Sekarang bukan intip, tetapi siap londeh!
"sebelum
melaksanakan hudud, perlu banyak ijtihad dan analisa baru terhadap
nas-nas hukuman itu...perlu dilihat teks dan konteks...dunia sedang
mentohmah Islam dengan pelbagai tohmahan...kita perlu memberikan gambaran
yang indah mengenai agama ini...dalam Seminar Hudud saya menyatakan
bahawa hukuman rejam itu bukan hudud tetapi takzir yang terdedah kepada
perubahan dan pemilihan pemerintah...perlu dilihat kontek zaman dan
tempat.." - Dr Maza
---------------------------
Daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
أَنَّهُ حَرَسَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا
لَيْلَةً بِالْمَدِينَةِ فَبَيْنَا هُمْ يَمْشُونَ شَبَّ لَهُمْ سِرَاجٌ
فِى بَيْتٍ فَانْطَلَقُوا يَؤُمُّونَهُ حَتَّى إِذَا دَنَوْا مِنْهُ إِذَا
بَابٌ مُجَافٍ عَلَى قَوْمٍ لَهُمْ فِيهِ أَصْوَاتٌ مُرْتَفِعَةٌ فَقَالَ
عُمَرُ رَضِىَ اللَّهِ عَنْهُ وَأَخَذَ بِيَدِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَ :
أَتَدْرِى بَيْتُ مَنْ هَذَا؟ قُلْتُ : لاَ. قَالَ : هَذَا بَيْتُ
رَبِيعَةَ بْنِ أُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَهُمُ الآنَ شُرَّبٌ فَما تَرَى.
قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ : أَرَى قَدْ أَتَيْنَا مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
فَقَالَ (وَلاَ تَجَسَّسُوا) فَقَدْ تَجَسَّسْنَا فَانْصَرَفَ عَنْهُمْ
عُمَرُ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ وَتَرَكَهُمْ
“Bahawa dia berkawal
bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika
mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah.
Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati
pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang
kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-:
“Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah
Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa
pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang
telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu
mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan
mereka”.
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong
oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)
---------------------------
Dr
Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Aku ingin agar diberikan perhatian tentang
perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar
mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku
kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau
memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan
jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik
untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang
terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas
setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia,
pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak
boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”
Sumber semua petikan: FB Dr MAZA
----------------------------
Tiada nota kaki, cukuplah sekadar mengingatkan sesama insan agar janganlah kerana mahukan kuasa, kita sanggup melondeh/membuka/mengintip keaiban insan lain. Takut nanti Allah buka pula aib kita.
No comments:
Post a Comment