Monday 20 September 2010

Jika 100% itu cemerlang, 1000% itu pastinya terbilang!

Sumber berita: SINI

Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan satu slogan yang dahulunya (dan masih lagi) terkenal di negeri Darul Iman ini iaitu:

"Tiada halangan, hanya peluang"

"Peluang" tersebut nampaknya telah diterjemahkan kepada "statistik kecemerlangan", sekiranya dinilai laporan akhbar Sinar Harian online berikut:


----------------------------------

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

20/09/2010 5:35pm

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

----------------------------------

Selain mencipta statistik 1000% yang terbilang, orang Melayu juga "hampir-hampir" mencapai 100% untuk membentuk majoriti penagih yang dikenalpasti pihak Polis. Tahniah!

Anda sudah tidak jauh untuk mencapai angka 100% dan ingat, "Tiada halangan, hanya peluang"!


No comments: