"Dato' Seri, ni ambo nok royak siket deh...."
Lihat kisah seterusnya di sini - KLIK
Spektikal dengan perubahan
Skeptikal dengan perubahan? Rasa takut-takut untuk berubah adalah sifat yang lumrah. Begitu juga dengan perubahan itu sendiri.
Secara lumrah, perubahan berlaku sekalipun kita tidak mahukannya. Setiap saat beberapa juta sel di dalam tubuh kita akan mati dan beberapa juta sel baru akan terbentuk untuk menggantikannya. Dari dulu hingga sekarang, badan kita membesar dan 'berkembang", mahu tidak mahu, perubahan ini berlaku jua.
Begitupun, perubahan di dalam politik mahupun pentadbiran bukanlah sesuatu yang muktamad (yang tidak boleh diubah) kerana manusia yang buat dan operasikan sistem itu.
Kita pastinya tidak mampu mengawal sistem tubuh dan tumbesaran diri, tetapi perubahan politik boleh kita realisasikan andainya kita berpegang kepada prinsip sistem demokrasi yang membenarkan kita memilih kerajaan yang lebih adil untuk mensejahterakan kehidupan kita dan generasi yang akan datang, selain menyediakan ruang untuk kita menukar kerajaan yang tidak performed melalui mandat rakyat.
Di Pulau Pinang, DAP telah diberi mandat untuk memerintah. Suka tidak suka, undi rakyatlah yang membenarkan perubahan ini berlaku. Sekalipun ada pihak yang masih skeptikal dengan "perubahan' ini, majoriti rakyat di Pulau Pinang boleh melihat, merasai dan menilai sendiri performance yang ditunjukkan oleh Guan Eng sepanjang beliau memerintah.
Bukankah itu yang kita faham daripada slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?
Dan seandainya rakyat tidak suka dengan perubahan yang mereka sendiri pilih ini (hidup lebih susah berbanding sebelumnya @ sama sahaja 2 x 5), sistem demokrasi tidak menutup ruang bagi sebuah kerajaan yang baru untuk dipilih pada pilihanraya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment