.............However, it is a question of how you look at it; "glass half full or glass half empty".
Raghav Bahl @ BBC HardTalk, 15 March 2011
Topic: Is there a race to become a global superpower between the two Asian giants, India and China and, if so, who will win?
Nota Kaki:
Panel ini menekankan bahawa India kini berada pada kedudukan lebih baik berbanding China secara jangka panjang.
Tambah beliau, China telah berkembang terlalu pesat, tetapi akan tiba suatu tahap di mana negara tersebut akan menunjukkan tanda-tanda 'kehausan' (kepenatan) kerana telah menggunakan terlalu banyak sumber.
Beliau meramalkan dalam masa 10 tahun lagi India akan memintas pencapaian China untuk menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia.
Begitupun, fakta penting buat masa ini (tahun 2011), China telah memintas Jepun untuk muncul sebagai negara kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dan sebelum akhir tahun ini, China dijangka akan memintas US sebagai pengeluar produk industri terbesar dunia!
Malah, dijangkakan tidak lama lagi (10-15 tahun), China akan mengambil alih tempat dan status US sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia.
Banyak "jawapan indah dengan disulami kata-kata manis" diberikan oleh panel, namun sampai ke akhir rancangan beliau tidak dapat mengeluarkan satu jawapan yang ringkas dan 'straight to the point' kepada soalan:
Q= bagaimana untuk menggambarkan kemampuan India untuk menandingi China jika keupayaan dan kualiti India menganjurkan Sukan Komenwel masih begitu 'buruk' dibandingkan keupayaan dan kejayaan luar biasa China menganjurkan Sukan Olimpik?
Mampukah India, negara demokrasi terbesar dunia membangun dengan pantas, hingga berupaya mengikut jejak langkah yang ditinggalkan oleh China, negara yang paling menunjukkan pertumbuhan ekonomi menakjubkan pada dekad lepas?
No comments:
Post a Comment