Wednesday 19 September 2012

Bapak Polisi di Acheh Berpesta Membakar Dadah (foto khayal)

Dipetik daripada: Blogserius


What a waste?

Pihak Polis Acheh semalam melupuskan 2.5 tan ganja, 1.4 kilogram Syabu, 1.8 Kilogram Heroin dan 6,000 batang pokok ganja bernilai RP 11 Juta (RM 3,500) yang berjaya mereka rampas dengan membakarnya di tempat awam. The shocking part about this burning party ialah ianya dilakukan beberapa minggu sekali kerana jumlah rampasan dadah yang terlalu banyak di sini. Tahun ini sahaja sebanyak 15 tan ganja sudah dibakar pihak polis dan ladang ganja seluas 36.5 hektar sudah dimusnahkan.

Acheh ialah hub dadah yang penting di Asia Tenggara. Dadah dari Malaysia dan segi tiga emas diseludup ke Acheh sebelum dijual ke seluruh Indonesia dan dunia. Acheh juga terkenal sebagai tempat penanaman ganja yang prolifik. Setiap bulan ada sahaja ladang ganja yang ditemui dan dimusnahkan pihak berwajib. Paling mengejutkan ialah Disember tahun lalu seramai 1000 orang pegawai polis Acheh pelbagai pangkat didapati menggunakan dadah. Ini merupakan 1/13 dari workforce pegawai polis seluruh provinsi ini. 

Walaupun sudah kantol menggunakan dadah mereka langsung tidak dipecat! Bizaaro! Kami tak sangka langsung Acheh, sebuah negeri yang mengamalkan hukum syaria mempunyai masalah dadah yang kronik. Banyak betul dadah dibakar! Pastikan jangan terbau asap ganja yang di bakar nanti high gila!





Laporan asal MetroNews

No comments: