Keputusan bancian (survey) yang dibuat oleh Merdeka Center baru-baru ini berkaitan populariti Perdana Menteri, Najib Razak telah menarik minat pelbagai pihak.
sumber: pada foto
Baca artikel penuh di sini: Merdeka Center - Populariti Najib terus susut
Ringkasan artikel/sumber: Bancian ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara (11-27 Ogos 2011), dan melibatkan 1,027 responden (pengundi berdaftar).
Hasil bancian juga mendapati pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri,
populariti Najib adalah 45% dan ia melonjak kepada 65%
(Jun 2009) sebelum menjunam ke paras 56% pada September tahun
yang sama. Kemudian kembali naik kepada 66% (Dis 2009).
Bancian bagi tahun 2010 pula mendapati populariti Najib berada pada paras 72% (Mei 2010) sebelum merosot kepada 69% (Nov 2010).
Pada Mac 2011, populariti Najib terus menunjukkan kemerosotan kepada 67% dan menurun lagi kepada 65% (Mei 2011) sehinggalah kepada yang terbaharu, 59% (Ogos 2011).
Interpretasi data
Keputusan analisis pendapat yang diterbitkan di dalam bentuk peratusan (%) ini dilihat "terbuka" di mana ia telah "membuka" peluang kepada pelbagai pihak yang berkepentingan melakukan interpretasi yang menjurus kepada kepentingan masing-masing.
Lihat sini.
1) Hasil bancian yang diinterpretasi bagi kepentingan pembangkang: Anwar - Populariti PM susut tanda pengundi beralih kepada Pakatan
2) Hasil bancian yang enggan diinterpretasi, malah ditolak mentah-mentah Menteri/Kerajaan: Rais - Kajian Merdeka Center tak berasas, Najib diterima majoriti rakyat
Sumber: sini
Tidaklah dapat saya pastikan secara jelas sama ada hasrat Merdeka Center menjalankan bancian ini mencapai tujuan asal mereka mahupun sebaliknya, setelah melihat apa yang "menyusul" selepas hasil kajian dikeluarkan.
Pandang serius
Sebelum ini ada beberapa sahabat telah bertanya pendirian saya berkenaan perkara ini. Saya hanya katakan padanya bahawa semua pihak perlu membuka mata dan memandang serius apa yang berlaku.
Sikap ambil lewa atau seperti "acuh tak acuh" hanya akan membawa *malapetaka lebih besar kepada parti di masa akan datang.
Mana tidaknya, sikap yang tidak berkompromi ataupun menolak terus hasil survey ini juga menunjukkan pemimpin dalam kerajaan masih ingin terus dibuai mimpi indah dan enggan untuk keluar daripada "zon selesa".
Keinginan untuk terus berasa selesa (di dalam zon selesa) akan tambah buruk di mana tidak timbulnya rasa (urgency) untuk bekerja lebih keras memulihkan semula imej diri dan parti - ini yang saya maksudkan dengan *malapetaka pada perenggan sebelumnya.
Mana tidaknya, sikap yang tidak berkompromi ataupun menolak terus hasil survey ini juga menunjukkan pemimpin dalam kerajaan masih ingin terus dibuai mimpi indah dan enggan untuk keluar daripada "zon selesa".
Keinginan untuk terus berasa selesa (di dalam zon selesa) akan tambah buruk di mana tidak timbulnya rasa (urgency) untuk bekerja lebih keras memulihkan semula imej diri dan parti - ini yang saya maksudkan dengan *malapetaka pada perenggan sebelumnya.
Saya juga berpendapat badan kajian seperti Merdeka Center adalah profesional dan banci yang dibuat itu adalah menurut methodologi dan kerangka kajian yang diiktiraf di dalam lapangan sains sosial.
Justeru, sikap sesetengah pemimpin kerajaan (sebut Umno) yang masih bertegas dengan fahaman "kerajaan tahu semua perkara" dan bertindak mengenepikan kajian secara saintifik adalah sesuatu yang merugikan.
Bahkan Najib sendiri sebelum inipun telah menegaskan bahawa "zaman kerajaan tahu semua perkara telah berakhir" dan kerajaan perlu terbuka untuk mendengar pandangan berbeza yang disuarakan rakyat, jika ingin kekal releven.
Sikap ignorance ini dapat dilihat di sini: Pemimpin BN tidak risau kajian dakwa populariti Najib susut
Tambah mengharukan, orang no.2 juga menampakkan sikap "tidak serius". Rujuk laporan: Populariti Najib - Muhyiddin tolak andaian Anwar, BN tidak anggap 'serius'
Sumber: pada foto
Pelbagai alasan yang dikemukakan oleh golongan ignorance ini bagi memperlekeh dan seterusnya menolak hasil survey tersebut juga secara langsung telah merendahkan kredibiliti method yang digunapakai pengkaji-pengkaji bidang kajian sains sosial yang selama ini banyak menjadikan tinjauan pendapat (survey) sebagai instrumentasi utama kajian kemasyarakatan.
Pada saya, "a good survey is a survey that can select the right sample (size and number of respondents) to best represent the population".
Namun begitu, pemilihan saiz sampel dan responden adalah bergantung kepada objektif sesuatu kajian. Jika ianya kajian politik, maka target respondens perlu mencerminkan aspirasi berkaitan politik.
Begitupun, survey juga tidak dapat lari daripada kritikan, seandainya methodologi yang digunakan tidak tepat/disalahguna sesetengah pihak bagi mencapai objektif mereka tersendiri.
Contoh mudah boleh anda lihat apabila membelek majalah, akhbar ataupun juga blog yang mengiklankan produk "nak bagi kuat". Ianya dipanggil "testimoni".
Pengusaha produk mati pucuk, mahupun "seluar dalam ajaib" contohnya, akan menjalankan "tinjauan pendapat" dengan menghimpunkan testimoni "pengguna-penggunanya" bagi menyokong kemujaraban dan keajaiban seluar dalam yang dijual syarikatnya.
Dalam kes sebegini, survey dijalankan adalah dengan memilih 1 kumpulan responden yang pro-produk seluar dalam tersebut, dan hasilnya? Peratusan yang menyokong tentunya amat tinggi = kononnya seluar dalam tersebut mampu "bagi kuat".
Sayangnya, methodologi kajian adalah bias / berat sebelah. Bukan sahaja tiada pengesahan secara klinikal oleh pakar, bahkan harga seluar dalam "ajaib" mungkin sama dengan kos beli seluar dalam biasa untuk kegunaan setahun yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia.
Foto: sekadar penghias
(nota: saya puji langkah Kedai Rakyat 1Malaysia yang menyediakan alternatif kepada pengguna yang inginkan barangan pada pilihan lebih murah. Namun, "menjenamakan" seluar dalam dengan 1Malaysia pada saya telah merendah-rendahkan gagasan 1Malaysia itu sendiri. Tambahan pula logo 1Malaysia begitu sinonim dengan gambar Najib di sebelahnya. Takkan tahap seluar dalam kot???)
Justeru, andai di-survey sehingga 50,000 responden sekalipun, tidak akan menerbitkan hasil / keputusan yang "adil" sekiranya sampel yang dipilih adalah tidak bagus dan "not represent the whole population".
Maka, berulanglah kisah seperti survey "seluar dalam" di atas.
Penutup
Saya yakin Merdeka Center adalah sebuah badan pengkaji yang profesional dan ber-kredibiliti untuk melaksanakan kajian-kajian melibatkan tinjauan pendapat.
Tambahan pula, Merdeka Center pastinya telah well-prepared dan well-planned dengan tinjauan pendapat ini kerana mereka pastinya telah menjangka respon atau kritikan tertentu daripada pelbagai pihak.
Dengan mothodologi yang digunapakai, mereka juga telah bersedia untuk menjawab segala kritikan yang dilontarkan pelbagai pihak terutamanya yang ignorance.
Akhir sekali, bukanlah sesuatu yang mandatori untuk kerajaan (baca Umno) menerima hasil kajian ini. Tetapi setidak-tidaknya tunjukkanlah kepada rakyat bahawa:
"zaman kerajaan tahu semua perkara telah berakhir dan kini kerajaan memang bersikap serius tetapi terbuka dan 'bersedia mendengar' pandangan pihak lain ke arah memperkuatkan kerajaan dan parti demi rakyat"
Boleh ke buat? Sekian.
No comments:
Post a Comment