Wednesday 9 March 2011

Kenyataan Media Frankie Wong & Apa Yang Tinggal Buat PAS

Sumber: SINI

DAP: PAS, jangan tak sedar diri

Untuk puluhan tahun yang lalu, adalah menjadi sikap kaum Cina di negara kita untuk menjauhkan diri daripada PAS.  Selain hujah sekelompok pemimpin PAS yang ekstrem dan tidak direstui, hujah perkauman MCA yang berbaur ugutan turut menjadi punca terpupuknya sikap sedemikian.

Selepas "tsunami politik", DAP, PKR dan PAS telah mengambil-alih kuasa lima kerajaan negeri, malah menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat.  Perubahan ini membuka lembaran baru dalam senario politik Malaysia, malah pembentukan Pakatan Rakyat telah membuka tirai sistem dua parti.  Pada masa yang sama, komuniti Cina telah berpeluang untuk mendampingi PAS secara dekat, yang selama ini dilabel secara negatif oleh MCA.

Ketika PR memerintah di Perak, Menteri Besar dari PAS, Nizar Jamaluddin telah disanjungi bukan muslim kerana sikapnya yang terbuka dalam pentadbirannya.  Hujah dan tingkahlaku beliau telah menghakis "sikap berwaspada" komuniti Cina terhadap PAS.  Walaupun kerajaan negeri Perak akhirnya dirampas BN dengan cara yang tidak bermoral, namun Nizar Jamaluddin tetap disanjungi, jauh dalam hati komuniti Cina.  Ini menjelaskan bahawa komuniti Cina mulai menerima PAS sebagai sebahagian daripada PR, dan ketakutan terhadap PAS telah berkurang jikalau dibandingkan dahulu.

Pada ketika komuniti Cina mula cuba untuk menerima PAS, sekelompok oportunis yang ekstrem dalam PAS pula cuba untuk memikat komuniti Melayu dengan hujah agama yang ekstrem, agar reputasi mereka ditingkatkan dalam masyarakat Melayu.  Tingkahlaku kumpulan ini termasuklah Dewan Pemuda PAS yang melarang muslim untuk menyambut Hari Kekasih, malah Majlis Perbandaran Kota Bharu merampas tiket perjudian yang dijual di kedai buku yang diusahakan bukan muslim, ketika PRK Merlimau dan Kerdau.

Lebih-lebih lagi, Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Tantawi menyeru agar negeri PR yang lain turut mencontohi apa yang dilakukan di Kelantan, dan mengharamkan perjualan tiket perjudian di semua negeri PR.  Walaupun Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub cuba meredakan keadaan, dengan mendakwa bahawa kenyataan tersebut hanya pandangan peribadi, namun ia tidak membantu untuk menyelesaikan masalah.  Hujah dan tingkahlaku Dewan Pemuda PAS dan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang ektrem telah menyinggung perasaan pengundi Cina, sehingga menguburkan harapan tipis untuk menang dalam kedua-dua PRK.  Hujah dan kelakuan yang ekstrem ini telah menyebabkan kekalahan teruk PAS dalam kedua-dua PRK ini.

Walaupun punca kekalahan dalam kedua-dua PRK ini adalah jelas, namun sesetengah pemimpin PAS masih tidak sedar diri, cuba elak dari realiti dan enggan memikul tanggungjawab.  Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim secara terbuka menafikan isu pengharaman sambutan Hari Kekasih dan pengharaman tiket perjudian sebagai punca kekalahan PRK, malah menekankan bahawa kerajaan Kelantan akan mengharamkan penjualan tiket perjudian sepenuhnya selepas April.

Semoga pimpinan atasan PAS meneliti pengajaran PRK ini, dan jangan lagi menyinggung perasaan bukan muslim, agar tidak ditolak dalam PRU akan datang.  Pada masa yang sama, PAS diharapkan supaya tidak lagi mengeheret diri dan orang lain dengan kesilapannya, sehingga tergendala rancangan menawan Putrajaya.  Jikalau PAS masih berdegil untuk teruskan dengan dasar Islamnya, maka ia adalah keputusan PAS sendiri, dan diharapkan rakyat tidak menyalahkan PR secara keseluruhan.  DAP masih tegas pendiriannya dalam isu Negara Islam, iaitu berpegang kepada Malaysia sebagai negara demokrasi sekular.  Jangan harap Negara Islam terlaksana di Malaysia selagi DAP wujud.

*Kenyataan media oleh Frankie Wong (gambar kiri) selaku pegawai khas Naib Pengerusi DAP, M.Kula. Diterjemah daripada kenyataan medianya dalam bahasa Cina.


Nota kaki:

The biggest Q: Terserlahkah sudah apa yang sebenarnya ada "di bawah kulit" mereka?

The biggest answer: ....... apabila "beriman kepada Allah" tidak timbul soal mengenai 'loteri kebajikan' dan sambutan hari kekasih.

No comments: