Wednesday 2 March 2011

Memahami bagaimana Syaitan memesongkan manusia

Diolah dan dipadat, ditulis dan dibentang, hasil daripada pemahaman melalui pembacaan artikel bertajuk "Understanding How Satan Misleads People" oleh Dr. Musharraf Hussain (The Invitation: Islamic Community Magazine, Dec - Feb. 2011: 6. Nottingham: UK Islamic Education Waqf).

Mukaddimah

"The evial men and jinn suggest alluring words to one another to deceive...leave them to their inventions. So that the hearts of those who do not believe in the hereafter may incline towards their deceit, be pleased with it, and so perpetrate whatever they perpetrate" (al-Anam, 112-113).

Syaitan adalah juga makhluk Allah, dicipta dari api (suatu bentuk tenaga), dan Allah telah mengurniakan syaitan akan beberapa kemampuan dan cara yang membolehkannya melakukan beberapa perkara yang menakjubkan.

Petikan maksud ayat surah al-Anam di atas membayangkan akan kuasa syaitan untuk memesongkan manusia dengan cara memaparkan kejahatan atau keburukan (evil) sebagai sesuatu yang menarik dan menggoda dengan pelbagai perumpamaan dan bahasa yang indah - bak slogan pemasaran.

Syaitan dijelaskan sebagai "al-waswas al-khannas", bak bisikan halus yang menyelinap ke dalam hati-hati manusia untuk menanam tanggapan yang tidak baik - i.e. secara senyap memasang perangkap untuk mangsa yang tidak bersedia/tidak sedar. 

Bagaimana syaitan memesongkan manusia? 

Cuba anda bayangkan, si Syaitan sedang mengadakan sidang dengan disertai oleh para pengikutnya.

Apa agaknya pesanan si Syaitan ini buat pengikutnya?

Syaitan bisa memberitahu mereka (pengikutnya):

"selagi orang Islam itu terus bersembahyang, bersedekah (buat amal jariah) dan menyintai Allah dan RasulNya, kamu tidak akan berpeluang untuk memesongkan mereka".

Justeru, bagi melencongkan mereka daripada apa yang mereka cintai dan dambai (devotion), strategi-strategi berikut telah si Syaitan cadangkan:

1) Goda, tarik, dorong mereka untuk berbelanja berlebihan, dengan itu mereka akan terjerumus ke dalam kancah hutang.

2) Jadikan mereka bekerja untuk tempoh masa yang lebih panjang, bagi menyokong gaya hidup yang 'kosong' itu (seperti strategi no. 1).

3) Elakkan mereka daripada terus meluangkan masa bersama keluarga.

4) Rangsangkan minda mereka dengan TV dan komputer agar mereka tidak sempat mendengar mesej-mesej mengenai Islam.

5) Penuhi meja kopi mereka dengan akhbar dan majalah-majalah hiburan agar mereka tiada masa untuk membaca al-Quran dan Hadith.

6) Libatkan mereka ke dalam kegiatan 'amal' sehingga mereka akhirnya sibuk hingga terlupa untuk muhasabah mengenai usia dan kehidupan yang menghampiri kematian.

7) Jadikan mereka 'self-sufficient' (mampu diri) dan kekalkan mereka dalam kesibukan untuk mengekalkan penampilan diri agar mereka tidak akan menghargai kekuasaan dan kebesaran ciptaan Allah Taala yang wujud di sekitar mereka.

8) Banjiri peti-peti surat, mailbox, FaceBook mereka dengan iklan dan promosi, kupon pizza, kebab, iklan skim MLM, skim cepat kaya etc., agar mereka terus kekal mengejar kebendaan.

9) Sematkan rasa glamour melalui penggunaan model-model seksi pada papan-papan tanda iklan, kaca TV dan kulit depan majalah untuk mengekalkan mereka fokus kepada penampilan luaran - dengan itu mereka tidak akan berpuas hati dengan diri sendiri dan pasangan mereka.

Si Syaitan akhirnya berkata, "jalankan 9 perkara ini dengan penuh yakin, nescaya ianya (pemesongan) akan berhasil!" 

Sekalipun sentiasa sibuk, mengapa masih tidak berjaya? 

Kita orang yang sibuk? 

Ya! Saya pasti kita, kadang-kala menjadi orang yang teramat sibuk. Tetapi adakah kita berjaya, di sebalik kesibukan itu?

Atau nampak sibuk, dan banyak masa terbuang, sedangkan hasilnya tidaklah seberapa?

Terdapat perbezaan besar di antara menjadi sibuk dan menjadi berjaya - sibuk seringkali hanya hasil daripada kesibukan memikul beban yang syaitan sediakan!

Kita seharusnya berhati-hati dan cermat muhasabah bagaimana setiap hari, masa kita telah dimanfaatkan, agar terhindar daripada masuk jerat kejahatan Syaitan.

Kadang-kala di fikiran kita terlintas tanggapan buruk seperti:

- membayangkan kesenangan, kadang-kala hal perniagaan.
- membayangkan sains, kadang-kala hal rumah dan tempat tinggal.
- membayangkan keuntungan dan trafik.
- membayangkan barangan perniagaan dan kekayaan.
- membayangkan wang, dan isteri dan anak.
- membayangkan kepandaian dan kesedihan.
- membayangkan peralatan dalam rumah dan kain/pakaian yang cantik.
- membayangkan karpet, dan penyapu.
- membayangkan gudang, gedung, taman dan villa.
- membayangkan awan, kabus, lawak jenaka dan gurauan.
- membayangkan keamanan dan peperangan.
- membayangkan kehormatan dan kezaliman.


big Q: Apakah aku telah memanfaatkan hariku dengan baik?

No comments: