Wednesday 19 September 2012

Porsche 918 Spyder : Kenderaan Hibrid Terpantas Dunia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Hybrid from Hell

Kenderaan Hybrid sering dikaitkan dengan kenderaan yang mesra alam. Ini bermakna kenderaan Hibrid tidak mempunyai horse power yang cukup untuk merempit dengan gembira di atas Autobahn JermanPorsche 918 Spyder ialah kenderaan yang bakal memusnahkan stereotaip "hibrid adalah hambar" yang dipopularkan oleh Prius dan seangkatannya. 

Porsche 918 Spyder memulakan hidupnya sebagai sebuah konderaan konsep pada tahun 2010. Oleh kerana sambutan yang hangat daripada orang ramai, Porsche terus menjadikannya realiti. 918 Spyder diperkasakan dengan enjin 4.6 liter V8 570 kuasa kuda dan motor elektrik 200 kuasa kuda. Ini bermakna ia mempunyai hampir 800 kuasa kuda. Maka tidak mengejutkan 918 Spyder boleh memecut dari 0-100 Kmj dalam masa 3.1 saat. Harga sebuah Porsche 918 Spyder ialah USD 825 000 (RM 2.9 Juta) sebuah. Ini juga bermakna ianya kenderaan hibrid termahal dunia. Apa yang anda tunggu lagi?



Laporan asal Autoblog

No comments: