Saturday 25 February 2012

Apakah KOSMO juga putar-belit?

Eloklah dipertimbangkan dengan serius tindakan undang-undang sekiranya akhbar KOSMO (rajah di bawah) telah secara terang-terangan memfitnah beliau melalui laporan putar-belit ini.


Laporan ini adalah serius kerana bukan sahaja telah menjejaskan imej beliau sebagai seorang 'Ustaz' dan pemimpin, bahkan jika isu ini disalah urus, dengan segera juga ia akan meruntuhkan imej parti yang beliau wakili.

Sekalipun tertuduh telah mengeluarkan pernyataan rasmi untuk menafikan nama beliau dengan kes tersebut, masih, timbul beberapa persoalan yang pada saya 'terbiar tanpa jawapan' yang meyakinkan rakyat iaitu:

1) Siapakah sebenarnya yang ditangkap penguatkuasa agama jam 3 pagi itu? Kalau KOSMO silap lapor fakta, ianya sudah cukup untuk menghadapi tindakan saman.

2) Menurut pernyataan rasmi, tertuduh secara sedar mengakui mengenali wanita terbabit, bahkan suaminya juga sejak setahun yang lalu. Pasangan tersebut turut dikatakan sedang dalam proses penceraian. Soalnya, mengapa perlu menguruskan "sesi kaunseling rumahtangga" dengan wanita tersebut di bilik hotel pada jam 3 pagi?

3) Tertuduh turut mengatakan wanita tersebut menghubunginya dalam nada cemas dan kemudian memaklumkan telah tiba di lokasi temurapat Pemimpin Keadilan. Dua soalan boleh ditanyakan iaitu:

(a) mengapa perlu diuruskan wanita tersebut jam 3 pagi  itu juga (tertuduh pernah ziarah keluarga wanita tersebut yang tinggal di Rompin), tiadakah waris/ahli keluarga lain untuk wanita itu menumpang malam/awal pagi itu sementara mendapatkan waktu yang lebih sesuai untuk bertemu?

(b) Sebagai seorang Ustaz, tertuduh tentu boleh agak kecenderungan untuk berlakunya 'mukaddimah zina'. Justeru, mengapa tidak sahaja meminta pertolongan peribadi dengan pemimpin Keadilan (yang WANITA) untuk menguruskan penginapan/bilik hotel wanita malang terbabit bermalam? Kalau benda baik, saya rasa sesama rakan pemimpin akan menolong dengan lapang dada.

4) Tertuduh juga mendakwa kenal akan suami wanita tersebut. Justeru, mengapa tertuduh tidak menelefon untuk mendapatkan penjelasan (dalam situasi sebegini, bukan hanya cerita si isteri kena dengar, bahkan dari mulut si suami juga, baru buat analisa dan kesimpulan). Bahkan, mungkin dengan satu panggilan boleh menyelamatkan maruah diri tertuduh dan wanita itu sendiri!

5) Tertuduh, dalam kenyataan rasmi menyatakan akan dipanggil JAIP pada 27 Feb nanti bagi membantu siasatan. Pening! Sebabnya, mana satu yang betul andainya kita balik kepada soalan no. 1 (iaitu kalau sudah sah tidak terlibat, mengapa JAIP sibuk panggil tertuduh untuk siasatan?).

Allahu-a'lam (Allah Maha Mengetahui)

No comments: