Komik ini begitu sesuai sekali dibaca oleh anda yang meminati subjek berkaitan alam sekitar, selain mereka-mereka yang menekuni subjek berkaitan "limit of the planet", "limit for acceptable change", dan juga "concept of carrying capacity".
Kalau nak mudah faham mengenai carrying capacity atau "daya tampungan" ini, saya sarankan anda melihat graf yang dilukis oleh si pelukis komik ini.
Rumusan saya: Apabila populasi sedikit dan tiada musuh semulajadi (tiada penyakit, bencana alam, masalah ekonomi, etc), ditambah dengan sumber/bekalan makanan begitu banyak, maka fenomena "letusan penduduk" akan berlaku.
Namun, setelah saiz populasi menjadi terlalu besar, complexity akan muncul dengan krisis makanan dan sumber (kekurangan dan kepupusan sumber) mendominasi keadaan. Setelah itu, bermulalah penurunan kualiti hidup dan "insiden kemelaratan" (kemiskinan dan penyakit).
Di dalam tempoh mengharungi krisis, hanya segelintir akan terselamat, manakala yang lainnya bakal terkorban. Keadaan ini seterusnya boleh berterusan di dalam 3 senario iaitu:
1) bounce-back: iaitu bilangan yang "terselamat" akan kembali menyusun kehidupan mereka dan berusaha untuk pulih dari krisis
2) maintain: kekal dalam keadaan yang sama (no innovation), atau bertindak menyerahkan kepada "nasib" untuk menentukan masa depan, atau;
3) decline: keadaan menjadi bertambah buruk memaksa mereka berpindah, atau keseluruhan populasi akhirnya pupus (kerana pemulihan sumber dan makanan mengambil masa yang panjang).
Moga beroleh manfaat.
-----------------------------------
Awesome!
Sumber ia diceduk: SINI
Thanks Hexism for the link
Laporan asal RecombinantsRecords
No comments:
Post a Comment