Saturday, 3 September 2011

UPDATE Koleksi setem - Sept 2011

Alhamdulillah, sekali lagi cuaca minggu ini (Sabtu) agak memberangsangkan, sekalipun tidaklah secerah dan sepanas hari Jumaat sebelumnya. Kami sekali lagi berkunjung ke Finmere Carboot sale di Bicester.

Seperti biasa, gerai yang mula-mula kami kunjungi adalah gerai Pakcik Setem.

Setelah sakit kaki akibat berdiri agak lama di situ, barulah kami kemudiannya meninjau-ninjau gerai-gerai yang lain pula.

Bukannya apa, carboot ini tidak berlangsung sepanjang tahun dan bakal ditutup tidak lama lagi sehinggalah berakhir musim sejuk (winter) - lazimnya selepas Mac tahun depan. 

Sebab itulah, apabila ada sahaja kelapangan, kami akan ke sana.

Setelah pulang ke rumah saya membuka paket-paket setem yang dibeli dan hasilnya adalah seperti foto-foto di bawah:

Ini adalah setem "Penny Red" (wikipedia). Setem yang kami perolehi ini adalah versi yang dicetak selepas tahun 1871, berpandukan ciri-ciri yang dihurai pada laporan wikipedia.

Segi nilai pula, setem ini tidaklah setanding dengan "Penny Black" a.k.a setem yang terawal. Bahkan Penny Black juga rare. Kali terakhir saya melihat Penny Black adalah sewaktu berkunjung ke Portobello Market di London yang mana sekeping setem dijual pada harga GBP80 (RM400). Itupun kalau kena tipu dek penjual setem (dengan setem palsu) pun bukannya kami tahu.

Di dalam paket tersebut juga kami dapati ada beberapa keping setem Malaya / Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia. Maka, bertambahlah lagi koleksi setem Malaya sedia ada terutama setem Malaya - Johore, Straits Settlements dan Malaya - Singapore.


Juga terdapat setem-setem dari negara-negara serata dunia yang saya dapati menarik.

Jika cuaca baik minggu depan, insyaAllah kami akan kembali dan kali ini perlu membeli setem dan album setem sekali kerana seudah makin banyak yang dipaketkan.

(nota: menurut Pakcik Setem, sekarang kalau terjumpa setem negara China, kumpullah, kerana di sini ramai orang Cina mula beli dan kumpul balik setem negara mereka, terutama setem yang lama, menjadikan harganya semakin mahal).

No comments: