Tuesday 8 March 2011

Pendapat: Hendak Pilih Pemimpin Yang Bagaimana?

Sudah agak lama saya ingin menulis berkenaan topik ini. 

Sudah agak lama juga telah saya baca pelbagai komen, ulasan dan pendapat dikemukakan oleh pelbagai orang berkaitan topik memilih pemimpin (politik) ini.

Dalam banyak-banyak artikel yang dipaparkan di internet, ada sebahagiannya saya boleh bersetuju, dan ada sebahagiannya yang tidak. 

Kesimpulannya, masing-masing yang menulis tentunya ada pendapat dan pegangan tersendiri dan masing-masing juga tentunya mempunyai sebab dan alasan untuk menyatakan sedemikian. 

Namun akhirnya, terserah kepada para pembaca untuk bijak menilai mana-mana pendapat.

Kebetulan pula, hari ini saya terbaca sebuah artikel menarik tulisan Ridhuan Tee di blog beliau "Beza Politik Melayu dan Cina" (klik untuk baca).

Petikan berikut pada blog beliau menarik perhatian saya, kerana ada kaitan dengan topik penulisan saya kali ini:

"PAS tidak boleh menang jika bersendirian. Umno tidak menjadi pilihan Pas. Pada Pas, Umno lebih bahaya daripada Dap. Selaku parti yang senior, sepatutnya PAS bertindak lebih matang dalam menangani politik Malaysia secara keseluruhan, terutama dua pilihan raya kecil ini. Pendekatan terlalu keras terhadap Umno tidak menguntung Islam, juga orang Melayu. Jika Pas bisikkan kepada Umno akan haramnya judi dan nombor ekor, sekurang-kurangnya Umno akan dengar, walaupun mungkin pengharamannya belum dapat dilaksanakan."

Ayat terakhir pada petikan di atas sebenarnya selari dengan pandangan saya mengenai kriteria yang boleh kita gunapakai untuk memilih seseorang pemimpin (politik).

Sebenarnya, sukar bagi saya untuk tidak menyentuh PAS atau Umno di dalam perkara ini. Tetapi harapnya ulasan ini tidaklah sampai mengguris hati mana-mana pihak kerana tiada sebarang paksaan untuk menerima pendapat penulis.

Isu pemilihan seseorang pemimpin ini perlu dilihat dari konteks yang lebih menyeluruh dan lebih luas, melangkaui konteks "kolaborasi" di antara PAS dan DAP atau di antara Umno dan MCA.

Ianya perlu dilihat dari konteks memilih seseorang pemimpin politik oleh pengundi Islam melalui proses pilihanraya. 

Pilih yang bagaimana?

Pandangan saya di dalam perkara ini adalah mudah. 

Tanya diri anda: Apa yang membezakan di antara pemimpin Islam dan pemimpin bukan Islam?

a) Adakah nilai murni? Emm... Pemimpin bukan Islam dan pemimpin Islam masing-masing memiliki nilai-nilai murni.

b) Adakah etika? Emm... Pemimpin bukan Islam dan pemimpin Islam juga masing-masing memiliki nilai-nilai etika.

Justeru, apa yang membezakan atau memisahkan kedua-dua pemimpin yang hendak kita pilih ini?

Jawab saya, perbezaan yang paling besar adalah yang satu itu mengetahui dan menyedari kepentingan untuk "beriman kepada Allah". Manakala, yang satu lagi itu, setinggi manapun etika dan amalan nilai-nilai murninya, sayang, kerana hatta sebesar zarahpun tiada rasa "keimanan kepada Allah" di dalam hatinya.

-----------------------------
Mengapakah kriteria "beriman kepada Allah" ini begitu penting di dalam kita memilih seseorang pemimpin?

Mengapa tidak boleh kita pilih pemimpin yang bekerja kuat, beretika, mengamalkan nilai murni, tetapi jelas 'tidak beriman kepada Allah"?
------------------------------

Begitupun, tentu sekali dengan mudah orang akan berhujah - apa salahnya memilih pemimpin yang bukan Islam, seandainya pemimpin yang Islam itu sendiri telah korup?

Di sini, suka saya membawa para pembaca untuk kembali merenung ayat yang digariskan pada petikan di atas.

Seringkali, kita lebih mudah (dan cepat) untuk menyalahkan pemimpin, daripada menegur terlebih dahulu perbuatannya.

Saya masih berpandangan, biar sejahil dan sebusuk manapun akhlak pemimpin Umno, masih terdetik di hati mereka untuk mendengar akan sebarang teguran, tambahan pula jika ianya melibatkan tuntutan berkaitan hal-ehwal orang Islam.

Cuma yang dipersoalkan adalah, sama ada teguran tersebut setelah didengar, apakah akan ada tindakan atau sekadar "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". 

Sumber: pada foto@layari blog serius

Seberat-berat tugas untuk kita menegur pemimpin Islam yang 'pekak', lebih berat lagi tugas kita untuk berdepan dengan pemimpin yang bukan Islam, seperti:

a) Bagaimana untuk kita merasionalkan (meyakin dan memahamkan) kepada pemimpin bukan Islam (dari DAP contohnya) bahawa Allah Taala itu mengharamkan arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya?

b) Bagaimana untuk kita merasionalkan pada pemimpin yang bukan Islam (dari MCA misalnya) (bahkan kepada majikan yang bukan Islam pun) bahawa Islam mewajibkan kita agar menutup aurat (dan berpakaian sopan), tidak bersalaman dengan bukan muhrim dan sebagainya?

c) Bagaimana untuk kita merasionalkan kepada pemimpin bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang memberikan sebaik jaminan terhadap hak asasi manusia, tetapi di masa yang sama mengharamkan amalan gay, lesbian, seks bebas, seks sebelum kahwin dan sebagaimana? 

Dilema 

Seringkali juga saya "terserempak" dengan persoalan dan dilema berkaitan bagaimana untuk memilih pemimpin seandainya berdepan situasi berikut:

1) Untuk memilih di antara calon Umno dan DAP, mana yang patut saya pangkah? - jawapannya telahpun jelas, pada pandangan saya.

2) Untuk memilih di antara calon PAS dan MCA, mana yang patut saya pangkah? jawapannya telahpun jelas, pada pandangan saya.

3) Untuk memilih di antara calon MCA dan DAP, mana yang patut saya pangkah? - pun sudah jelas.

4) Untuk memilih di antara calon Umno dan PAS, mana yang patut saya pangkah? - haaa, mana satu?

Dalam situasi ini, seringkali pemilihan calon adalah dari kalangan orang tempatan (atau individu sedia dikenali), yang memungkinkan para pengundi untuk mengetahui  latar belakang dan akhlak/perilaku mereka sebelum menjadi calon.

Maka, sebagai pengundi pilihlah di antara kedua calon ini, bakal pemimpin yang lebih baik akhlak dan perilakunya.

Sekian.

No comments: