Tuesday 18 September 2012

Robocop 2013 (dengan foto ekslusif)

You're coming with me...

Di sini saya kongsikan berita baik buat para peminat filem sains fiksyen, Robocop. Ini kerana "Robo" akan kembali ke layar perak dengan imej baharu dan menentang musuh yang baharu setahun dari sekarang. Filem Robocop versi baharu ini dijangka menemui anda di pawagam berhampiran menjelang Ogos 2013. Beberapa cerita berkaitan filem ini telah dimuat-turun di internet termasuklah paparan foto-foto ekslusif Robo 2013. Sekali pandang, agak jelas bahawa suit baharu Robo ini lebih mirip dengan suit yang dipakai oleh Batman (trademark suit hitam batman).

Apapun, filem yang sedang melalui penggambaran di Toronto, Kanada ini diarahkan oleh pengarah Brazil Jose Padilha dan diterajui oleh Joel Kinnaman sebagai Murphy. Robo 2013 juga turut dibintangi para pelakon terkenal seperti Gary Oldman, Samuel L. Jackson, Jackie Earle Haley, Michael Keaton dan yang lainnya. Filem ini  mengambil tempat di tahun 2029 dengan mengekalkan pengaruh konglomerat OmniCorp, pembuat kelengkapan perang utama zaman tersebut. Syarikat tersebut telah menggunakan teknologinya bagi menyelamatkan nyawa seorang anggota polis Detroit bernama Alex Murphy yang cedera parah sewaktu bertugas.

Sebagai tambahan, beberapa laman web termasuklah US Film Blogger turut "membocorkan" khabar angin bahawa jalan cerita filem terbaharu ini akan melibatkan Robo untuk membersihkan kem latihan pengganas (nama kumpulan itu anda tentu sedia maklum).



No comments: