedikit ilmu mengenai sebarang isu, termasuklah isu politik" - Ahmad82

Namun, bertindak mengikut perkembangan semasa dan isu-isu yang menarik minat saya maka banyaklah posting berkaitan politik saya buat.

Namun, sejurus sahaja surutnya arus politik di tanah air, makanya surut jugalah nanti posting berkaitan politik di blog ini.

-Sekian dimaklumkan-

Wednesday 25 March 2009

Betullah tu

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.


- Tun Mahathir (3 Feb 2009) -

Sumber: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/rasuah-umno.html

Tuesday 24 March 2009

Mau Gantung Ka Mau Saman?

Baru sebentar tadi membelek-belek (?) akhbar utusan malaysia online, tengok apa perkembangan terbaru yang berlaku di tanah air.

Biasalah apabila tinggal berjauhan ni, internet memainkan peranan cukup penting bagi menghubungkan saya dengan perkembangan mutakhir di tanah air.

Surat khabar online, blog, sms tidak dinafikan telah merubah (dan mencabar) pendekatan konvensional bagi penyampaian maklumat dan berita.

Hari ini, walau di manapun kita berada, segala maklumat terkini (dan sensasi) hanya terletak di hujung jari saja.

Gantung

Ini bukan kes remaja perempuan yang ditemui mati tergantung di pokok durian di Rawang semalam, tetapi berkenaan dengan tindakan pihak KDN menggantung sirkulasi 2 buah akhbar lidah rasmi parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan berkuat-kuasa semalam.

Menurut Perdana Menteri (PM), KDN pastinya mempunyai asas dan bukti yang kukuh sehingga tindakan menggantung tersebut dibuat.

Menurut menteri yang menjaga KDN pula, tindakan tersebut tidak dapat dielak memandangkan kedua-dua lidah rasmi tersebut telah bertanggungjawab di dalam penyaluran berita yang memutarbelit fakta, mengelirukan maklumat dan boleh menyuntik kebencian terhadap kerajaan dan pemimpin.

Sebagai rakyat bawahan yang tidak punya apa-apa kuasa dan pengaruh, sedikit sebanyak timbul pertanyaan di dalam hati. Mengapa tindakan ini (gantung) diambil di saat parti pemerintah bakal mengadakan perhimpunan agungnya (malam ini)? Atau sebagai usaha 'menyempitkan' pilihan maklumat kepada bakal pengundi di 2 bukit dan 1 batang bulan hadapan?

Atau mungkin juga saya tersilap atau terlalu berfikiran negatif mengenai perkara ini. Namun, harapnya tindakan KDN ini ada berlandaskan bukti dan asas yang benar, yang dapat diterima logiknya kelak.

Saman

Terfikir juga saya tadi. (Yelah, dalam membuat tesis ni saya digalakkan untuk mencabar idea dan isi kandungan setiap penulisan yang saya baca. Penyelia saya juga nasihatkan bahawa sedikit saja kandungan dalam buku rujukan yang boleh dipercayai, selebihnya 'boleh mengelirukan'.)

Jikalau 2 akhbar tadi begitu jelas tidak beramanah dengan etika media, mengapa tidak disaman saja. Sekurang-kurangnya dengan bukti yang ada, kerajaan dan KDN khasnya, mampu menang kes di mahkamah, justeru boleh menutup terus kedua-dua akhbar ini dan membatalkan permit pengeluarannya buat selama-lamanya.

Bukankah itu lebih straight forward serta lebih mudah difahami rakyat yang kini sentiasa mahukan penjelasan? Itu nak kena jelaskan, ini pun nak kena jelaskan, etc.

Imej

Mungkin idea menyaman bukanlah keutamaan sekarang ini. Namun, apakah dengan ketiadaan 2 lidah rasmi parti pembangkang ini akan membuka peluang yang lebih baik untuk kerajaan memulihkan imejnya: (1) dalam menawan semula kesemua kerusinya di dalam pilihan raya kecil di 3 tempat tersebut?, dan (2) dengan kehadiran bakal PM yang baru tidak lama lagi?

Saya sebagai seorang dalam 27 juta rakyat, hanya mampu tunggu, baca/lihat dan fikir /analisa saja apa yang bakal berlaku kelak.

Keamanan

Sebagai rakyat biasa, saya tidaklah menyatakan segala apa yang telah dibuat ini salah atau tidak betul. Cuma apa yang dikehendaki adalah pihak yang berwajib, wajiblah menyatakan sebab di sebalik sesuatu arahan mahupun tindakan itu, agar rakyat faham dan jelas mengenainya.

Jauh di sanubari, saya mengharapkan agar perkembangan geopolitik, sosial dan ekonomi tanah air akan beransur baik untuk bulan-bulan yang mendatang.

Dan harapnya, persidangan UMNO tahun ini akan dapat menghadirkan suatu titik perubahan dan kesedaran di kalangan pemimpin Melayu akan peri-pentingnya perubahan @ anjakan pemikiran (yang baru) bagi membawa orang-orang Melayu amnya (yang masih ramai miskin, terpinggir dan tidak dibantu sewajarnya) dan kaum Muslim khususnya, ke tahap yang lebih baik.

Tunaikan segala janji yang dibuat dengan penuh komitmen dan bijaksana. Semoga negaraku akan kekal aman dan kami rakyatnya dapat hidup dengan selesa.

Wassalam.

Sunday 22 March 2009

Dah bertambah

Nampaknya, minat kami berdua yang suka bebenor mengumpul rumah kecil telah menunjukkan hasilnya.

Dengan bilangan koleksi yang semakin bertambah, menjadikan ruang yang ada berkurangan, dan kemungkinan besar ia memerlukan setting baru disediakan di masa hadapan bagi menampung pertambahan.

Koleksi yang ada meliputi pelbagai rekaan artis baik Liliput Lane, David Winter, Collectable Lighthouse, Old World Tressures, Kong Li, Margaret Rose Collectable, Academy, etc.

Sehingga ke hari ini masih belum berhenti mencari, memilih dan membeli rumah-rumah kecil ini dan selagi mendapat harga yang murah@berpatutan, memang terus dirembat saja!




koleksi di belakang TV



koleksi khas di atas rak@almari

kehadiran rumah api telah melengkapkan fungsi koleksi bot-bot kecil


selain rumah kecil, saya juga gemar melihat (membeli, jika ada yang berkenan di hati), lori@van mini


Lepak ngan ayah...

peringkat 1: suspek kelihatan menutup muka bagi mengelak daripada dirakam fotonya

peringkat 2: suspek cuba menjengah keluar daripada 'karung' untuk mendapatkan udara segar

peringkat 3: suspek merasakan dirinya telah terkantoi, tetapi masih memberikan pandangan yang was-was

peringkat 4: suspek semakin yakin bahawa fotonya telah dirakam oleh kamera

peringkat 5: suspek mengerutkan dahi dan berkata "apa hal?"

peringkat 6: selepas digosok pipi dan dagu, barulah suspek dapat bertenang dan sempat pula memberikan special pose buat ayah...

Saturday 21 March 2009

Belon@Putrajaya 2009


Sumber foto: bharian.com.my

Jika anda ada kelapangan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara ini. LOLZ!

Orang Berlumba Nak Jadi Baik

Apabila usia meningkat, ada masanya (duduk sorang-sorang) saya berfikir dan mengimbau kembali zaman bujang/muda-muda 4-5 tahun yang lepas, sewaktu belajar (sekolah dan universiti) dahulu.

Syukur, Alhamdulillah, dalam perjalanan hidup yang Allah tentukan ini, saya telah dipertemukan dan dibimbing oleh orang-orang yang berlumba-lumba untuk menjadi insan yang baik dan lebih baik.

Memang baik jadi orang penting
Tapi lebih penting jadi orang baik (Ismail Kamus)

Kalau ikut hati, memang nak ikut kawan-kawan yang hu..ha-hu..ha. Ada kawan yang dari pakai tudung, jadi buang tudung. Dari berkawan macam kawan-kawan, jadi kera sumbang sebab sibuk berpakwe, dari sama main bola dah jadi perokok tegar, etc.

Kadang-kala saya merasa pelik, mengenangkan mengapa dalam tuntutan agar kita berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik (dengan perbaiki diri), ada pula sesetengahnya berlumba-lumba tinggalkan keistimewaan agama, tidak ambil cakne hal dosa-pahala dan jadi 'orang biasa'.

'orang biasa' yang tidak dipandang Allah di Mahsyar nanti. Allah tidak pernah memerlukan makhluk, sebaliknya makhluk (kitalah) yang memerlukan Allah.

Allah telah menjadikan kita sebagai 'kita' hari ini, bukannya percuma. Ada tugas, peranan dan tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap kita.

Disebabkan kita dikurniakan dengan akal yang boleh berfikir (keistimewaan yang hanya dinikmati manusia), kita wajib gunakan untuk kebaikan, menimbang mana yang baik-buruk, dosa-pahala, benar-dusta, etc.

Tidakkah kita dapat bezakan perubahan diri kita dari baik kepada buruk? atau dari buruk kepada baik?

Tua di usia muda

Saya tak heran langsung kalau di UK ni remaja perempuan dia sibuk nak nampak tua, (matang?) biarpun umur baru nak masuk 16 tahun.

Ini kerana, bagi mereka "hidup ini adalah syurga mereka". Dan peluang yang sekali inilah perlu mereka mahu gunakan sepenuh mungkin untuk enjoy dan bergembira.

Maka, segala majalah hiburan dan rancangan hiburan di TV menjadi idola dan anutan mereka.

Mereka bersolek cara idola, mereka berpakaian pun cara idola.

Mereka tidak bercakap pasal dosa-pahala. Mereka tidak bercakap tentang nilai-budaya.

Mereka ingin nampak cantik dan dapat pakwe.

Tapi remaja kita

Tapi orang melayu kita masih percaya pada dosa-pahala, masih berpegang pada nilai-budaya.

Tanpa keduanya, samalah kita dengan mereka.

Makanya, dicelah kesibukan sesetengah kita untuk menjadi baik, mengapa ada sesetengah lagi yang berlumba-lumba dan berubah dari menjadi baik kepada tidak baik?

Apakah amaran Allah akan peritnya azab neraka itu suatu jenaka pada mereka?

Atau mereka telah cukup kuat dan yakin untuk mendepani balasan akibat melanggar perintahNya?

Berlumbalah

Saya pun bukanlah orang yang baik-sempurna dan tidaklah layak menasihati dan menginsafkan sesiapa.

Namun, saya juga punya beban tanggungjawab yang Allah beri, perlu dan wajib saya jalankan sebagai hambaNya.

Berlumbalah kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. Jangan ambil langkah ke belakang, namun sentiasalah pandang ke belakang (lampau) untuk belajar darinya, agar langkah ke depan tidak sumbang lagi.

Sesungguhnya Islam itu diibaratkan sebagai "ia datang seorang diri, dan ia akan pulang seorang diri".

Agama Islam telah lengkap-sempurna, tinggal saja kita ambil ia dan jadikan sebagai cara hidup (ad-din). Mengapa diambil nilai dan pegangan selain darinya?

Dan jika kita rasa usaha dan amalan kita masih jauh, maka kejarlah Islam itu, sebelum ia pulang menemui Allah suatu hari nanti.

Kerana apabila tibanya hari itu, segala-galanya sudah tidak bermakna lagi.

Friday 20 March 2009

Buat Ape Solat!

Jumaat semalam.

Saya dan ab.Din singgah solat Jumaat (naik kereta) di Masjid Manzil, Cowley sebelum meneruskan perjalanan kami ke pusat sauna selepas itu.

Alhamdulillah, selepas makan tengah hari, kami bertolak ke masjid dan tiba di sana dalam pukul 1.00petang dan mendapat parking di dalam kawasan masjid.

Alhadulillah, solat dan ibadah berjalan lancar dan disebabkan kami mengejar masa, sebaik saja selesai solat maka cepat-cepat keluar sebab kononnya nak berebut keluarkan kereta pula.

Tuuuu dia! punyelah tersumbat pintu masuk masjid. Siapalah yang parking melintang-lintang ni? Dahla datang lambat, block pulak pintu keluar masjid. Masuk nak cari pahala, tapi keluar buat dosa (sebab menghalang orang lain).

Cepat-cepat hidupkan kereta, angkat tangan dan masuk line. Tup-tup, ada pulak sebuah teksi parking kat tengah-tengah jalan dan tuannya belum sampai.

Maka berjajarlah panjangnya barisan kat belakang dia.

Lepas tu, oklah tuan teksi tu sampai (dengan muka Pakinya yang selamba) dan alihkan keretanya ke depan. Aiiikkk! datang pulak menyelit sebuah kereta dari tepi. Muka Paki, muka selamba, muka orang dunia ke-3...

Selit, cucuk dan masuk. Barisan tak juga bergerak-gerak. Dah 10minit sangkut.

Dan-dan, ada 2-3 lagi kereta cuba menyelit kat depan. Disebabkan kami cuba jadi civilized people (orang yang bertamadun), maka kami bagilah chance kat mereka tuh.

Yelah, mana tau mereka ada emergency ke, nak masuk office cepat ke, atau nak (@ dah) terkucil, siapa yang tau kan?

Selepas dekat 20minit sangkut, tak bergerak-gerak, tiba-tiba saja owner kereta kat belakang datang, try nak bukak pintu kereta saya tapi saya dah kunci, dia ketuk dan saya bukak tingkap.

Mula-mula dia cakap urdu, tapi what the h*ll, manalah kami berdua faham sebutir benda pun!

"don't give any chance, bumper to bumper. If you keep giving them chance (enter the line) we all gonna be here for whole day. They all don't know how to drive. They all drive like sh*t!"

Lebih kurang macam tulah ceramah dia pada kami.

Tadi masa kat dalam masjid, semua berakhlak mulia. Bila keluar saja, terus jadi singa!

Oklah, kami pun buat-buatla agresif sikit, saja nampakkan pada sahabat tu yang teguran dia, kita ambil kira.

Haaaa? tiba-tiba satu van Paki datang jauh dari barisan belakang terus himpit sebelah kereta kami. Pastu kawan Paki (penumpang) dia senyum-senyum kat kami. Saya hanya gelengkan kepala, nak marah pun rasa sayang kat pahala solat Jumaat tadi.

"alahai, buat apelah solat tadi, kalau keluar masjid je, terus buat dosa dan menyusahkan sesama muslim", keluh saya.

Tiba-tiba, owner kereta yang sound kami tadi, meluru ke van tu dan berbalah dengan pemandu dia. Oklah, Paki sama Paki! Kami cuba pasang telinga gak, drama free la katakan... tapi tak paham ape pun.

Driver tu cuba tutup pintu, tapi mamat yang marah tu halang dan goncang van dia. Kami terkedu jugak tengok "drama hari jumaat" tu.

Lepas tu, mamat yang marah tu bunyikan hon dan terus potong line dari sisi van tu pulak dan masuk kat depan kereta kami. Saya bagi tangan suruh dia masuk depan.

Kesian tengok. Yang datang jauh-jauh dan tinggalkan kerja sekejap untuk solat/ ibadah/ cari pahala, tup-tup end up dengan sumpah seranah, maki hamun orang lain yang dia susahkan.

Mujurlah sauna kami tu tak ke mana-mana, so lewat sikit pun tak pelah.

Pakcik van yang kena marah tu pulak terus slowkan usaha dia nak masuk line, mungkin tengah kira berapa baki pahala yang tinggal kot? Yelah, kalau pahala dah habis buat bayar dosa susahkan orang, buat ape solat kan?

Dalam 30 minit kemudian, kami selamat keluar dari Manzil Way dan bergerak ke sauna.

Nota:
Janganlah dibawa perangai dunia ke-3 ke sini. Saya sendiri susah-susah belajar untuk terapkan budaya baik/positif dunia maju untuk perbaiki diri. Anda orang Paki yang dah lama di sini, mengapa masih membudayakan sikap negara dunia ke-3 sehingga ke pintu rumah Allah?

sendiri mau ingatla...

Save energy, save money

10 ways to save money, energy and the planet
www.oxfordismyworld.org

1- use low energy light bulbs and reduce your lighting costs by 80%.

2- switch TVs, modems and electric chargers off at the mains and save up to 10% on your electricity bill.

3- cover your pans when you cook and reduce the energy used by up to 90%.

4- use lower temperature settings on your washing machine and dry your washing outside if you can and save 5-10% on your annual electricity bill.

5- turn your thermostat down by 1degree C and save 10% of your heating bills.

6- shower instead of bathing and reduce the energy and water needed by 60%.

7- get cavity wall insulation and reduce your heating bill by 30%.

8- improve your loft insulation and reduce your heating bill by 25%.

9- a wireless energy meter can help you reduce your electricity use by up to 25%.

10- switch to green electricity, which is generated from low carbon or renewable sources, and reduce your carbon footprint by up to 30%.

===============

Pesan orang tua-tua:

"kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua!"

Monday 16 March 2009

GOD/Tuhan itu ALLAH

"aku bersaksi tiada TUHAN melainkan ALLAH, dan aku bersaksi MUHAMMAD itu PESURUH Allah" - Syahadah

Ingatan: nukilan di bawah ini merupakan cetusan rasa saya sendiri, bukan untuk merendah mahupun meninggikan sesetengah pihak. Ia lahir daripada keprihatinan saya terhadap pengguguran tuntutan penggunaan perkataan Allah bagi menggantikan Tuhan oleh penganut agama lain (selain Islam) beberapa minggu yang sudah.

Diharap kepada yang membacanya, dapat menghadam huraian dan contoh yang akan saya gunapakai. Jika sekali baca tidak dapat menangkap maksud saya, diharap dibaca untuk kali kedua.

Dan jika ada yang tidak bersetuju, bolehlah diutarakan persoalan, kerana mungkin penjelasan yang dipaparkan tidak memuaskan hati, dan ianya terbit dari atas kelemahan diri saya sendiri.

Mudahnya kita tergelincir akidah

Contoh:
Perbualan di antara si anak kecil dan ayahnya

Situasi:
Suatu pagi di hujung minggu, ketika sang ayah sedang membasuh kereta di halaman rumah, si anak yang kecil meluru ke arahnya sambil bertanyakan satu soalan.

Anak: Ayah! Apa yang uncle Heong buat kat tiang merah sambil pegang lidi berasap kat halaman rumah dia tu ek?

Si ayah menoleh ke arah rumah jiran yang setentang dengannya, melihat Heong sedang tertunduk-tunduk 'sembahyang' dengan colok yang berasap dikepit di tangannya.

Dengan pantas si ayah menjawab...

Ayah: Oooh, uncle sedang sembah TUHAN DIA!

Anak: Ooo, lalu si anak berlalu pergi.

Para pembaca. Ada kemungkinan atau tidak jawapan tersebut akan terpancul dari mulut si ayah? Jika YA, maka bermula dari saat itu, si anak akan percaya bahawa ADA TUHAN SELAIN ALLAH! - iaitu ada tuhan lain untuk uncle Heong, pak cik Ramu dan uncle James.

Sedangkan ALLAH itu SATU, sebagaimana yang kita baca setiap kali tahiyyat dalam solat wajib 5 kali sehari tu.

SOALAN SAYA: Apakah tidak tergelincir akidah si ayah?

Kerana secara sedar atau tidak, si ayah telah melafazkan pengiktirafan/pengakuan bahawa selain ALLAH, ada lagi TUHAN lain untuk penganut agama lain (menyekutukan Allah), yang menyanggahi Syahadah itu sendiri!

Harap dapat memahami contoh yang telah saya gunakan.

Pendidikan/Mendidik

Inilah bahaya yang dihadapai apabila kita beranggapan bahawa ungkapan ALLAH adalah khas untuk orang-orang ISLAM SAHAJA, dan tidak boleh digunapakai oleh penganut agama lain.

Makanya, untuk menjelaskan ibadah rakan kita yang non-muslim, perkata seperti TUHAN DIA terpaksa juga digunakan. Mungkin tanpa niat untuk mengiktiraf tuhan lain atau juga bermaksud untuk membezakan perlakuan ibadah orang Islam dan bukan Islam.

Tetapi, aspek yang melibatkan Akidah ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main/remeh, kerana kesannya kepada kita sorang muslim amatlah besar.

Justeru, dalam contoh yang saya gunakan di atas, jelas bahawa aspek pendidikan perlu dikukuhkan oleh ibu-bapa bermula dari rumah lagi.

Demi menjelaskan dan dalam masa yang sama mendidik si anak, si ayah wajar berkata:

"Oooh, uncle Heong pun sembah ALLAH, cuma CARA dia salah. Dalam Islam, kita minta terus apa-apa dengan ALLAH, tak perlu pakai perantara (objek) macam agama lain".


Nota untuk diri:

Namun, penjelasan ini kemudiannya perlu disusuli dengan didikan agama/asas agama yang kukuh di rumah. Jangan anggap pelajaran agama Islam yang mereka terima di sekolah telah cukup.

Asas agama ini perlulah sentiasa disemai dan dibajai sehinggalah mereka mampu berfikir dan mempertimbang baik dan buruk sesuatu perkara.

Wassalam.

Saturday 14 March 2009

Renungan

Ramai orang suruh bersabar,
Tapi tak ramai orang yang boleh bersabar.

Orang mudah meminta maaf,
Tapi tak ramai orang boleh memberi maaf.

Memang baik menjadi orang penting,
Tapi lebih penting menjadi orang baik.

Ramai orang baik yang nak jadi orang penting,
Tapi tak ramai orang penting yang jadi orang baik.

========
Ismail Kamus
Masjid Shah Alam

Nok Teboh Lalak

(Nak Pukul Lalat)




manalah tahu, summer ni ada orang nak ajak kita main teboh lalak ke.
Prince Blast, dibeli dengan harga GBP10 di kedai charity lepas solat jumaat semalam, in excellent condition, good handing and extremely light.

Menemui sahabat

Jumaat-Sabtu yang lepas, kami sekeluarga menerima ziarah rakan dari Edinburgh (Nurul, Iz dan Aisya) dan Saiful Kodi dari Reading ke Oxford.

Nurul dan famili datang dari London, biasanya kalau dah berada di London tu, kenalah singgahkan diri ke Oxford ni.

Di kelapangan yang ada, sempatla kami membawa mereka berjalan-jalan sekitar bandar Oxford, ambil foto mana-mana bangunan lama, bersejarah dan landmark bagi Oxford.

Ini merupakan sebahagian foto yang dapat saya kongsi bersama para pembaca. Dalam kamera Nurul dan Saiful lebih banyak. LOLZ!

kiri: saiful, izhar, wan nurul


ada orang menangis hari tuh...

tak ingat dah nama jalan ni, tapi kat tengah-tengah town la

yang ini kat enterance Christ Church College, yang terkenal dengan dewan makan, dalam Movie Harry Potter tuh...

rekezi hari tu, sebab cuaca amat baik, langit cerah dan tak ramai orang!

Terima kasih daun keladi,
lain kali singgahlah lagi,
kalau boleh janganlah sehari,
sebab banyak tempat kita tak cover lagi...

inilah masa untuk enjoy ourselves, sebelum masing-masing tamatkan pelajaran dan balik semula bekerja di tanah air. Sebab masa tu nanti, semua akan kembali sibuk dan tak tahulah bila lagi masa yang sesuai untuk travel dan melihat tempat seperti ini , bukan?

Pekerjaan Terbaru Saya

Dalam sibuk belajar, bantu isteri jaga anak dan bersama uruskan keluarga, saya sempat juga 'menghabiskan' masa dengan buat kerja baru...iaitu:

haa...inilah bendanya. Buku ni cukup menarik kerana memaparkan collectable items dan antik, lengkap dengan info asas untuk membantu pembaca yang berminat dengan subjek ini. Dan yang penting, ialah harga yang diletakkan untuk setiap item.

lihat saja harga untuk sebuah lori mainan Dinky, mencecah GBP18,000 (+-RM90,000).
Bayangkan, kalau lepas 'terbeli' lori kecik ni, balik rumah tengok anak tengah main-main dan gigit-gigit benda ni, menangis...

lori kecik pembawa kicap tomato ni pun boleh cecah harga GBP2,000 (+-RM10,000)!

ini pulak Troika item. Troika memang terkenal dengan barangan seramik (pasu, belanga etc) yang pelik-pelik. Tapi tengoklah harga yang ini, cecah GBP3,500 (+-RM17,500)!

yang ini pulak Clarice Cliff. Memang tersohor, juga dalam barangan seramik (pinggan mangkuk, pasu belanga etc). Saya cuba juga cari di kedai-kedai charity dan carboot, tapi memang benda ni berharga dan orang tak jual kat tempat-tempat lekeh camni. Lihat saja harga jag ni, mencecah GBP2,800 (+-RM14,000)!

ni satu lagi jag dari Clarice Cliff, busuk-busuk pun GBP800 (+-RM4000). Dah bayar dan dalam perjalanan ke kereta, kaki tersadung, jag pun jatuh dan berderai depan mata, menangis lagi...

duit lama, memang menjadi koleksi di dinding rumah kami. Tengok saja harga yang ini, boleh mencecah anggaran GBP9,000 (+-RM45,000)!

Biarpun saya tak berhajat untuk serius dalam mengumpulkan barangan antik ni, tapi dengan membaca buku tersebut dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan umum.

Mungkin suatu hari, apabila berjalan-jalan di carboot/kedai antik/kedai charity, terpandang item2 yang semacam ni, tahulah saya yang ia berharga, dan mungkin berbaloi untuk dibeli!

Sekian dimaklumkan.

Thursday 5 March 2009

C.Just

Congo for Justice (C.Just)

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri satu pembentangan/ceramah yang disampaikan oleh rakan berbangsa Congolese tentang krisis kemanusiaan dan perkembangan terkini di Congo.

Beliau merupakan seorang Reverent (gelaran orang alim bagi Kristian), peguam dan pendakwaraya (memiliki pejabat guaman, tetapi telah musnah dibom tentera semasa krisis November 2008, begitu juga kediaman beliau yang turut musnah dibom), elected-MP dan calon bagi kerusi Presiden Congo.

Kini beliau berada di UK di atas kapasiti Political Asylum (pelarian politik) dan tidak dibenarkan pulang ke Congo yang masih bergolak. Waktu ini digunakan beliau untuk menyambung pelajaran dan kini beliau mendaftar bagi program PhD dalam Undang-Undang.

Beliau cuba berjuang dari luar dengan membawa komuniti antarabangsa agar mengutuk dan membantu menamatkan kegilaan di Congo, memastikan sistem demokrasi ditempatkan kembali, untuk membawa keadilan (justice), dan dari itu diharap akan terbitnya keamanan (peace) kepada Congo dan rakyatnya.

Bring the truth to the light

Beliau memulakan pembentangan dengan menghuraikan krisis di Congo dari aspek sejarah yang panjang.

Bermula dengan bagaimana kuasa-kuasa besar dunia telah membahagi-bahagikan Congo kepada beberapa wilayah demi mengaut hasil buminya yang pelbagai itu.

Empat kuasa besar yang berpengaruh kepada krisis yang sedang berlaku di sana sekarang adalah Amerika, UK, Peranchis dan 'jin belaan' iaitu Belgium. Kini muncul satu lagi kuasa penekan yang secara tidak langsung iaitu China (yang buat perjanjian perniagaan berat sebelah dengan kerajaan Congo).

Menurut kata kawan tu lagi, salah seorang presiden yang sanggup bertegas untuk membataskan campurtangan kuasa barat di dalam negaranya ialah Presiden Lulumba (cari foto dia dalam Google).

Lulumba tegas menolak campurtangan asing di dalam geo-politik Congo dan cuba menguasai sistem pentadbiran. Tindakan tegas dan berani beliau untuk membela dan memastikan kekayaan hasil bumi negaranya digunakan untuk rakyatnya, jelas tidak disenangi barat. Barat melabelkan beliau sebagai 'mad dog'.

Lantas, barat menggunakan 'jin belaannya' iaitu penjajah Belgium untuk menangkap Lulumba. Beliau telah dipenjarakan, dan kemudian dibunuh dengan anggota badannya dikerat dan dibuang ke dalam asid. Saya dan seluruh hadirian hari itu bagaikan tidak percaya dengan hukuman yang dikenakan kepada pemimpin negara itu!

Selepas tumbangnya Lulumba, Congo melantik presiden baru yang digelar 'dog' oleh sahabat itu, yang berfungsi untuk menurut sahaja telunjuk kuasa asing.

Dari itu juga bermulanya kemasukan atau pencerobohan tentera dari negara jiran iaitu Rwanda dan Burundi, di mana mereka telah masuk dan menetap di wilayah Congo. Mereka dengan cepat terus menakluk kawasan-kawasan utama yang kaya dengan galian dan enggan keluar dari Congo.

5 kekayaan

Benua Afrika jika dilihat adalah berbentuk seperti PISTOL, dan Congo merupakan PEMICUNYA. Justeru, menguasai dan melemahkan Afrika, adalah dengan menguasai dan melemahkan Congo.

Mengapa Congo begitu digilai kuasa-kuasa besar ini? Ini kerana terdapat 5 galian penting yang boleh menjadikan pencurinya kaya-raya iaitu: koltan/coltan, emas, berlian, tembaga dan perak (?).

Namun dalam semua senarai itu, coltan merupakan buruan utama penjajah, mengapa?

Ini kerana coltan merupakan bahan asas bagi menghidupkan operasi kebanyakan barangan elektronik dalam abad ke-20 ini! (saya pun baru tahu hal ini).

Kawan itu berpesan, jika anak-anak anda sedang bermain PlayStation, pesan pada depa, itu hasil darah rakyat Congo. Begitu juga setiap kali anda menjawab telefon, ingatkan di telinga anda ada darah perjuangan rakyat Congo.

kena sambung lagi....


Apabila Membacanya...

Link di bawah adalah penulisan terkini Tun Mahathir tentang krisis ekonomi dan usaha 'bailout' oleh kerajaan UK bagi menyelamatkan bank serta lain-lain perusahaan kesan daripada krisis ekonomi yang kini melanda UK khususnya.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/financial-crisis-and-bailouts.html

Para pembaca boleh bacanya sendiri. Saya juga ada menulis tentang hal ini bulan lepas, tetapi telah saya keluarkan dari blog ini. Ianya berkaitan perberhentian 850 pekerja kilang Mini di Cowley, Oxford, HBos menjangkakan kerugian operasi GBP10billion, pengangguran di Britain cecah 2 juta, British Works for British Workers etc.

Namun, apabila Tun sendiri turut mengulas topik yang sama, saya merasa seronok membacanya kerana ia dihuraikan dengan ringkas tapi padat dan gaya penulisannya yang memudahkan semua peringkat memahami isu yang dibawa beliau.

Jika Tun melemparkan perasaan sinikal terhadap usaha kerajaan Gordon Brown bertindak terhadap isu kemelesetan ekonomi ini, begitu jugalah ulasan saya sebelum ini terhadap CEO-CEO bank yang telah menerima berbilion wang pembayar cukai Britain tetapi tetap menjalankan urusan perniagaan yang merugikan.

"they actually criminals, who took our money (taxpayers money), used it for wrong investments, enjoy some of it for bonuses, but no legal action (court action) have been taken towards them. They just keep talking and defend themselves and at the end of the day, they escape just like that".

Selamat membaca.

Ke Pokok Sudahnya...

Setelah krisis kepimpinan di negeri Perak berlarutan lebih sebulan, pelbagai kejadian pelik tapi benar telah berlaku (atau mungkin ada lagi yang bakal terjadi?).

Krisis ini telah diulas oleh terlalu ramai 'penganalisa tidak berdaftar' di blog-blog, ruangan di surat khabar, forum maya, di pentas-pentas ceramah, TV dan radio etc. Sebabnya, ulasan pihak 'yang berdaftar' gagal memuaskan hati dan kehendak ingin tahu para rakyat terhadap isu ini.

Seperti biasa, tipikal media arus perdana di Malaysia yang sukar kita dengar berita berimbang (ada sekejap, selepas PRU-12), semua paparan berita menampakkan dacing senget, walhal Malaysia yang masih diperintah BN, berlambangkan daging seimbang.

Berbalik kita kepada topik asal. Krisis di Perak ini saya anggap sesuatu yang besar, akan tetapi isunya sedikit saja. Puncanya ada pihak yang tidak sabar dengan keadaan semasa dan kedudukan mereka dalam hierarki kuasa, namun mereka ini juga gagal mengemukakan justifikasi yang konkrit kepada rakyat disebalik tindakan mereka yang bersifat terburu-buru mengambil alih kerajaan sedia ada itu.

Apabila kuasa yang sudah berpuluh tahun dipegang terlepas kepada tangan orang lain, sudah tentulah pelbagai agenda dan pelan pembangunan yang dirancang dan dipersetujui sebelum PRU12 akan tergendala (atau terbatal) dan ini merugikan 'mereka'.

Pertikaian yang menjadi titik tumpu krisis ini juga sedikit saja. Seperti pendapat Kazrat, perdebatan dan rujukan ke mahkamah hanya berkaitan Fasal 16(6), 16(7), 18(2)(a), 18(2)(b), 36A(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Peristiwa bersejarah dewan bersidang di bawah pokok mungkin hanya sebahagian kecil dari implikasi yang timbul, dan tidak mustahil selepas ini mereka akan panjat pokok pula untuk bersidang sebab kat bawah dah kena 'mangga' dengan pihak berkuasa.

Krisis ini terpaksa kita semua akui hanya akan merugikan semua pihak. Tidak boleh diterima akal jika ada yang menyatakan krisis ini tidak menjejaskan sesiapa. Tak payahlah nak diulas kesan terhadap FDI (Foreign Direct Investment), pengurusan hasil bumi oleh agensi kerajaan negeri, keharmonian antara kaum etc. yang tentunya lebih merumitkan minda.

Cukuplah sekadar mengharapkan BN, PR dan Istana segera mencari kata sepakat untuk sama-sama menamatkan krisis yang berlaku ini.

Yang akan menambahkan buruknya ialah, krisis ini akan panjang dan terus berlarutan jika semua pihak ini terus angkuh terhadap undang-undang dan takut kepada undi rakyat.

Jika masing-masing begitu yakin dan percaya bahawa sokongan rakyat masih utuh bersama mereka, bubarkan DUN dan bersama turun bertarung di gelanggang pilihanraya.

Ayuh kita lihat siapa yang jantan!