Saturday, 18 February 2012

'Gergasi' DAP & MCA sudah bertemu, gergasi-gergasi lain bila lagi?

Nota:


- Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pendebat dari MCA dan DAP yang baru sahaja selesai menggulung perbahasan mereka pada forum bertajuk "Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem 2 parti menjadi sistem 2 bangsa?" sebentar tadi.


- Setelah agak lama tidak kita dengar program debat di antara pemimpin tertinggi parti-parti politik tanah air, dan harapnya momentum yang terhasil hari ini dapat diteruskan di masa hadapan.


- Secara dasarnya, berdebat bukanlah semuanya buruk. Berdebat tidaklah untuk mencari gaduh, mahupun mencipta musuh. 


- Seperti yang ditunjukkan pada sesi hari ini, ianya menjadi platform penting buat kedua pemimpin menerangkan pandangan, dasar serta gagasan parti masing-masing kepada umum. Debat juga memberi ruang untuk hadirin melihat, memahami, menilai dan seterusnya memilih mana yang lebih baik di antara kedua belah pihak.


(Mungkin tiada pihak yang 'terbaik'. Namun buat masa ini, memilih yang 'lebih baik' merupakan tindakan yang logik)


- Kesimpulannya, berdebat perlulah digalakkan (seperti contoh hari ini), sebagai salah satu cara untuk rakyat mendapatkan jawapan, berbanding hanya mendengar laporan/pandangan satu pihak.


- Kita tidak lagi mahu melihat berulangnya peristiwa "satu pihak (dengan mudah) membakul-sampahkan idea pihak lawannya. Sesungguhnya, ia (tindakan kebudak-budakan itu) tidak melambangkan daya intelektualiti yang "sepadan" dengan status seseorang pemimpin itu.


- Baca laporan dan rumusan debat di antara CSL dan LGE (MalaysiaKini)

------------------------------------

Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tchua soi lek and lim guan eng debateajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.

Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

LAPORAN LANGSUNG


4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

Debate Chua Soi Lek5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm:
 Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Debate Lim Guan Eng5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm:
 Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
chua soi lek and lim guan eng debate5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm:kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.

chua soi lek and lim guan eng debateSesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila
pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka  lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.

Debate end"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing.






-----------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: