Thursday, 2 February 2012

Peristiwa yang merubah dunia (siri 9) - Kejayaan penemuan vaksin Polio diumumkan kepada dunia

Tempat berlaku: University of Pittsburgh, Pennsylvania, US
Tarikh berlaku: 12 April 1955

Poliomyelitis merupakan sejenis virus yang menyerang sistem saraf dengan kanak-kanak lazimnya lebih terdedah kepada serangan virus ini. Serangan poliomyelitis dikesan mampu membawa kepada kecacatan / 'deformation' (tulang bengkok) selain lumpuh. Separuh abad ke-20 menyaksikan penyakit polio ini menyerang ratusan ribu manusia di seluruh dunia, sehingga diisytiharkan sebagai apedemik global.

Virus Polio (sumber: google image)

Namun, segalanya berubah pada April 1955 bilamana penawar kepada polio berjaya dihasilkan dan diumumkan kepada dunia.

Amerika Syarikat (US) menjadi salah sebuah negara yang 'membiakkan' penyakit polio ini dengan tahap keaktifan jangkitan meningkat setiap kali tibanya musim panas. Pada awal tahun 1950an, cuaca panas yang melanda US setiap tahun disambut resah dengan jangkaan akan ramailah kanak-kanak dan juga orang dewasa yang bakal menemui ajal atau ditimpa kecacatan kerana meningkatnya jangkitan polio. Bahkan, bekas Presiden US, Franklin D. Roosevelt sendiri dikatakan lumpuh kerana serangan penyakit tersebut.

Reaksi masyarakat awam yang resah dan ketakutan terhadap kemungkinan mendapat jangkitan polio memaksa para saintis di seluruh dunia bertindak segera bagi mencari penawar, vaksin yang boleh menghalang/mengurangkan kadar jangkitan seterusnya mengurangkan kematian atau lumpuh.

Kecatatan akibat jangkitan Polio di kalangan kanak-kanak (sumber: google image)


Akhirnya, satu penemuan baru yang melonjakkan dunia perubatan moden tercatat apabila seorang ahli virologist US bernama Jonas Salk tampil dengan penyelesaian kepada penyakit polio.

Sebelum ini para saintis hanya menggunakan virus polio aktif bagi ujian vaksinasi, namun semuanya berakhir dengan kematian atau kecacatan pada subjek kajian. Salk bagaimanapun tampil dengan andaian bahawa vaksinisasi boleh dicapai dengan menggunakan virus dalam bentuk yang tidak aktif. Beliau menjangkakan dengan menggunakan virus polio "versi tidak bahaya", badan manusia akan belajar untuk menyesuai dan seterusnya menyingkirkan virus tersebut sekiranya dijangkiti.

Dengan tercetusnya wabak yang besar sekitar tahun 1952 dan 1953 di US, tekanan bagi mencari penawar dan penyelesaian semakin meningkat.

Salk, sekalipun berjaya menghasilkan vaksin polio pada tahun 1952, beliau tidak dapat menguji keberkesanan vaksin memandangkan serangan wabak yang besar tahun tersebut dan tahun selepasnya. Akhirnya pada tahun 1955, bertempat di makmal penyelidikan beliau di the University of Pittsburgh, pengumuman kejayaan penghasilan vaksin aktif pertama bagi rawatan polio telah dibuat kepada dunia.

Jonas Salk (sumber: google image)


Vaksin tersebut dihasilkan setelah melalui 3 tahun program ujian, dengan ujian peringkat pertama ke atas haiwan sebelum - ke atas manusia. Dengan segera, program imunisasi skala besar kepada kanak-kanak digerakkan di seluruh US. Salk pula diangkat sebagai 'a savior' (penyelamat).

Tahun-tahun berikutnya, jangkitan penyakit polio telah berjaya dikurangkan secara drastik di US dan juga di kebanyakan negara-negara maju. 


--------------------------------------

Baca lanjut:

Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.

No comments: