Thursday 20 September 2012

Mari Melawat Penjara Wanita Di Kazakhstan (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Kehidupan di sebalik "tirai besi" 


Hari ini mari kita melawat penjara di Atyrau, Kazakhstan. Di Kazakhstan terdapat enam buah penjara wanita yang menempatkan 2,901 orang banduan. Atyrau ialah sebuah penjara yang menempatkan 234 orang banduan. Ianya penjara low level security dan kehiduapn banduan di sini tidaklah berapa sadis. Di Kazakhstan, banduan wanita tidak memakai baju belang-belang seperti di dalam siri kartun. Uniform banduan wanita di sini ialah pinafore hitam dan tudung kepala putih. Uniform ini wajib dipakai ketika tidak berada di dalam sel mereka. 

Setiap sel menempatkan empat orang banduan. Banduan dilarang duduk di dalam sel di antara pukul sembilan pagi sehingga tujuh malam. Pada waktu ini banduan dibenarkan melakukan kerja di dalam penjara seperti menjahit baju atau memasak. Uniknya penjara di Kazakhstan ialah banduan diberikan kemudahan peti sejuk dan dobi sendiri. Sebulan sekali banduan dibenarkan memesan barangan dapur dari bandar berhampiran. Kemudahan komunikasi juga diberikan dan setiap banduan dibenarkan menggunakan telefon selama 15 minit sehari. Selain daripada itu mereka juga digalakkan melakukan aktiviti sukan bagi membantu pemulihan akhlak mereka. 

Kami tidak pernah melawat penjara wanita di Malaysia. Adakah ianya lebih baik, setaraf atau lebih teruk dari di Kazakhstan? Pada pendapat anda adakah penjara harus selesa atau daif seperti di Honduras?





No comments: