Thursday 24 March 2011

Hassan Marican - lembaran baru selepas Petronas

Saya akui telah ditinggal jauh oleh keretapi di dalam isu ini. Namun, setelah menonoton perlumbaan MotoGP (Qatar) terpandang akan logo Petronas pada salah satu pasukan (Fiat GP tidak silap), teringat saya apakah perkembangan bekas CEO-nya, T. S. Hassan Marican yang telah bersara.

Bersarakah beliau? Atau kerajaan telah menyerapkan beliau (dengan ilmu dan pengalaman luasnya) ke dalam agensi kerajaan yang ada sebagai 'aset' untuk memberi sumbangan kepimpinan dan buah fikiran ke arah menjayakan agenda pembangunan negara?

Zaman ICT ini mudah sahaja. Semuanya boleh 'google'. 

Namun, apabila keluar info baru mengenai Hassan (selepas persaraan beliau dari Petronas), beliau tidak lagi menyumbang khidmat dengan kerajaan Malaysia, tetapi kini sedang bersama-sama SembCorp Industries Ltd, cabang pelaburan yang dikawal oleh kerajaan Singapura melalui Temasek Holding (info Hassan dalam SembCorp - SINI).

Baca lanjut di SINI - blog.

Memetik nota kaki penulis blog tersebut:

"a brilliant person serving other country, yet another brain drain. the government should have tied him down as his experience is vital for the country's oil and gas industry. what a waste".

No comments: