Sunday 6 March 2011

Jalan-jalan ke Beconskot - Model Village

Semalam, Sabtu, cuaca cerah+mendung, kami membuat keputusan 'ad-hoc' untuk berkunjung ke Beconskot Model Village.

Hajat untuk ke Beconskot sudah agak lama kami bincangkan, tetapi waktu yang sesuai asyik tidak kunjung tiba. Hujung minggu akan ada sahaja perkara yang perlu diberesi.

Mungkin, sekali sekala keputusan secara ad-hoc boleh menyelesaikan dilema ini.

Kalau di Malaysia, istilah 'model village' boleh dianggap sebagai 'kampung contoh' atau desa cemerlang yang boleh dijadikan model ikutan. Tetapi untuk Beconskot, model village memang bermaksud kawasan yang dibina bermacam jenis model rumah pada skala kecil.

Terletak di High Wycombe, hanya 40 minit dari Oxford, bayaran masuk adalah sebanyak GBP 9 (student rate GBP 6.25) dan bayaran untuk naik keretapi mini pula GBP 1/person.

Sungguhpun perkampungan model ini kecil saja, bulan lepas ia berjaya menarik seramai lebih 33,000 orang!

Semua orang gembira, tetapi Mawaddah nampaknya paling riang-gembira. Penat kami menggagalkan beberapa cubaan dia untuk memanjat bumbung rumang-rumah yang ada. 

Mana tidaknya, pagar yang dibina pun bersaiz mini! Haduuu...

 Saya memang kagum dengan ketelitian kerja tukang yang buat kampung model ini

 Kereta kabel ini memang berfungsi, naik turun-naik turun...




 Air pancutdia nampak 'real'


 Hello! Ada orang tak..!


 My favourite picture, seriously!

 Keretapinya pun bergerak mengelilingi taman mini ini dan berhenti di stesen tertentu




 Berlatar belakangkan litar lumba kuda..

 Alat mainan di padang siap berpusing lagi

Mawaddah berusaha untuk menceroboh...

 Hospital pun ada...


 Kilang memproses arang batu

 Di samping melihat model rumah, turut disediakan adalah tandas, kafe, tempat berkelah dan yang paling penting kepada Mawaddah, taman permainan.

Wiiii........ Sekian!

No comments: