Tuesday, 13 September 2011

Rampasan Syabu RM46 juta - tahniah KDRM!

Berita penuh boleh anda baca di sini:


Dahulu warga "kerabat Diraja Nigeria", kini warga Iran pula mengambil alih tugas sebagai pengeksport dadah secara besar-besaran ke Malaysia.

Harapnya inilah kali terakhir pengedar warga Iran tersebut "keluar", kerana hukuman yang tersedia bagi kesalahan itu anda-pun tahu, bukan?

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di atas kecekapan mereka melaksanakan tugas sehingga kegiatan pengeksportant yang sebegini besar skalanya berjaya ditumpaskan.

Sekalipun ianya tidak akan menghapuskan aktiviti penyeludupan dadah, setidak-tidaknya berpuluh-puluh kilogram syabu ini berjaya dihalang dari memasuki pasaran dan merosakkan umat manusia.

Moga warga KDRM terus mengekalkan prestasi cemerlang dan membanteras kegiatan yang meruntuhkan moral ini demi kesejahteraan rakyat bersama.

Wassalam.

No comments: