Friday 24 February 2012

Skim wi-fi percuma di negeri-negeri Pakatan, boleh sesiapa sahkan?

Kebetulan semalam saya terbaca sebuah posting yang memasukkan klip video Youtube soal-jawab rakyat bersama Dato' Husam. Bagi yang berminat, boleh lihat sini: VIDEO

Ada 2 main points dibangkitkan si penanya iaitu: 

(1) Janji PR melaksanakan skim wi-fi percuma di negeri-negeri yang mereka menang. Soal beliau, mengapa hingga kini, skim terbabit masih belum dilaksanakan, dan jika ianya sukar dibuat, mengapa tidak dikaji terlebih dahulu sebelum membuat janji, dan mengapa selepas lebih 3 tahun menang, langkah-langkah sepatutnya tidak diambil oleh kerajaan Pakatan untuk menggerakkan skim terbabit?

(2) Persoalan mengenai kredibiliti Ketua Pemuda PAS (Ust Nasruddin) yang memimpin pergerakan DPPP. Perbandingan kualiti kepimpinan orang muda turut dibuat oleh si penanya dengan Ketua Pemuda UMNO dan DAP. 

Saya tidak berminat untuk menyentuh soal peribadi Ketua DPPP tetapi lebih berminat untuk tahu apakah benar skim wi-fi percuma masih belum disediakan di negeri-negeri yang terlibat, sebagai sebahagian janji oleh Ketua Pembangkang? (Lihat keratan laporan di bawah).

Skim air percuma, 20 kubik meter pertama, diketahui telahpun dilaksanakan di negeri Selangor. 


No comments: