Kalah-menang siapapun tidak mampu tentukan. Tetapi yang nyata pemimpin muda negara mula mengorak langkah ke arah politik yang lebih matang dan cara berpolitik yang kita mahu lihat di masa depan. Keep up the good work guys!
Ada seperkara yang menarik, yang telah dibangkitkan oleh YB Khairy iaitulah pembentukan Barisan Kabinet Bayangan di pihak Pakatan Rakyat, sebagai melambangkan kesiap-siagaan serta komitmen kerjasama di antara PAS, DAP dan PKR untuk memerintah Malaysia selepas PRU-13 kelak.
Di manakah susun atur kabinet, jika tidak menamakan pemimpin/individu secara langsung-pun, setidak-tidaknya perlu bagi Pakatan Rakyat menamakan parti mana memegang 'Kementerian' mana, andai mereka menang kelak.
Rasa tidak perlulah saya ulas panjang parkara ini kerana ianya telah saya ulas LAMA sebelum ini lagi. Bagi para pembaca yang berminat, dipersilakan klik tajuk di bawah:
1) Dr Sepet Menulis: PRU awal? Di mana 'Kabinet Bayangan'?
2) Dr Sepet Menulis: 'Kabinet Bayangan' Tidak Perlu - Anwar
No comments:
Post a Comment