Monday 27 February 2012

Ada ketikanya 'maaf' sahaja tidak mencukupi...

'Tatu Allah': Mufti gesa KDN gantung The Star


Akhbar The Star patut digantung penerbitan sehingga siasatan selesai ekoran tindakannya menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya, gesa mufti Perlis. Dr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang. "Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantungThe Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya. KDN hari melaporkan The Stardipanggil memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar itu bersama artikel satu halaman penuh pada Isnin dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan itu. Gambar yang disiarkan akhbar milik MCA itu menunjukkan sebahagian dada Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Juanda juga menggesa KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok. Selain itu, dakwa Juanda lagi, lagu-lagu dendangan "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak. "Ini selaras dengan transformasi yg dilaungkan oleh pihak kerajaan," katanya yang juga bekas zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Mempertahankan gesaannya itu, Dr Juanda berkata, beliau menyokong kebebasan akhbar tetapi ia hendaklah tidak mencerca agama dan pegangan orang lain. Dalam perkembangan berkaitan, kemarahan ramai terus meletus apabila kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini berkongsi pandangan sama dan Pemuda PAS pula menghantar memorandum supaya konsert esok dibatalkan.


The Star bagaimanapun sudah dua kali meminta maaf - di halaman kedua akhbarnya hari ini dan di laman webnya semalam.

Baca artikel penuh di sini: MKini


Nota kaki:

1) Mustahil bagi sebuah akhbar yang telah lama beroperasi di negara yang dihuni majoriti umat Islam, masih bodoh, bengap, sembab, sehingga gagal untuk memahami apa yang sensitif dari sisi agama dan masyarakat, dan apa yang tidak.
2) "Menganjing" - itu istilah orang Tranung guna untuk pihak yang suka apikan provokasi. Belumpun sejuk isu bantahan umat Islam terhadap tindakan Askar US membakar Al-Qur'an, kini puak-puak yang menganjing ini pula mengulanginya di tempat sendiri.
3) Mengapa sukar untuk bukan Islam hormat perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti orang Islam? Apakah ini agenda terselindung mereka? Apakah ini akhlak sebenar mereka? Inikah "keharmonian" yang ingin mereka bentuk dalam kehidupan negara yang berbilang kaum dan agama?
4) Sesungguhnya peringatan Allah Taala di dalam Al-Qur'an (Surah An-Nisa: 101) itu amatlah jelas.
5) Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui segala sesuatu, dan hanya kepada Allah jua kami mengadu.

Allahu-a'lam.

No comments: