Apa cerita? Sila baca artikel berikut:
Setelah membacanya, lantas terlintas di kepala saya, "huh! Nampaknya muncul lagi cubaan untuk menyandarkan hukum agama kepada kepentingan politik puak sendiri".
Tiada hujan, tiada ribut, tiba-tiba muncul "fatwa berani" dari seorang penulis (Islam, saya kira) di internet yang dipetik sebagai berkata:
---------------------------------
Dengan kata lain, Ia adalah suatu sogokan atau suapan kepada isi rumah untuk mengundi UMNO/BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.
Bagi sesiapa yang menerima dan membeli apa saja barangan hatta tak termasuk makanan dan minuman sekalipun ia belum boleh dikatakan haram lagi kerana belum lagi mengundi mengundi umno/BN.
Apabila sampai saat dan ketika mengundi, mereka yang menerima bantuan wang RM 500 itu mengundi Umno/BN maka dia adalah rasuah dan haram (berdosa besar).
Ini adalah pendapat penulis berdasar ilmu agama yang sedikit. Biarpun Musyidul Am dan Presiden PAS tak berani buat fatwa, tapi penulis berani mengatakan wang RM 500 itu haram hukumnya jika memangkah umno/BN dalam PRU 13 nanti.
----------------------------------
Semakin hari, semakin pelik saya perhatikan tingkah laku serta cara fikir kumpulan yang menyanggah parti UMNO/BN ini.
Kali ini nampaknya sudah sampai ke tahap boleh menjatuhkan hukum halal-haram secara pasti, sekalipun dibuat tanpa disandarkan sebarang nas-nas Qur'an dan Hadis yang sahih.
Lebih menarik lagi, wang RM500 itu juga "diberi pilihan" untuk menjadi wang haram atau wang halal, bergantung kepada pihak mana seseorang itu memberi undi pada PRU yang akan datang (sama ada undi UMNO ataupun PAS).
Dipendekkan cerita, kalau penerima wang RM500 itu memangkah UMNO, maka mengikut penulis artikel di atas, wang pemberian tersebut akan jadi wang haram, dan begitulah sebaliknya!
Pada saya, perbuatan seseorang yang cetek ilmu agama, tetapi masih berkeras untuk menyandarkan hukum Allah cenderung kepada sokongan buat parti politik tertentu (terutama yang disokongnya), boleh mencetuskan kekeliruan di dalam masyarakat. Alasan saya:
1) Di dalam politik, urusan ingin undi siapa dan tidak undi siapa, itu adalah hak setiap rakyat dan pilihan masing-masing yang dijamin oleh perlembagaan. Perlembagaan ini jugalah yang didokong dan dijunjung oleh semua Ahli Parlimen termasuklah dari kalangan PR/PAS sendiri yang mengangkat sumpah di Parlimen tidak lama dahulu. Urusan bagi menentukan halal-haram pula perlulah dilakukan mengikut saluran yang betul, dan dengan dalil-dalil yang sahih.
(Bacaan tambahan 1: politik 'kafir-mengkafir', suatu kepelikan yang tidak saya fahami)
(Bacaan tambahan 1: politik 'kafir-mengkafir', suatu kepelikan yang tidak saya fahami)
2) Isi rumah miskin yang memerlukan bantuan dan merasa pemberian wang RM500 telah meringankan beban kewangan keluarga mereka, barangkali untuk belanja setengah bulan, tentunya terkeliru dengan pernyataan sedemikian. Bahkan, tidak kurang yang berpandangan seperti saya yang melihat "tidak perlunya untuk menimbulkan isu dan menghukum halal-haram" ini, di kala terdapat penerima BR1M yang terdiri daripada penyokong PR/PAS sendiri. Kedua-dua penyokong terima wang RM500 dari 1sumber, tetapi disebabkan perbezaan pegangan politik, 1 dihukum haram dan 1 lagi dihukum halal? Ini mengelirukan!
Saya menolak "fatwa" penulis artikel di atas bukanlah disebabkan saya menyokong dan bersetuju BR1M "dipolitikkan/dijadi alat politik" pihak-pihak tertentu dari UMNO/BN, tetapi lebih kepada menasihati pihak-pihak yang berkaitan supaya cukup-cukuplah berfatwa dengan menghukum secara pasti sesuatu perkara itu haram atau haram, terutama jika yang mengeluarkan fatwa itu pula bukan ahli (agama) atau dibuat secara samberono tanpa didasari nas-nas agama yang tepat.
Saya juga tidak pasti apakah setelah PR berkuasa kelak, pemberian wang bantuan sebegini tidak akan dibuat mereka. Saya tidak pasti. Tetapi dari apa yang saya lihat, pelbagai janji dan tawaran juga diberikan PR bagi memancing undi.
Cuma apa yang saya pasti, jika hari ini "peluru fatwa RM500" ini ditembak oleh para penyokong PR/PAS, saya yakin "peluru yang sama" juga akan ditembak kepada PR sekiranya mereka nanti turut juga mengulangi perkara yang sama, bahkan mungkin lebih teruk lagi kerana janji-janji pilihanraya yang ditawarkan oleh PR adalah lebih indah berbanding BN!
(Bacaan tambahan 2: Beberapa 'janji' yang akan dituntut rakyat kepada PR jika menang PRU)
(Bacaan tambahan 2: Beberapa 'janji' yang akan dituntut rakyat kepada PR jika menang PRU)
No comments:
Post a Comment