Iklan ni dah lama saya perhatikan di the Malaysian Insider tetapi tidak ada rasa untuk menontonnya, sehinggalah saya dapat tahu klip video ini telah ditarik balik penayangannya di semua stesen TV.
Baca berita berkaitan di sini: Putrajaya haram klip 'Undilah' canggah slogan Najib
Saya sudah lama sedar bahawasanya kebebasan media di negara kita tidaklah sepertimana yang sering dilaung-laung oleh segelintir pihak. Mungkin kita ingin maju seperti Singapura, namun kita juga masih ingin mengawal media seperti di Singapura.
Dan di dalam isu klip video ini, tidaklah dapat saya pastikan apa yang menjadi punca kekalutan dan ketakutan di pihak MCMC serta pengamal media tanah air terutamanya stesen-stesen TV swasta.
Saya tidak rasa klip video ini dibuat (dan ditayang) dengan tujuan mengajak rakyat mengundi pembangkang (walaupun ditampilkan beberapa pemimpin seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Tony Pua dan Khalid Samad - ada bakat), bahkan ianya unik dan saya kira ia "matang" kerana turut menampilkan tokoh (KuLi) dan pemimpin dalam kerajaan Najib iaitu Rosnah Shirlin dan Wee Ka Siong selain turut dibintangi ramai artis tempatan.
Mesej yang ingin disampaikan juga jelas dan 'keras' iaitu "Malaysia adalah negara kita, walau apapun terjadi, Malaysia tetap negara kita". Justeru masa depan negara kita terletak di tangan kita (pengundi) sendiri.
Justeru, jika kita rasakan kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang telah dan sentiasa berlaku adil kepada rakyat, maka daftarlah sebagai pengundi dan keluarlah mengundi untuk mengekal dan mempertahankannya.
Namun jika kita merasakan kerajaan yang ada hari ini (di peringkat negeri - tidak kira diperintah siapa, atau persekutuan) tidak cukup berlaku adil atau tidak menunaikan hak-hak rakyatnya (baik hak yang Melayu mahupun bukan Melayu; hak orang Islam mahupun bukan Islam), mendaftarlah sebagai pengundi dan keluarlah mengundi untuk perubahan.
Nota:
Bak kata kawan yang baru pulang dari Bhopal, India. Katanya, dahulu di Bhopal kerajaan Islamnya cukup kuat. Sehingga terlalu kuatlah para pemimpinnya akhirnya jadi mabuk kuasa dan gagal menunaikan hak-hak rakyat baik yang Islam dan Hindu. Allah perlingkupkan kerajaan Islam Bhopal dengan mengutuskan pemimpin lain (Raja) Hindu memimpin rakyatnya.
Mendengar kisah dan sejarah tersebut, membuatkan saya sejenak berfikir...."masalah kita di Malaysia, isu perkauman kita yang terus disemarak, sebenarnya boleh diredakan andai hak-hak semua kaum dan agama ditunaikan".
Saya tidak kata ianya mudah dan boleh dibuat dalam satu malam, tetapi ianya (mendapatkan penyelesaian) juga bukanlah sesuatu yang mustahil...
Cuma barangkali (hanya sangka buruk saya), jika kita dapat selesaikan isu perkauman ini, akan banyaklah pihak yang akan 'rugi'....mungkin.
Saya tidak kata ianya mudah dan boleh dibuat dalam satu malam, tetapi ianya (mendapatkan penyelesaian) juga bukanlah sesuatu yang mustahil...
Cuma barangkali (hanya sangka buruk saya), jika kita dapat selesaikan isu perkauman ini, akan banyaklah pihak yang akan 'rugi'....mungkin.
No comments:
Post a Comment