Saturday 8 September 2012

Demo anti-empangan yang aneh di India (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Bersih sebenar!

Di Malaysia demo Bersih ialah demo paling hip sekarang. Semua manusia anti pihak pemerintah menggunakan Bersih untuk meminta kerajaan membersihkan senarai nama pemilih.

Di India terdapat sebuah demo yang kami rasakan lebih cool. Penduduk perkampungan Golgalgaon di Khandwa, Madhya Pradesh berdemo menentang cadangan kerajaan tempatan untuk menaikkan paras air empangan Omkareshwar berhampiran perkampungan mereka sebanyak empat meter. Paras air ini dinaikkan bagi menambah kapasiti penghasilan tenaga elektrik dari stesen janakuasa hidroelektrik.

Penduduk tempatan berdemo kerana perkampungan mereka akan ditenggelami air dan pihak kerajaan tempatan dikatakan enggan memberi pampasan setimpal terhadap kehilangan tanah milik mereka dan tempat tinggal. Seramai 51 orang penduduk kampung mula berdemo enam hari lalu di dalam air sedalam paras pinggang. Kini paras air sudah mencecah tahap tengkok peserta demo. Selepas berdemo dan berendam selama ratusan jam, kulit peserta demo mula mengelupas dan gatal. Peserta demo hanya keluar dari berendam untuk makan dan bertinja.

Demo ini dikenali sebagai Jal Satyagraha oleh penduduk setempat dan mereka berharap tindakan nekad mereka berendam sehingga hampir lemas akan memaksa pihak kerajaan menghentikan cadangan menaikkan paras air atau akhirnya beralah dengan memberi pampasan seperti yang mereka tuntut.
<--!more-->


Laporan asal HindustanTimes

No comments: