Wednesday, 9 March 2011

Tiada salah minum berdiri

Dari Ibn Abbas r.a katanya, "aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah S.A.W, lalu baginda meminumnya sambil berdiri" (Hadith riwayat Muslim, no. 3776) - baca artikel penuh di SINI.

Nota kaki:

Alhamdulillah, akhirnya muncul jua pihak yang ingin berkongsi informasi ini secara terbuka. Bukan apa, bagi "orang kita" yang telah sebati dengan tegahan "minum dan makan berdiri" (sebagaimana diajarkan kepada mereka di sekolah-sekolah agama), adalah begitu mencabar dan sukar untuk melentur minda dan mengubah persepsi agar yakin bahawasanya ada sumber (iaitu Hadith / perbuatan Rasulullah S.A.W) yang sahih untuk menjawab isu minum berdiri ini.

Jujurnya, sudah agak lama saya mengetahui bahawa kita dibolehkan untuk minum berdiri, dengan bahasa mudahnya, minum berdiri bukanlah perlakuan yang salah, menurut Hadith.

Bezanya, daripada apa yang saya pelajari, hanya makan berdiri yang salah, kerana tiada Hadith boleh disandarkan sebagai bukti bagi menyokong bahawa Rasulullah pernah makan berdiri. Tiada. 

Justeru, dari manakah (datangnya) sumber yang menyatakan berkaitan larangan minum berdiri ini? Saya sendiri pun tidak tahu sebab waktu belajar di sekolah agama dahulupun saya tidak pernah terasa nak bertanya kepada cikgu agama.

Hanya terima sahaja (orang suap saya telan).

Daripada artikel yang dinyatakan di atas juga turut dilampirkan hujjah beberapa pakar akan kemungkinan mengapa dibolehkan untuk kita minum berdiri (terutama dalam konteks meminum air zam-zam).

Pada saya, tidak kiralah apa jua pendapat dan apa pakar kata, selagi ianya bersumberkan Hadith yang sahih iaitu Rasulullah S.A.W sendiri minum berdiri, saya tidak akan soal lanjut.

Makanya, jika suatu hari kita terpandang seseorang itu minum berdiri, janganlah cepat kita "menghukum" hamba Allah itu dengan mengatakan ianya sebagai perilaku yang salah. Kerana Hadith sendiri telah membenarkannya.

Tetapi kalau melihat anak-anak kita makan berdiri wajiblah kita menegur dan memberitahu mereka bahawa ianya salah (selain 'kurang ajar' makan berdiri kat depan orang tua).

Dilemanya mungkin, apabila makan, tentunya timbul rasa nak minum. Takkan nak malukan diri dengan bangun (minum) dan duduk (makan). Duduk jelah terus sampai habis makan. Tidaklah pelik dipandang "orang kita".

No comments: