Semalam, kami berkesempatan melawat ke National Army Museum untuk melihat pameran 'War Horse' (sempena filem terbaharu the War Horse). Bezanya, pameran ini membentangkan fakta-fakta sebenar kuda-kuda yang sebenarnya 'hero senyap' yang menjadi tulang belakang tentera British di zaman World War 1.
Selain itu, ada seksyen lain di dalam muzium ini yang begitu menarik, berinformasi dan bermanfaat terutama bagi orang-orang yang berminat nak tahu sejarah, termasuklah menyelusuri sejarah tanah air sendiri, Malaya/Malaysia.

Bagi yang berminat, lawatilah muzium ini, masuk percuma. Ada direct bus (no. 170) dari Victoria Station (bagi yang naik OxfordTube ke London).
Masuk adalah percuma. Snow pun masih belum habis mencair...
Askar British melalui sawah padi sewaktu perang menentang komunis di Bakri, Muar, Johor.
No comments:
Post a Comment