Menjawab salam Kafir Zimmi - Dr MAZA
Al-Imam
al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif
al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi)
meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi,
Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah
al-Nisa ayat 86) "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu
ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang
sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu"
(riwayat ini bertaraf hasan).
Dalam riwayat yang lain dalam al-Adab
al-Mufrad juga di bawah bab Iza Kataba al-Zimmi Fasallama, Yuradd
‘Alaihi (Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam,
Maka Dijawab Salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana
Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi
salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam
kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis
surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.
Sumber: FB Dr MAZA
No comments:
Post a Comment