Hari ini rezeki murah. Sambil membawa keluarga keluar berjalan-jalan dan membeli kotak plastik, saya sempat berkunjung ke 'charity shop' di Cowley. Semasa melihat-lihat koleksi novel dan buku yang berlambak di rak, terpandang dua buah buku yang telah lama saya idamkan. Tetapi hasrat itu terpaksa saya tangguhkan sebelum ini, kerana sukar mencari yang second hand, dan buku baru pula masih mahal (£25.00 bagi setiap buku).
Tetapi buku yang dijual di charity shop itu jauh lebih murah, masih elok dan rugilah jika tidak dibeli. Buku yang pertama berharga £3.00 (frozen planet) dan yang kedua berharga £4.00 (nature's great events).
Keseluruhannya, saya telah jimat £43.00 dengan membeli kedua-dua buku ini (total belanja = £7.00), jauh lebih murah berbanding jika saya ingin beli yang baru.
Tunggulah selepas segala urusan kerja diselesaikan, kemudian, insyaAllah akan dikupas kandungan kedua naskah ini.
No comments:
Post a Comment