Sumber asal: MerdekaReview
Bersama merampas Pulau Pinang dari PR: UMNO mohon maaf kepada Koh Tsu Koon?
Kaleidoskop
Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan
Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden
Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas
sebelum ini dapat dijalin semula.
Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi. Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.

Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah
menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya
dengan undi Melayu. Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan
undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.
Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.

Pada September 2008, seorang
penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail
mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan
musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon
terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.
Koh ugut keluar dari BN?
Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.
Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh. Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.

Melihat
kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang
menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka
pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas
berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional
sebelum ini.
Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Akhbar yang dirujuk adalah Kwong Wah Jit Poh pada 11 September 2011, muka surat A6. Laporan dibuat berdasarkan teks asalnya dalam bahasa Cina.

Nota:
1) Ayat-ayat bertanda merah itu saya tonjolkan kerana "dakwaan" yang dibuat oleh penulis asal artikel ini, tidak disokong oleh sumber yang jelas. Pertamanya, kerana ayat seperti "berbaik", "memohon maaf", "berjanji" mahupun "menyokong Gerakan sebagai Ketua Menteri PP" tidak muncul di mana-mana laporan akhbar arus perdana yang pro-BN sendiri. Kedua, tidaklah jelas sumber "individu yang rapat" dengan pimpinan Gerakan mahupun apa yang didakwa penulis sebagai "menurut laporan" - laporan apa?
2) Boleh jadi ianya benar, boleh jadi beliau hanya memetik khabar-khabar angin yang belum terbukti kebenarannya.
3) Saya nasihatkan anda untuk luaskan pembacaan selain cuba membuat semakan (cross-reference) dengan sumber dan laporan lain berkaitan perkara ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment