Tuesday, 6 September 2011

Kita tak minum beer, tapi berupayakah untuk kita tidak menyumbang? (foto)

Mungkin sudah ramai di luar sana yang telah tahu akan perkara ini. Saya baru tahu setelah terbaca di (sini). Kemudian saya buat beberapa carian di internet dan hasil berikut saya kongsikan bersama para pembaca.

Kredit untuk artikel ini saya tujukan kepada blog/sumber asal saya baca seeperti dinyatakan. 

Moralnya di sini adalah: walaupun kita tidak minum beer (tahu ianya haram di sisi Islam) tetapi strategi pihak korporat sebegini-lah yang akhirnya menjadikan kita turut "memiliki saham" di dalam aktiviti yang bertentangan dengan suruhan agama.

Apa boleh kita buat? Boikot? Boleh jadi, kerana Permanis Sdn Bhd bukan lagi syarikat milik tempatan setelah 100% kepentingannya dibeli Asahi Group.

Apa pula nasib para pekerja Islam (andai ada) di Permanis yang dibayar gaji oleh Asahi? Emm....

Link ke Asahi Group

 Core business bagi Asahi - 1) arak/alkohol

 Core business bagi Asahi - 2) minuman berkarbonat
(nota: anda tahu apa itu 'Cider'? @ Apple wine - baca sini)

Berita pembelian Permanis (M) Sdn Bhd yang disiar di muka depan laman web Asahi (sumber)

Untuk membaca laporan penuh - klik di sini (KLIK)

Berita pengambilalihan Permanis (Malaysia) oleh Asahi turut mendapat liputan media arus perdana seperti disiarkan oleh Berita Harian ini:


Urusniaga berjumlah RM820 juta ini juga menandakan "air tin" di bawah jenama utama Permanis iaitu 7Up, Tropicana Twister, Mountain Dew, Revive, Excel, Mirinda, Lipton Ice Tea, Kickapoo dan Pepsi (serta lain-lainnya) akan dikeluarkan di bawah Asahi (bersama core business yang sedia ada).


"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas. Mana yang kabur di antaranya, beratkan untuk memilih menghindarinya". 

Sekian.

No comments: