Facebook DrMaza.com ---->>> Sebagaimana dipetik:
Satu
ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi
berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut
mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan
kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya.
Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah
menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn
Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau
mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama.
Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako
dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami,
sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir,
berkata tetapi tidak tunaikan.”
Qazan of Tatar (google image)
Kemudian berlangsunglah dialog
antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan
menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua
yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan.
Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”. Jawab
Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil
rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan
menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik
orang ramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”. Kata Ibn
Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang
untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya.
Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat
dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu,
masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya
mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
No comments:
Post a Comment