Saturday, 6 October 2012

Lagi Plagiat

Seorang rakan mengadu kepada saya mengenai kegiatan satu pihak yang telah mengambil ilmu beliau tanpa mengiktiraf beliau sebagai pencetus yang asal (atau diistilahkan sebagai plagiat).

Simpati saya kepadanya, kerana terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak amanah terhadap ilmu mahupun apa jua maklumat yang mereka kutip, malah melapor dan membentangkan idea yang diceduk daripada orang lain itu seolah-olah ia adalah ideanya sendiri yang asal lagi tulen. What a shame!

Sumber foto (SINI)

Saya nasihatkan beliau agar bersabar dan membuat komplen sekiranya tahu "pencuri" idea dan penulisan beliau itu. Apalah yang payah sangat untuk "acknowledge" (mengiktiraf) sumber/penulis asal bahan tersebut dipetik. Come on, have some decencies towards your fellow bloggers!

Kegiatan menceduk artikel orang lain di blog dan laman web, untuk diterbitkan sebagai seolah-olah ianya buah fikiran si penceduk itu sendiri (hanya edit sikit-sikit seperti tukar tajuk, saiz font dan saiz foto) merupakan suatu perbuatan yang tidak amanah terhadap ilmu selain berdosa dengan individu yang asal, yang bersusah payah memikir, merancang, membuat kajian dan menulis sesebuah artikel tersebut.

Dosa dengan tuhan boleh bertaubat, tetapi dosa terhadap insan, jangan dibuat sebarangan. Saya juga katakan kepada sahabat itu bahawa telah beberapa kali saya mengesan kewujudan aktiviti peniruan atau plagiat di laman web dan blog. 

1) Plagiat buku/tesis saya oleh "penyelidik" IPTA: "Tesis-ku diplagiat" (Klik Tajuk).

2) Artikel plagiat di Tranungkita: Memalukan (Klik Tajuk).

Saya kongsikan sebagai pengajaran kita dan semoga kita dapat memperbetul kelemahan diri dan berusaha untuk menjadi insan yang beramanah dengan ilmu, dan apa yang kita "copy n paste" daripada pelbagai sumber, dengan cara yang dibenarkan.

Allah lebih mengetahui.

No comments: